My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Saturday, 17 October 2026

HAPPY BIRTHDAY MAK

Happy birthday mak!


Kalau ikut mykad ni birthday mak ke 79 tapi kalau ikut tahun Hijrah ni dah kira umur mak 81 tahun..Bila bgtau mak,umur mak sama ngan umur PMX,mak kata mak memang tau hal itu.Kata mak PMX tu nampak lebih sihat dan cergas daripada mak.Tapi bila bgtau umur mak juga sama dengan Tok Guru Haj Hadi Awang...Mak lebaih bersemangat kerana mak rasakan mak pula yang lebih cergas.Makanya umur bukan ukuran kesihatan tapi adalah kurniaan dan kasih sayang Allah kepada kita semua..


Kalau ikut birthday mak 15 Oktober ... 15/10
Tapi cucunya si Cella,tak hafal tarikh...dia pi suruh tulis 16/10...hahaha
Dia konon nak buat surprise neneknya...
Masa kami duanberanak balik ziarah mak minggu lepas belum sampai tarikh birthday mak.. Kami balik 9 - 12 Oktober...Birthday mak 15/10 jatuhnya hari Khamis..


Tu la...tak tanya dulu...konon nk rahsiakan sangat nak beli kek untuk neneknya.. ..Tak bagi ikit,dia nak pi sorang Pekan Pendang nak isi minyak kereta kat Petronas tu katanya.


Sekali sambil  hantar fgambar dia dah belikan kek.Sambil menyelam minum air.Dia kata nampak ada kedai kek baru buka tak jauh dari Petronas tu...Kat Pekan Pendang ni ada beberapa kedai kek.
SR pun ada tak jauh dari situ,tapi mak bukan penggemar kek..Setahu saya mak hanya  akan makan dua jenis kek iaitu kek planta plain & kek perisa oren.Pun kena homemade.Kalau yang beli paling dipaksa pun maknhanya akan  makan pun hanya sesuaip ekadar ambil hati...Bab makan mak agak memilih orangnya..Kedai mamak mak tak makan,Nasi-nasi berperisa mak tak suka,kuih pun kalaunkuih buah melaka veli mak tak akan makan kerana katanya takut depa gentel dengan dua belah tangan tak alas..hahaha..Padahal kalau kami buat pun kalau mak tak nampak gentel juga tanpa alas.Kalau depan mak alas la tangan dengan daun pisang atau kalau takda daun,gentel la atas piring..
Tapi kalau nak banding dulu dan kini,banyak dah benda mak makan berbanding dulu..Haaaaaa....makanan western mak suka tau!!
🤭🤣
Paling mak suka pasta olio...kalau pasta ada sos bolognese ke carbonara ke mak tak suka.




Tu yang bila Cella tanta nenek hanya makan kek apa jer?  Hanya dua tu je lah mak suka...


Kata Cella banyak pilihan kek tapi dah nenek hanya suka kek planta plain & oren sahaja...kek lain jamu mata sahaja.Itupun nasib baik ada kek oren..


Pemakan macam saya.ni  geram jer tengok gambar yang Cella share ni ..Takpa lain kali kita beli yang lain pulak..



Ada juga pilihan bouque bunga...
Tu...yang hijau  seberang sana tu la Petronas Pendang...Ni kalau tak salah antara yang selalu jadi destinasi suami Jaja ni!
Mana la Jaja ni dah sunyi tak update blog dah sejak seronok dok kat kampung halamannya di utara sana...Sesekali update la  Jaja!



TTK dah bolat dah sejak dok stress siapkan assgment & tesis final year hari tu asyik tak tidur malam...Harapnya sebelum konvo bulan Disember nanti kalau tak dapat kembali saiz SS,dapat saiz S pun jadi la...
Jenis kami ni muka bulat belaka..

Ikutkan 4harin3 malam sangatlah pendek...tapi nak sambung cuti lagi ada kekangan kerana  13- 19 Oktober,saya ada tugasan penting yang wajib diseleaaikan.Amanh kerja yang tak boleh nak tangguh,kena siapkan sebelum duedate.

Walau hati rasa amat bersalah pada Achik sekeluarga  yang terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bersama adik beradik lain.Namun hanya mampu berdoa agar Allah limpahkan rahmat dan berkat serta mudahkan urusan Achik.Selebihnya,hanya Allah lebih mengetahui betapa besar pengorbanan Achik dalam keluarga kami.Jika tidak keterlaluan,ibaratnya selepas emak,Achiklah yang banyak jasanya kepada keluarga kami.Begitu juga dengan Pakcik.

Semoga Allah kurniakan mahligai indah untuk emak dan Achik sekeluarga di syurga kelak & kami menjadi jiran dapat sentiasa bersama seluruh keluarga kekal didalam syurga Allah buat selama-lamanya..Walaupun malu untuk kepada Allah untuk berdoa yang sebesar ini kerana sedar akan diri menjadi hamba yang terlalu banyak dosa,namun pesan salah seorang ustaz...kita kena doa dan memohon serta meminta kepada Allah sebanyak-banyak dan sebesar besar doa kepada Allah lerana Allah itu maha agung..Allah mampu memberi segala yang tak akan mampu tercapai dengan akal kita.Makanya kita berdoalah yang sebesar-besarnya tanda kita mengagungkan Allah dan percaya akan keesaan Allah..Wallahua'lam...


Happy Birthday mak!

Semoga malaikat mencatat segala kenaikan mak dan memadamkan segala dosa mak.Memanjangkan usia mak yang berkat.Kurniakan kesihatan dan keceriaan untuk mak..Bahagiakan mak di dunia dan akhirat nanti..

Sesungguhnya diri ini sedar bahawa diri ini  bukan anak mak yang baik.Tidak pernah menzahirkan kasih sayang kepada mak,kasar dan tak pernah berlemah lembut dengan mak,Selalu mengecilkan hati mak...selalu sibok urusan dunia hingga selalu banyak alasan kepada mak..Tapi  hati ini tahu bahawa  mak telan semua itu kernaa kasih sayang mak kepada anak tak pernah bersyarat!

Mak tolonglah sentiasa  maafkan anak mak yang sorang ni..Jangan pernah lupa selitkan nama anak mak ini dalam setiap doa mak! Tanpa doa mak siapalah diri ini mak!

1 comment:

  1. selamat hari lahir nenek...alhamdulillah nenek nampak sihat,moga sentiasa sihat sepanjang usia
    TTK pun nampak lain dah,kejap je dah nak convo ye,tak sabar nak tunggu jemputan walimatulurus TTK ni..yg Adah tak dapat hadir,yg TTK ni insyaAllah kalau panjang umur nanti..
    Ahnaf&sofea dah ada adik baru ke kak?lama tak dengar cerita diaorang

    ReplyDelete