Balik kampung kali ni hanya sekejap cuma.Tapi banyak menikmati makanan.
Antara menu exotic di sesetengah tempat di Kedah.
Lepat yang dibuat menggunakan campuran bunga liar yang berbunga sekali sahaja dalam setahun.
Bunga Chicha namanya.
Berbunga setiap kali musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac sama musim dengan bunga pokok getah.Biasanya menjelang Disember semua pokok akan mengalami musim luruh dan setelah itu akan berpucuk dan mengeluarkan bunga.Pokok Chica ni besar pokoknya macam pokok balak.Biasanya tidak ditanam tapi tumbuh liar dan hidup lama.Kata mak saya dulu kat kampung kami pun ada pokok chica ni.Tapi masa tu tiada siapa peduli.Setelah teknologi viral ni baru pakat cari pokoknya.Malangnya banyak yang sudah pupus.
Saya tiada gambar sendiri untuk bunga chica dan pokok chica.Saya hanya boleh kongsikan link
BUNGA CHICA ...di siniYang tak boleh nak bayangkan pokok chica..boleh berkunjung ke SINI
###Walaupun nampak macam sama dengan
Tetapi harus diingat bahawa Bunga Chica BUKAN Bunga Sakura Malaysia.Jangan dok amik Bunga Sakura Malaysia tu buat lepat pulak..apa-pa hal saya tak bertanggungjawab🤭
Dapat makan Lepat Bunga Chica atas ihsan Achik dan Pakcik yang berusaha frozen kan lepat ni untuk saya dapat merasa.Hanya perlu kukus semula dalam 10 minit supaya kembali lembut dan kenyal
Bagi yang nak tengok rupa lepat bunga chica dan proses buat lepat bunga chica,saya kongsikan link dari TV9
Boleh tengok KAT SINI....
Ada yang plain dan ada yang dimasukkan inti kelapa manis dalamnya.
memang sedap. ralit ja makan. apatah lagi makan tu dengan kopi kampung. perggghhh layannnn
ReplyDeleteKan....
DeleteEh,UN pun suka ye lepat bunga chica ni...
Kat Sik mesti la lagi banyak makanan exotic kan..😍
saya baru tengok kat Majalah 3 minggu lepas pasal lepat bunga chicha ni.
ReplyDeleteOuh...ada yer..
DeleteRugi saya tak tengok...
Khabarnya bunga chicha ni baunya semerbak tapi tak blh disimpan kering ke tuk guna sepanjang tahun
ReplyDeleteBetul...
DeleteKatanya depa kutip banyak-banyak dan keringkan untuk kegunaan masa bukanusimnya
Menariknya kisah bunga chica. Memang besar sungguh pokoknya.
ReplyDeleteUntung dapat makan lepat bunga chica. Inilah first time saya tengok. Negara kita kaya menu, masyarakat kita memiliki pelbagai jenis makanan yang kadang-kadang tak terfikir dek fikiran generasi muda.
Betul tu..
DeleteAlhamdulillah balik kali ni adik ipar dah siap belikan dan achik frozenkan..
Bila makan makanan exotic dan rare pasti saya teringat cikgu di seberang Laut China Selatan nun...
For sure SA x pernah makan...mesti sedap ni
ReplyDeleteHehehe....nanti kalau pi Kedah cer usha kot ada..hihihi
Deleteinfo baru ni..
ReplyDelete1st time ammi dengar nama bunga ni.
Confirm ni tak pernah makan. Nama pun baru tahu. Kalau terbeli ni mesti runsing dok fikir lepat apa. link malaysia aktif tu tak aktif pulak mama cella. Error 524
ReplyDelete