Sunday, 6 March 2022

BALIK KAMPUNG KEJAP..BY BUS

 Terlanjur Cella tengah cuti sem,nak balik kampung la sekejap.Kata Cella dia dah lebih setahun tak balik kampung.Rindu sangat dengan nenek.


Terminal Bersepadu Selatan(TBS).Kali ni pun saya pilih balik naik bas.Balik 2 beranak saja.

Kami deside beli tiket bas trip malam sebab boleh lena...hihihi.

Banyak ja pilihan bas,tapi kami pilih Pancaran Matahari kerana nak single seat.Ambil bas Pancaran Matahari..RM 50 seorang untuk sehala.

Suruh Cella pilih single seat sebab pakat nak tidur dengan selesa.Cella booking online ja.



Sebelum balik,jalankan tangungjawab kepada agama,bangsa dan negara...hihihi.

Buat saliva test dulu sebelum bertolak.


Cella tengah beli air mineral & sikit kudapan kot-kot lapar dalam bas nanti.Adah & anak bujang tu drop kami kat gate C & depa terus balik.Hari tu masa cuti Deepavali,saya balik sorang,Adah temankan sampai naik bas.Ni sebab ada Cella,depa terus balik.

Lepas check in( rasa macam nak naik flight pulak) hihihi..
Sebab book tiket online,kena pi kaunter dulu sahkan dan ambil tiket sebenar.


Agak sunyi sebab dah dah 10.30 malam.Bas kami pukul 10.45.

Tak boleh turun awal kat bawah sana.Hanya dibenarkan turun dalam 15 minit sebelum depature🤭.Polis bantuan memang tunggu kat escalator untuk check tiket sebelum dibenarkan turun.


Kat gate bawah tempat tunggu bas.Pun ada staf depa bertugas untuk pastikan naik bas yang betul..
Kalau hangpa lambat ka...ha,siap la untuk nama hangpa dipanggil dengan speaker.Rasa la glamour sekejap,namamu didengari seluruh TBS🤭
La ni beli tiket kena letak nama,bukan macam dulu main beli ja.
Tepat 10.45 bas sampai.
Malangnya tempat duduk kami dah ada orang lain duduk.Bila semak tiket,memang ada pertindihan..Takmau hilang mood,maka kami dua beranak ikut saja arahan drive bas suruh duduk kat double seat....
Walaupun niat nak tidur asing-asing,takdirnya kami kena juga dok double seat..
Bas singgah Hentian Duta.Ada penumpang lelaki beritahu tempatnya kami dah duduk.
Pemandu suruh duduk saja mana yang kosong.Kalau lah dia tahu,tempat duduk kami juga dah diambil orang.

Tak apalah,mungkin ada sebabnya tapi malas nak ulas takut salah.
Yang penting semua dapat duduk selesa kerana seat bas Pancaran Matahari memang luas dan selesa.
Elok bas bergerak,pakat nak  layan mata.


Takdirnya ...kami tak dapat lena kerana sorang penumpang lelaki seat depan kami berdengkur punyala kuat..hadoiii
Sudahnya sampai pagi kami tak dapat lena.Yang tak boleh blah, si dengkur tu tidur lena dalam dengkurannya dari KL sampai Butterworth.
Masa bas berhenti rehat kat R&R,kami mengharapkan penumpang dengkur tu tersedar agar dengkuranya "berehat" seketika ,namun hampa.Dia tidur nyenyak bersama dengkuran yang memang 1 bas pun perasan dengkurannya.
Rezeki si dengkur dapat lena dengan nyenyak.
Elok bas masuk kat hentian Butterworth tu..eh sedar pulak tu ,dia terus bangun dan turun tanpa rasa bersalah..(tidur dengkur bukan salah dia kan)hihihi
Tapi kami yang ke stressan🤣
Pukul 5++ kami selamat tiba di Pendang & Achik dah siap dengan pakai telekong tunggu dalam kereta depan Petronas.Begitulah perjalanan kami menaiki bas untuk  balik kampung pada kali ini


10 comments:

  1. Lamanya saya tak naik bas. Tapi potong mood betullah kalau dengkur sampai ganggu keselesaan orang lain. Biasanya pendengkur tak perasan tidur mendengkur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la cikgu...Rasanya dia memang tak perasan...Tapi kita la yang tak lena...🤣🤣🤣

      Delete
  2. Bas sekarang dah safety susunaturnya dari kejadian raba meraba kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.....
      Huhu...zaman kolej dulu kalau naik bas malam..berdoa jangan kena sebelah lelaki

      Delete
  3. Okay juga cella ada teman balik kampung. Baru tahu sekarang tiket guna nama. Patutnya tak jadi overlap seat macam tu. Entah macamana lah sistem dorang. Aduhaii...jenuh juga nak tahan dengar dengkuran orang. dekat pulak tu kan. Sabar je lah..pendengkur dah tentu lah lena tidur dibuai mimpi. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Tapi tu la beli single seat ...dapatnya lain...
      Pakej dengan dengkur🤣

      Delete
  4. macam mana yang menjual tiketnya?
    rasanya dulu ammi beli tiket dia siap tunjuk kat kita monitor nak duduk seat yg mana pastu mana yg dah occupied dia block..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..masa beli nampak kat monitor mana yang kosong,mana yang dah ada orang beli..dapat tiket pun dah betul..tapi tu la..
      Saya dah minta nak tengok tiket penumpang yg duduk seat saya tapi memang nombornya sama..Cuma tiketnya lain rupa...
      Nak overthingking..takut berdosa🤭

      Delete
  5. Err.. tekup je mulut si pendengkur tuuu. Hahahaha.. Sabo jela kan

    ReplyDelete
  6. Kalau SA..dah SA kejutkan dah orang tu..ni la masalah kalau naik bas..SA pagi2 mmg macam tu la..sampai dah tau siapa yang kuat berdengkur dalam bas...tapi pi memana naik bas best kan...

    ReplyDelete