Lama juga tak masak lauk kegemaran rakyat Malaysia niðŸ¤
Sebenarnya bangun pagi tadi dah takda idea nak masak apa untuk dua beradik tu.
Anak jantan tu hari ni masuk kerja tengahari.Adah pulak WFH..Mestilah nak kena ada nasi untuk lunch. So,masak sardin saja la kalau depa nak makan nasi.Kalau sarapan,roti ada.Butter & garlic spread pun ada.
Mengejar masa juga sebab nak join bacaan yassin pagi tadi.Start pukul 8.15.
SARDIN MASAK DENGAN TELUR
1 tin kecil sardin mecerel
2 biji telur
1 bawang Holland
1 bawang putih
10 cili padi merah+hijau
1 sachet pes tomyam(saya tambah)
minyak,garam,secubit gula
1. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan serta cili padi hiris.
2.Masukkan pes tomyam dan cepat-cepat masukkan 1 cawan air kerana pes tomyam cepat hangus
3.Masukkan pula sardin dan sosnya.
4. Bila mendidih perlahankan api dan pecahkan telur kedalam kuah.Biar hingga telur ½ masak atau masak penuh ikut kegemaran.
5. Sesuiakan rasa.
sedap nasi grg sardin, simple je tp sedap..
ReplyDeleteTak tahan saya tengok nasi gorengsardin... suka...sukaaa!!!
ReplyDeleteSedapnya sardin telur...SA ada plan nak buat macam ni tp anak dara tu cakap merepek je...sabar jer la..
ReplyDeleteAmmi belum cuba lagi resepi sardin viral tu..biasalah ammi ni..dah tak viral kang baru sibuk
ReplyDeleteTak tahu pulak sardin dimasak bersama telur jadi viral. Telur pulak lebih laku dari sardin. Begitulah kalau ada sardin tinggal, berakhir dengan nasi goreng kaedahnya. Sedap lagi ada keropok indon tu.
ReplyDelete