Sunday 26 December 2021

MEE URAI GORENG

 

Mee Urai Goreng...


Mee Telur Kering aka Mee Urai versi flat.Saya jarang beli mee kuning basah.Sesekali beli juga mee kuning brand Gardenia tu.Cuma lebih banyak beli mee jenis kering sebab senang nak simpan dan nak buat stok.Untuk elakkan jemu,beli la mee kering aneka versi.Ada mee kering macam megi tu..ada mee jenis tebal,ada mee sanggul,mee siput,mee telur,yee mee,mee leper dan lainnya.Selain aneka pasta..mee kering juga dijadikan stok kalau-kalau ada tetamu mengejut.Boleh la goreng mee kering.Paling tak ada sangat rencahnya,selalunya sosej la dihiris sebagai penggnti ayam atau daging..

Kali ni masak mee telur versi flat  aka mee urai.1 pack tu ada 6 keping besar.Saya hanya masak 4 keping.Agak banyak untuk kami nak makan 3 beranak.Lain kali rasanya cukup masak 3 keping sahaja melainkan kalau nak bawa bekal lebih.

MEE URAI GORENG
3 keping mee urai
1 keping dada ayam/daging@ seafood
2 pokok sayur sawi
2 sudu bawang cincang
2 sudu cili kisar
1 kiub ayam
Minyak,garam,kicap

1. Jerang air untuk celur mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang.Masukkan isi ayam/daging rebus hiris @ seafood.
3. Tambah cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kiub ayam dan batang sawi.
5. Masukkan mee celur( tak perlu tapis) terus masukkan supaya tidak berketul dan  senang menggaul.
6. Sambil gaul,sambil renjis kicap supaya rata bersalut.
7. Masak hingga sebati dan sesuaikan rasa.


Hitam- hitam tu daging sate sebenarnya.Anak bujang tu belanja sate untuk dinner.Dibelinya banyak sate daging.Saya memang lebih suka sate daging berbanding ayam.Nampak sate yang dibelinya besar-besar ketulan  dagingnya.Anak bujang tu makan dengan penuh selera.Tapi saya & Adah hanya merasa secucuk dua sahaja.Saya tak boleh nak telan sebab bau " kelembuan" dia agak kuat.Adah pun sama.Adah kata bau lembu tu kuat sangat hingga mematikan selera.Tapi si bujang tu selamba sahaja kunyah dan telan macam tak ada apa-apa.Kerana ada lebihan sate tu,pagi saya cabut daging tu dari lidi dan hiris lalu campur sebagai rencah mee ni.Tapi kami berdua hanya makan mee dan sayur.Daging tu ditolak ke tepi jadi habuan si pembeli sate tu..hihihi

7 comments:

  1. Belum pernah makan mee urai ni MC
    Tapi bagus juga idea beli mee jenis kering2 ni sbg stok ye.
    Selalu sy simpan stok pasta & Maggi je :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Nak rasa sikit buleh? Hihi..betul tu, ada mi kering ni boleh guna waktu mengejut. kalau beli mi kuning tak tahan lama kena masak cepat.

    ReplyDelete
  3. Berbesar hati org yg berkunjung mengejut tp masih dpt hidangan mee telur.. 😬

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa...walau x pernah rasa tau memang sedap ni...basah- basah cenggitu kan...

    ReplyDelete