Tuesday, 5 May 2020

KUIH SERI MUKA PANDAN LIMAU PURUT-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19(DAY 49)RAMADHAN 2020

Bulan Ramadhan ni setiap hari mak aku akan masak 2 jenis kuih.
1 kuih manis & 1 kuih pedas
Kadang masak bubur manis, xde lah kuih manis.. Mak aku cakap dolu-dolu masa zaman sekolah mak aku kena masak untuk juadah buka puasa. Mak aku cakap masa sekolah rendah nenek masak. Tapi masuk sekolah menengah kebetulan puasa musim menanam padi.
Kata mak aku nenek buat 2 kerja.
Tanam padi sendiri & ambil upah tanam padi taukeh padi.
So, nenek keluar pagi & balik waktu dah nak berbuka.
Mak aku citer, nenek memang gigih bekerja mencari duit untuk persiapan raya & untuk belanja sekolah anak-anak.
Bulan puasa pun nenek akan bekerja menanam anak-anak padi ditengah panas terik. Kata mak aku dolu-dolu padi ditanam guna anak benih yang disemai, bukan tanam secara moden macam sekarang.
Mmm aku pernah jer tengok orang tanam anak padi. Nampak penat sebab membongkok.Bayangkan nenek mebongkok dari pagi sampai petang, bulan puasa plak.. Kasihan nenek kan..
Mak aku cakap sebab tulah mak aku kena masak sebab masa tu belum ada bazar ramadhan.. Sebelum puasa nenek dah siap tumbuk beras untuk stok tepung beras & tepung pulut. Kelapa juga nenek nenek dah siapkan tapi mak aku cakap mak akunkena kopek sendiri & kena kukur sendiri la lelapa tu. Masak pun mak aku cakap guna dapur kayu & kena cedok air perigi. Kata mak aku sebab itulah mak aku tahu masak kuih-muih. Balik sekolah naik basikal, sampai rumah mak aku cakap cepat-cepat mandi & ambil daun pisang, kopek kelapa & angkut air dari perigi untuk masak juadah berbuka puasa, Kata mak aku ada juga orang lain pun kena juga masak macam mak aku tapi kebanyakan yang lain yang mak x kerja & ada kakak, selamat la mereka...!!
Ada beberapa nama & watak yang mak aku sebut macam tok ndak, nenek diva, family mayah, mak & nenek intan aku kenal. Banyak nama & watak lain yang maknaku cerita tu aku memang x kenal. Mak aku caka ada yang dah meninggal termasuk arwah atuk.
Mmm.. cannot brain la kalau aku yang balik sekolah kena masak.. Dapur kayu plak..huwaaaaaaa!


Semua cerita tu mak aku sampaikan sambil ajar aku masak Seri Muka ni...



Kata mak aku..
Kuih Seri muka antara kuih yang mak aku selalu masak masa tu..
Mak aku cakap sebab syok beras pulut memang sentiasa ada kat rumah nenek sebab nenek memang tanam padi biasa d padi pulut. Pulut hitam pun mak aku cakap nenek tanam.. Telur ayam plak mak aku cakap seluk jer dalam sarang reban ayam. Pandan pun petik kat  tepi telaga. Tapi xde blender kena tumbuk sampai lumat d perah ainya.


Ralit mendengar cerita sampai xde langsung nak snap pic


Hahaha... Sedar-sedar kuih dah masak..
Tinggal nak tunggu sejuk kuih baru boleh potong..
Tengahari lepas zohor mak aku dah ajak buat kuih seri muka ni
Mak aku cakap lepas masak kuih ni dah boleh rehat & tidur.
Sebab mak aku cakap hari ni xyah masak lauk & nasi.
Mak aku cakap nk buat mihun tomyam & nak order roti john yang sedap macam jiran bagi semalam tu..


Sempoi jer boleh masak sambil tengok TV pun sebab mak aku soh kukus dalam rice cooker jer..


