Sunday, 3 May 2020

BEGEDEL JAGUNG SEDAP-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY47)RAMDHAN 2020

Dah masuk 10 Ramadhan 1441
Dah masuk 47 hari Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Nampaknya macam harapan nak balik raya kat kampung macam takkkk jer
Tak apalah kalau x dapat balik beraya di kampung pun,
Janji wabak Corona Virus akan berakhir
Kalau penyakit xde, umur panjang masih boleh balik kampung
Tapi kalau diserang penyakit & umur pendek..
Kena duduk rumah yang Sudin cakap dalam Seniman Bujang Lapok.. 7kaki panjang, 3 kaki lebar & 7 kaki dalam tu
Haaaaa.... Memang x dapat balik dah sampai bila2...


Semalam untuk kuih pedas
Mak aku masak Begedil Jagung
Sedap pulak sebab dah lama x makan
Hahaha semua pun dah lama x maka
Macam la sepanjang tahun puasa
Ye ke.. dah lama x makan...
Tak kuwus pung..
Hahahaha

Begedil Jagung ni kena makan panas-panas
Mak aku goreng panas-panas
Dah dekat dan berbuka
Supaya dapat makan panas-panas
Bahannya mak aku dah prepare awal sebab mak aku cakap puasa kali ni mak aku nak tengok Jejak Rasul..
Mak aku cakap selama dah lebih 20 tahum jejak rasul mak aku kata x sempat nak tengok full sebab masa jejak rasul sibuk nak masak,
Tahin ni mak aku kata setiap Jumaat, Sabtu & Ahad nak siapkan makanan iftar awal-awal sebab nak tengok Jejak Rasul pukul 6.30 petang.
So, sepanjang puasa ni setiap Jumaat, Sabtu & Ahad... remote TV mak aku punya
Hahahaa



BEGEDIL JAGUNG
1 tongkol jagung (saiz besar)
1/2 batang carrot - sagat kasar
1 biji telur
1 bawang besar-cincang
2 sudu tepung gandum
1 pokok daun sup - cincang
1 cili merah- hiris nipis
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
Minyak untuk goreng

1. Hiris jagung ambil isinya
2. Campur isi jagung, carrot, bawang, daun sup, garam & gula. Gaul rata
3. Pecahkan sebiji telur & gaul rata.
(nampak lembik sebab tepung sikit tapi bila goreng ia akan melekat elok kerana telur melekatkan)
4. Panaskan minyak & jemput & leperkan & masukkan kedalam minyak. (hati2 kerana adunan nampak berderai tetapi bila masuk dalam minyak panas ia akan melekat)
5. Biar bawahnya garing dahulu sebelum dibalikkan supaya tidak berderai
6. Balik-balikkan hingga garing
7. Toskan & sedia dihidang bersama sos cili



Bahan dah disiapkan awal-awal
Tapi macam ada yang kurang.


Ops.. Mak aku cakap lupa nak letak daun sup.


Gaul sebati

Siap di goreng


Makan panas-panas baru best..!


No comments:

Post a comment