Monday 4 May 2020

SERAWA PISANG AWAK-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19 (DAY 48)

Semalam mak aku masak pengat pisang
Tapi mak aku cakap Serawa Pisang
Haaaaaa caner tu...


Ni kira moreh la
Sebab aku masakan lepaa terawikh..
Mak aku hidang jer masa iftar
Tapi masa iftar dah makan nasi & kuih
Kenyang la
Lepas terawikh makan lak pengat pisang ni



Makan jugak la sebab hanya mak aku yang makan masa iftar tu
Banyak lagi dalam bekas ni
Kang sahur xde nyer nak makan manis dah


Tengahari lagi mak aku dah masak pengarlt pisang ni
Kata mak aku pengat pisang @ apa-apa bubur elok dimasak awal beberapa jam
Supaya nanti nak makan dah pekat & lebih sedap..

Ni mak aku kata pisang awak
Hahahaha lawaks nama pisang tu
Selalu maknaku masak pengat guna pisang nangka
Aku tau sebab pisang tu harum bau dia macam bau nangka
Yang ni xdw bau nangka pun
Tapi bau pandan jer
Isi dia pun putih

 Mak aku cakap pisang ni yang beli sama ngam pisang yang masak GULAI PISANG IKAN KERING... kat sini


Haaaa yang kat belakang tu la pisang yang masak gulai
Yang kat dwpan ni pisang aqak
Masa beli tu belum masak
Punya la lamaaaaaaaaaaa pisang awak ni nak masak.
Mak aku cakap x tau naper hari tu pun maaak 5 biji sahaja masa mak aku buat pisang goreng hari ke- 5 puasa
Yang lagi baki dia ni la sampai 10 Ramadhan baru masak penuh & mak aku kata sebab dah masak sangat
Sebab tu jadikan serawa..
Huh...
Tapi sib baik akhirnya masak juga
Kalau x masak langsung, nak kata apa kan...

SERAWA PISANG AWAK
10 biji pisang awak
2 sudu sagu-rendam 10 minit
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh garam
1 helai pandan
1 kotak kecil santan

1. Pisang dikupas & potong serong
2. Masukkan pisang bersama 3 cawan air dalam periuk hingga mendidih
3. Masukkan pandan, & sagu yang direndam
4. Bila sagu kembang & jernih masukkan garam & gula perang.
5. Tambah santan & kacau rata biar mendidih sekejap sahaja
6. Matikan api & sesuaikan rasa


Pengat Pisang a.k.a serawa pisang
Maknaku cakap warna dia kurang gelap sebab gula perang yang light..
Kalau guna gula melaka lagi cantik..


No comments:

Post a Comment