Thursday, 10 March 2022

PUCUK BETIK TUMIS PEDAS IKAN MASIN..LAUK MAK-MAK

 

Pucuk Betik Tumis Pedas Ikan Masin.Ni lauk mak-mak jer ni sebab biasanya anak-anak muda jarang nak suka lauk ni...hihihi

Sebenarnya nak sangat makan bunga betik.Tapi pokoknya  baru nak hidup dan baru belajar berbunga.
Pokok betik tepi rumah Achik.Mak tanam untuk buahnya tapi sayang jantan kejadiannya.Maka manfaatkan bunga dan daunnya la.Semua ciptaan Allah pasti ada sebab dan kegunaannya kan..

Haaa...pokok betik jantan di tebing parit taliair tepi rumah Achik.Layak dipanggil anak betik je pun..Tapi saya dah petik pagi nak balik KL tu 
(dengar la kicauan bermacam burung  dalam video ni)


Nak snap pokok betik.Kasut pula terinterframe.Kasut Aqil sebenarnya ni.Tapi Aqil taknak pakai.Achik bagi kt saya..Ngam pula sizenya ..


Bunga dan pucuk betik


Kegemaran saya ni..

Dah terbayang nak masak sayur tumis pedas bila sampai KL 


Pucuk dan bunga betik tu saya rebus dulu hingga lembut dan basuh untuk kurangkan pahitnya.
Saya rebus dengan garam saja.Ada yang bagi tips rebus dengan pucuk jambu untuk hilangkan pahit.Tapi saya suka kepahitan yang ada pada pucuk betik.Bagi saya kalau nak kurangkan pahit ok lah.Tapi kalau yang nak hilangkan pahit pucuk betik,saya sarankan makan lah pucuk ubi..in sha Allah tak pahit🤭


PUCUK & BUNGA BETIK TUMIS PEDAS IKAN MASIN
3 pelepah pucuk betik + 2 cawan bunga betik
( guna pucuh sahaja @ bunga sahaja pun boleh)
½ cawan ikan masin
(saya guna ikan malung masin)
3 sudu minyak
garam & secubit gula

Bahan Tumbuk:
7 cili padi merah
3 bawang putih
5 bawang merah

1. Rebus pucuk betik + sikit garam.Bila lembut angkat dan basuh serta hiris-hiris.

2. Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing.Ketepikan.

3. Tumia bahan tumbuk hingga naik minyak dan masukkan pucuk betik/bunga petik.

4. Masukkan ikan masin,perasa dan kacau rata.Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan  bersama nasi putih.


13 comments:

  1. Bunga tu boleh buat masak lodeh macam Kak Amie.

    Sy pun suka sayur yg pahit. Dari muda sampai tua, okey jer makan yang pahit, sedappp. Tapi sy cuma boleh terima pahit sayur la.. pahit madu tak terima, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaaa .. Mama Cella boleh try masak sayur lodeh gaya Cocos.

      Delete
    2. Tu la plan asal memang nak buat lodeh tu tapi bunga betik sikit sangat.Nanti balik Kedah lagi in sha Allah bunga betik dah lebat kot

      Delete
  2. Jauhnya pucuk betik berjalan balik KL ikut Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...tu la,sininpayah nak jumpa orang jual.@ mungkin ada tapi tak sempat dapat kat kita..hihihi

      Delete
  3. Wak yang dah tua bangka ni pun tak suka pucuk/bunga betik
    Pahit

    ReplyDelete
  4. Pucuk betik ni biasanya mak saya letak dalam kerabu. Oleh kerana malas nak memilih, ku telan juaaaa walau pahit 🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang pahit itu ubat.Kecuali ubat cacing Ritto...manis ya ampun🤣

      Delete
  5. Pernah makan tapi bukan kegemaran. Mungkin masa tu saya dapat yang pahit kot. Nampak sedap pulak masak tumis ikan masin ni. Kalau ada depan mata mungkin cuba makan jugak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila makin berumur nanti.Mungkin Fiza akan suka🤭

      Delete
  6. SA suka lauk macam ni tapi kalau pahit sangat susah gak nak telan..eh..nak try la buat...x pernah cuba lagi ni...nampak sedap tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau terlalu pahit boleh buat rasa nak muntah sebab telan tak lepas.Tapi kalau pucuk betik dah direbus dengan garam in sha Allah pahit yang masih boleh diampun🤭

      Delete