My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 27 October 2026

BUAT KETUPAT PALAS RENDANG AYAM CILI KAMPUNG

Hari minggu Ahad,bangun sesubuh pagi,rumah saya dah beraroma hari raya....


Saya buat ketupat palas...Dapat dalam 50 biji tapi dah tinggal banyak ni baru perasan tak ambil gambar..



Mangaron santan dan pulut.



Daun palasnya banyak jer..Tapi tak.rajin nak buat bebanyak...Buat sekilo pulut sahaja...


Dah kering dah pangkal daun palas tu


Dapatlah lebih kurang 2½kg ketupat siap masak.
Lebih kirang 50 pcs.
Bilangan ketupat tu bergantung kepada saiz.
saya buat saiz sedang-sedang.Saya juga balut ketupat tu Kelantan style...Beberapa tahun kebelakangan ni saya lebih suka balut ketupat cara Kelantan.Rasa macam lebih mudah dan lebih kemas.Kalau balut Kedah style kadang saya tak pandai nak seimbangkan bucubkiri kanan tu..Rasanya skill balut ketupat Kedah dah makin menipis dek kebiasaan dok balut Kelantan stlye...hihihi..
Untuk dapatkan 2.5kg ketupat ni 
Modalnya:
1 kg pulut...
½ kg santan pekat + ½L air
1 sugaram & 1 sudu gula
1 helai pandan

Pulut tu Achik bagi 5kg pulut Siam masa balik Cuti Merdeka.Achik beli kat Padang Besar 


Sebenarnya sebelum masak ketupat..Saya dah siap "buka" daun palas sejak hari Sabtu .Buka tu mean kembangkan daun pucuk palas yang masih kuncup..gulung-gulungkan dan buat kelongsong yang kosong supaya daun kembang dan mudah nak isi pulut

Asal plan nak buat ketupat ni hari Sabtu tapi Sabtu ada urusan di tempat kerja hingga tengahari..Nasib baik juga sempat sampai pasar sebelum pasar tutup.Dapat la veli santan segar.Nak buat ketupat palas ni kena guna santa. segar.Kalau santan kotak dia tak pecah minyak & rasanya juga lain.

Kalau ada yang nak rujuk resipi dan cara buat boleh KLICK SINI....


Pepagi semalam seusai mandi & subuh...sekitar 6.20 saya dah merendang ayam.



Sekor ayam agak besar lebih kurang 3kg juga berat.Sebabnya masa singgah pasar nak beli santan  hari Sabtu dah menjelang tengahari..Yang tinggal hanya ayam yang oversize jer...ambil juga sekor.



Semangkuk cili padi..Saya tambah dengan cili kampung dari kebunan tempat kerja...Huii...kemahen pedas melahar


Bahan kisar pertama....bawang bawangan,lengkuas,serai & halia.
Patutnya masuk kunyit bersama..Tapi saya sayang blender takut kuning.Maka saya guna serbuk kunyit sahaja & masukkan kemudian.


Cili padi kisar.Agak banyak penggunaan cili padi.Hampir penuh blender...



Dah tambah kunyit....
Biar mendidih bagi kering sikit & bagi cili tu masak 




Sekor ayam tapi berat 3kg macam 2 ekor jugaklah kiranga...


Bila masuk ayam....jus ayam keluar menjadikan kuah kembali cair


Dah bak kering + daun kunyit & biar mendidih perlahan hingga naik minyak
Untuk rendang ayam cili padi ni boleh rujuk resipi & cara masak KAT SINI....


Kuali berebut space  atas dapur..Telinga kuali tak boleh nak letak elok ...kena senget benget baru boleh muat...hihihi
Yang sebelah tu tengah jerang santan untuk ketupat..



Minyak berladung....sebab guna santan fresh yang dah beku.Masukkan sekejapan sahaja dah pecah minyak...Kelebihan masak rendang guna santan segar yang pekat membuatkan rendang cepat pecah minyak tanpa perlu tumis..Itu yang dinamakan rendang.Maksudnya masak dengan santan hingga naik minyak.Selain tu rwndang menggunakan santan segar lebih sedap kerana ada lemak manis aslinya..Tapi kalau takda stok santan segar,saya guna sahaja santan kotak.Cuma bahan kisar kena tumis supaya nanti naik minyak.Nak harap santan kotak tu pecah minyak lambert lagi....hihihi



Dah msak semua,rupanya takda siapa yang ambil gambar....hahahaa..beria masak tapi lupa ambil gambar...bagi kita yang blogger ni ,ia satu kerugian la jugak kan...hehehehe

Ketupat dah tinggal banyak ni baru ingat belum ambil gambar...hihihi
Alhamdulillah ketupat air tangans aya masih ada rasa macam air tangan mak walau tak sepenuhnya..Ketupatnya kenyal dan sedaging kata orang tua-tua ...






Nampak Adah tengah makan snap la sekali lalu...hihihi



Saya panjangkan sikit kepada jiran dua orwng  bujang terlajak sebelah rumah ni..Dah lama tak merasa masakan depa.Dulu depa rajin masak masak & dapatlah merasa air tangan depa.Tapi sejak salah seorang dari depa diuji kesihatan,tak dengar lagi dah depa menumbuk cili dan tal me cium lagi aroma masakan depa.Cuma sesekali jika ada bunyi suara mereka dinluar rumah,sesekali saya tinjau melalui cctv & nampak salah sorang  menyorong wheelchair rakannya.Tahulah saya  mereka nak ke pusat dialisis.Sebelum ni ada beberapa kali bertanya khabar mereka..Satu perkara yang saya nampak dari persahabatan mereka berdua bahawa masih ada insan berhati mulia,sanggup menjaga dan merawat rakan serumah yang sakit walaupun bukan darah daging.Menyaksikan persahabatan mereka duduk menyewa serumah  sekian lama dari sihat hingga diuji kesihatan..Masya Allah...semoga Allah kirniakan kesembuhan dan mudahkan urusan  mereka.
Begitu juga dengan mak saya nun jauh di Kedah...Semoga Allag kurniakan kesembuhan kepada mak dan mudahkan urusan Achik..Amiinn....


No comments:

Post a Comment