Saturday 2 May 2020

SAYUR MAK TAM SOS TIRAM-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19(DAY 45)RAMDHAN 2020

Mak aku juga masak sayur untuk iftar hari ke-7 puasa.. Now jarang makan sayur..
Tapi kerana aku kena sembelit yang teruks..
Mak aku usahakan cari sayur & buah walauoun dalam Perintah Kawalan Pergerakan ni sayur terhad & agak mahal dari sebelum ni


Semalam mak aku masak sayur ni untuk lauk iftar


Mak aku cakap ni sayur Mak Tam
Hahahaha, mak tam la plak..
Pak Tam xde ker
Hahahaha

Mak aku cakap memang namanya sayur mak tam
Kat pack dia pun tulia Yau Mak Tam
Tak tahu  Bahasa Melayu

Yang pasti sayur ni sedap

SAYUR MAK TAM SOS TIRAM
2 ketul besar sayur mak tam
2 sudu ikan bilis halus bersih
1 labu bawang putih
1 cili merah
2 sudu sos tiram
4 sudu minyak masak

1. Ceraikan sayur ikut kelopaknya
2. Jerang air dalam kuali & tambah sikit garam.
3. Celur helaian sayur sekejap sahaja & susun dalam pinggan hidang
4.Panas minyak & goreng bilis hingga garing. Ketepikan
5. Goreng bawang putih cincang hingga garing & kaut bersama minyaknya.
6.Dalam kuali yang sama guna sexikit minyak bawang putih & tumis cili hiris
7. Tuangkan sos tiram yang dibancuh dengan 1/2 cawan air..
8. Bila mendidih tuangkan ke atas sayur yang sudah disusun
9. Selepas siram kuah, curahkan minyak bawang putih & minyaknya
10. Taburkan bilis goreng..


Rupa dia macam pokok daun salad
Tak berapa clear..
Jap nak google..

Ok ni pic dadi google lebih jelas
Mak aku cakap kalau yang sizs kecik macam tu lagi sedap rangup..
Yang mak aku beli ni daun agak lembut swebab sepatutnya buang daun-daun luarnya, amik yang dalam jer
Tapi mak aku cakap selagi boleh makan, xyah buang

Daun-daunnya diceraikan ikut setiap helai.. Basuh bersih
Mak aku kata kalau yang jenis kecik, seketul tu patut dibelah dua jer..
Tapi mak aku cakap sebab 2 ketul jer..
Kalau belah dia nampak sikit, 🤣
So ceraikan kelopaknya


Celur sekejap dalam air panas bergaram & toskan. Celup sekejap sahaja supaya tidak lembik

Ikan bilis halus
Bersihkan & goreng garing


Bawang putih dadu halus & goreng rangip. Kaut bersama minyaknya



Kuah yang dimasak di siram atas sayur yang sudah dicelur sekejap.
Ratakan bawang putih goreng bersama minyaknya..
Akkhir sekali tabur ikan bilis garing & sedia dihidangkan..

No comments:

Post a Comment