Kukius pulut,
Angkat gaul santan + garam
Kukus lagi
Pastu tekan-tekan pulit ngan senduk plastik yang dibungkus plastik supaya licin dan pulut x melekat pada senduk..
Haaaa.. Seronok tul aku menekan pulut dalam loyang..
Mak aku yang alaskan loyang tu ngan plastik
Kata mak aku supaya senang nak tarik kuih keluar dari loyang..
Bahagian hijau tu mak aku yang blend & bancuhkan.. Aku just amik part kacau atas pi sekejap bagi pekat.
Mak aku pesan jangan sampi mendidih. Kacau bagi naik wap sikit jer  supaya nantai bila kukis bancuhan tu xlah mendap keras dibawah & cair dia atas. Kacau xleh lama. Mak aku kata kalau lama d pekat namti bila nak tuang atas pulut top dia x licin. Kalau tuang masa cair-cair skit tu barulah smooth..
Bezanya kuih kali ni  bau macam sirap yang mak aku selalu masak SIRAP HARUM PANDAN & DAUN LIMAU PURUT.. kat sini
Kuih seri muka ni memang bau harum yang unik sebab ada dua bau
Bau pandan vs bau daun limau purut memang bukan bau tomyam
Tapi bau pandan + bau daun limau purut..
Macam bau sirap mak aku selalu buat tu



 Bila dah masak
Kena plak biar sejuk
Naper..???
Mak aku kata kalau potong masa panas kuih masih lembik & potongan jadi x kemas
Sebab tu kena masak awal supaya masa petang nak potong kuih dah sejuk
Oooo..

Betul la bila dah sejuk, bila potong kemas jer. Mak aku pesan potong ngan pisau plastik baru kemas & x melekat.
Ooooo.. Patutlah kalau beli kek, pisau kek tu mak aku pesan jangan buang..
Now, aku dah tahu..


KUIH SERI MUKA PANDAN LIMAU PURUT
2 cawan pulut- rendam 4 jam @ semalaman
2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

-Masukkan pulut kedalam loyang & kukus 15 minit.
-Angkat pulut & gaul dengan santan yangvdicampur gula & garam. Gaul rata & kukus semula 10 minit.
-Alas loyang lain dengan plastik & tekan-teka2kan pulut tadi hingga padat & sama tebal

Sementara itu siapkan bahagian hijau.

bahagian hijau:
1½ cawan santan
2 biji telur
½ cawan air
3 helai pandan
2 helai daun limau purut
½ sudu teh pewarna hijau
3 susu tepung besar tepung gandum
½cawan gula
½ sudu teh garam

- Blend pandan, daun limau bersama ½ cawan air. Perah  untuk dapatkan ½cawan air perahan.
- Kacau telur, gula, garam, santan & perahan pandan +limau purut hingga gula larut.
-Masukkan tepung & kacau rata. Jika bergentel tapiskan.
- Masukkan kedalam periuk /kuali d kacau hingga naik wap(lebih kurang 5 minit sahaja)
- Masukkan semula le dalam kukusan, loyang pulut yang sudah ditekan padat.
-Tuangkan adunan yang dipanaskan tadi  ke atas pulut & kukus semula hingga masak (anggaran 15-20 minit sahaja) Jika terlalu lama dikukus permukaan kuih kurang cantik.

Selalunya mak aku cakap guma resipi
KUIH SERI MUKA RESIPI NENEK.. kat sini
Rasanya kalau nak buat sendiri sepenuhnya aku belum confident lagi.
Tapi kalau terdesak, aku rasa aku boleh buat ni.. Cuma hasilnya x tahuuuuuu laaaa🤣🤣

Untuk hidangan iftar semalam
11 Ramdhan
Mak aku bagi jiran bujang sebelah rumah tu sikit..
Yang lain potong untuk  iftar
& baki dalam loyang untuk moreh
Licinnnnnn 1 loyang..
Tak sempat shur
Lepas terawikh...
Abang settlekan sampai licinnnn

No comments:

Post a comment