Monday, 11 May 2020

JUADAH IFTAR 17 RAMADHAN 2020-(PKPB-COVIC 19)

Juadah iftar semalam Ahad
17 Ramadhan 1441 = Nuzul Al-Qur'an
10 Mei 2020 hari ke 7 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
& hari ke 54 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Menu sempoi jer semalam

NASI LEMAK AYAM GORENG
3 cawan beras basmathi- rendam 20 minit
3 cawan santan
3 hiris halia
1 helai pandan
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

1. Masukkan beras & semua bahan lain ke dalam rice cooker & tanak hingga masak. Leraikan nasi supaya cantik


Nasi Lemak Ayam Goreng Panas-panas


Harum bau dia satu rumah
Mak aku cakap harum & lemak sebab guna santan fresh.
Ayam plak panas-panas

SAMBAL NASI LEMAK - mak aku
1 mangkuk bilis - belah 2 dan bersihkan
1 bawang besar - hiris
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam
2 sudu gula melaka
1 asam keping
1 daun pandan

Bahan Blend
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih


1. Panas minyak dan tumis pandan bersama bahan blend hingga naik minyak
2.Masukkan asam,garam dan gula serra bilis tanpa goreng
3. Masukkan juga 1 cawan air dan biar mendidih hingga kuah pekat
4. Sesuaikan rasa


Ayam Goreng Panas-panas
Ayam ni mak aku cakap gaul ada 8 ketul
Mak aku cakap gaul dengan 2 sudu tepung pedas & biar dalam peti ais seharian
Takyah letak garam dah. Tepung pun xleh banyak supaya x muak
Actually mak aku basuh dan gaul ayam ni swjak pagi


Timun segar krup krup krup

Telur rebus sorang sebiji  belah 2 dapat sorang 2 pcs sebab kakak memang x suka telur rebus

Kacang tanah goreng
X campur bilis pun
Kacang ni fav mak aku jer
Aku kakak abang x suka kacang

Ayam Goreng Panas Rangup & Juicy

Tembikai lagiiii
Sepanjang minggu ni makan tembikai
2x mak aku beli
Hari ni tembikai dapat sumbangan bekalan makanan dari JAWI


Tetiba lak ada tomyam
🤣🤣
Orang surau kasi
Setiap rumah pun dapat.
Sayangnya x ngam dengan menu nasi lemak..
Sesuai diratah jer lah...
الحمدالله...
Syukurrrrr...
SELAMAT BERPUASA...


No comments:

Post a comment