Monday, 25 May 2020

JUADAH PAGI RAYA AIDILFITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2020
Kepada semua sanak saudara, kawangkawan & semua yang membaca catatan diary maya ini..
Mohon ampun dan maaf andai ada catatan dalam diary ini pernah mengguris hati atau ada yang tersinggung atau apa jua kesilapan yang sengaja & tanpa sengaja.
Sesungguhnya tiada niat pun tetapi sebagai manusia biasa pastinya ada kesilapan.
Terutama kesilapan menaip(typo) ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
So, maafkan sahaya, insan yang lemah.
Raya dalam normal baharu kerana wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia..
Pertama kali dalam hidupku terpaksa beraya di KL kerana larangan kerajaan agar tidak merentas negeri untuk balik kampung beraya..
Semua ini demi menjaga & mengelakkan penularan wabak Covid 19.
Perasaan bercampur rasa
Antara sedih x dapat balik beraya di kampung & rasa tertanya bagaimanakah rasanya beraya di KL...
Mak aku plak cakap, mak aku pun sepanjang hidup mak aku ini adalah kali ke-2 mak aku raya kat KL
Eh, mak aku pernah raya kat KL ke?
Mak aku cakap pernah beraya di KL masa abang masih kecik.
Mak aku kata masa tu raya kat KL sebab nenek beraya di Mekah.
So, Achik & Pak Njang pun beraya di KL.
Best ke?
Mak aku cakap masa tu beraya dikuaters memang meriah kerana ramai yang x balik kampung & masa tu beraya dalam normal raya la sebab tiada wabak Covid..
Tapi ni semua orang pun dah setting beraya dalam rumah sendiri & tiada kunjung mengunjubg mestilah berbeza.
Tapi persiapan raya mak aku tetap beria-ia juga buat
Mak aku cakap kena buat persiapan macam raya kat kampung juga.. Supaya mood raya terasa..
Kena masak ketupat dan rendang
Kena buat biskut raya macam biasa..



Pagi raya...


Juadah raya sudah terhidang atas meja...
Walaupun raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat...
Raya tetap raya...
Memang wajib raya
Tak leh puasa 1st Syawal..
Haram..
So... Memang kena raya la..
Mak aku kata kena
"MENCARI HIKMAH DALAM MUSIBAH" 


Sepanjang hari terakhir Ramadhan mak aku bz menyiapkan juadah raya..
Anyam sarung ketupat daun kelapa
Buat ketupat palas
Merendang daging
Masak ayam
Masak kuah kacang..
Mak aku kata nak masak sayur lodwh
Tapi last minutes x masak sayur lodeh
Sebab semua pun xnak sayur lodeh tu
Nak makan ngan rendang jerk


Hidangan untuk sarapan pagi raya
Sebelum solat sunat Aidilfitri..
Awal-awal nampak jiran Pakistani depan rumah ni berderet menuju ke surau untuk solat Aidilfitri
Tapi x lama lepas tu mereka semua balik
Mak aku cakap mungkin polis dah suruh balik
Kerana wabak covid ni solat Jumaat & Aidilfitri hanya dibenarkan tidak lebih 30 orang sahaja untuk mengurangkan risk

Kata mak aku kita masih beruntung
Sekurang2nya kita masih boleh beraya
Cuma kena patuhi SOP
Kalau negara yang berperang demgan senjata macam Palestin, Syria & negara lain
Lagi la sedih dan takut
Bom & tembakan keliling
Kita bunyi juga macam bom
Tapi tu bunyi mercun dan bunga Api



Haaaa... Malam tadi kan... rumah Tan Sri sebelah ni buat tembakan bunga api berdentum dah macam sambut malam merdeka..
Kawasan rumah dia kan luas macam airport
Kaya plak tu..
Agaknya dia nk kongsi kegembiraan dengan jiran-jiran rakyat sederhana macam kami semua
Apartment kitorang memang berkongsi pagar dengan mereka..
So, bila tembak bunga api, we all atas kayangam ni memang jelas la
Pekak la telinga 1 jam kot sebab lama betul dorang tembak bunga api tu. Lagi lama dari malam merdeka kat Dataran Merdeka
Berapa riban agaknya kos bunga api tu..
Ntah la... aku x pernah tau pun


Pagi-pagi lagi mak aku dah buka tingkap
Buka pintu luas-luas
Macam la ada orang nak datang beraya
Hahhahaha
Mak aku cakap raya kena buka tingkap & pintu luas-luas

Pagi raya Aidilfitri
Mak aku kata... Kita disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat hari raya.
Solat hadi raya pun memang dilewatkan sedikit..
Bagi memberi peluang orang yang belum bayar zakat fitrah menguruskannya sebab zakat fitrah kena selesaikan bermula sepanjang Ramadhan hingga pagi Syawal,tapi kena selesaikan sebelum orang solat sunat raya lah
Kalau Raya Haji kita disunatkan pergi solat hari raya dahulu sebelum makan
Solat raya pula diawalkan kerana lepas solat orang sibuk nak buat Qurban..



Tapi kali ni dah memang beraya pun dalam rumah sendiri
Solat pun dalam rumah sendiri
So... Ikutlah



Yang penting hidang makanan siap-siap


Boleh makan sampai kenyang
Tapi aku xnak makan kenyang sangat sebab nanti ada kawan- kawan aku cakap nal datang.. So, nak makan ngan dorang

Hari akhir Ramadhan mak aku dah ajar aku ngan kakak isi beras dalam sarung ketupat.
Bab menganyam, hanya mak aku la
Sebab abang, kakak & aku memang x pandai anyam..
Complicated giler nak anyam sarung ketupat daun kelapa tu


Abang beli daun kelapa tu 60 helai
Mak aku masak ketupat daun kelapa 30++ jer
Mak aku cakap sebab dah buat juga ketupat palas

Ketupat palas plak mak aku cakap dapat 60++


Ketupat palas mak aku dah siapkan 2 hari sebelum raya
Pastu frozenkan
Malam raya rebus

Sekuali Ayam Masak Merah


Sekuali Rendang Daging

Aku suka rwndang daging

Seperiuk Kuah Kacang


Lauk fav abang


Buah tangan untuk jiran-jiran

Mak aku soh abang hantarkan
6 balang cookies
Yang ahli rumah ramai mak aku soh abang tengok dulu dalam beg palastil tu.
Rumah bujang sebelalah kanan ni xde orang
Mak aku cakap dah wasap dia beraya kat Sentul
So, kiv sesiap nanti dorang balik baru bagi
Rumah hujung tu mak aku cakap bagi balang pendek sebab dorang family mesti dah buat kuih raya
Jiran sebelah kiri ni penghuni baru
Baru lagi dorang sewa ramai lelaki bujang
Mak aku soh bagi 2 balang biskut raya
1 balang besar cookies & 1 balang pendek  biskut kacang.
Mak aku cakap sebab dorang ramai & baru pindah bagi lebih skit
Sebelah rumah bujang tu rumah yang selalu pinjam tangga la bagai
Tapi bagi balang kecik jer sebab mak aku cakap dorang memang buat kuih raya sendiri
Jiran depan rumah ni plak ada 4 rumah
Tapi 2 rumah berkunci, maybe dorang balik kampung
1 rumah tu mak aku soh bagi balang pendek sebab dorang hanya suaministeri d sorang baby jer
Yang sebelah tu ahli ramai sebab orang Pakistan semua lelaki
Lepas nampak dorang berderet balik dari surau...
Mak aku soh abang hantarkan 1 balang panjabg cookies & 1 bekas ayam masak merah..
Mak aku cakap sebab dorang tu musafir mesti xde family kat sini..
Pagi2 lagi nampak dorang bawa sejadah menuju ke lif
Mesti dorang nak gi solat sunat raya
Tapi x lama pastu dorang balik
Mak aku cakap maybe dinasihatkan oleh polis.. xleh solat ramai sebab PKPB ni
Hanya AJK surau & masjid jer dibenarkan
Kata mak aku, mak aku pernah baca info... orang-orang Islam sebelah Pakistan memang hebat dalam mengerjakan solat. Walau di mana & apa keadaan mereka tetap cuba solat jemaah
Orang-orang Islam sebelah Arab hebat dalam membaca Al-Quran...
Manakala orang Islam sebelah Malaysia hebat dalam berpuasa kerana kanak-kanak sejak kecil umur 4 tahun sudah dilatih puasa.Walau di mana berada, dalam negara @ luar negara mereka sangat mementingkan puasa Ramadhan
Walaupun berdepan dugaan musim sejuk & ada ketika waktu siang yang panjang


Haaa... ni juadah kat rumah Achik
By Family group whatsApp
Achik tetap meneruskan tradisi masak Nasi Tomato pagi raya
Setiap kali raya memang Nasi Tomato jadi main menu kat kampung untuk dijamunkepada tetamu yang datang beraya
Tahun ni nenek cakap nenek pun x balik kampung.. Beraya ngan Achik jer
Semoga tahun depan kita akan kembali beraya seperti sebelum ni
Kunjung mengunjug..
Apapun raya 2020 pastinya akan dikenang selamanya...
Raya dalam PKPB-Covid 19

SELAMAT HARI RAYA
 MAAF ZAHIR & BATIN





4 comments:

  1. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin..dik cella.,kita tak balik kg...sbb kita duduk kat kampung ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ cantik rumah๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin juga untuk sis...waa untung lar dapat beraya di kampung
      .ุงู„ุญุฏุงู„ู„ู‡...
      Walaupun rumah kiter tecik jerk tapi inilah syurga kami di KL.. Heee home sweet home..
      Terima kasih sis baca diary kiter..

      Delete
  2. Wahhh...macam2 menu ada,sedap2 pulak tu,nak jadi jiran sebelah umah Dik Cella juga lah...Cantik la susun atur dalam rumah...Mesti Dik Cella yang mengemas...Muah ciked..๐Ÿ˜™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee... Kiter pun nak jadi jiran aunty, boleh makan kek.. ๐Ÿ˜…

      Haaaa.. Ahhh... kiter yang kemas rumah & susunatur dalam rumah ni. Camaner aunty tahu, malu I๐Ÿคญ
      Tapi peel kiter kalau mengemas, xnak orang lain kacau, nak buat sengsorang. Heeee...
      Muah jugak untuk aunty๐Ÿ˜˜

      Delete