Masak Acar Ikan Masin.
Untuk bekal tuan tanah.
Anak dara bongsu ni dah balik Trengganu.Dia minta buatkan Acar Ikan Masin untuk dia bawa balik.Yang dinamakan emak itu,jarang sekali menghampakan permintaan anak-anaknya.Apatah lagi berkaitan makanan...
kan...
Maka terjadilah acar ikan masin ni.
Beli la ikan masin siap hiris ni.Ditulis pada bekas ikan tu ," Ikan Kurau Masin".Sekilo hargnya RM39.Tidaklah saya membeli sekilo.Adalah dekat ½ kg juga.Balik rumah bila dibelek-belek..
Tipah tertipu la Mak Long..!!!Ini bukan ikan kurau..Ini Ikan Malong yang bentuk panjang macam belut dan banyak tulang tu.Habistu takkan nak hantar balik?
Makanya teruskan juga masak acar ikan masin (malong) ni.
Dipendekkan cerita,saya tak puas hati sebab acar ikan masin tak berasa sangat ikan malong masin ni
Maka esoknya saya beli sepaket isi ikan kurau masin.Ada dalam anggaran 2 cawan isinya setelah didadu.Goreng garing dan humbankan semula dalam acar ikan malong tu.
Barulah terserlah rasa Acar Ikan Masin.
Biasa saya guna isi ikan talang,sebab murah sikit dari ikan kurau🤭
Tapi ni dah jumpa ikan kurau lagi la sedap.
Bahan wajib yang membangkitkan rasa acar.
Bawang merah,bawang putih dan halia dah siap direbus sekejap bersama cuka...krup krup ni..
Inilah rahsia nak dapat bawang yang lutsinar,sedap dan rangup.Rebus sekejap dengan cuka!
Jangan cakap cek tak payung na! 🤭🤭
Cella dok merungut,tak puas makan kat cafe sebab masakannnya tak pedas.
Humbankan selori cili padi hijau ni.hihihi
Kasi gaul rata.Cuma masa ni tak belum ada ikan kurau.Kiranya ni Acar Ikan Malong.
Bila dah tambah ikan kurau baru lebih feel
Jom,rasa sikit..
Aum....baru lah betul..
Acar Ikan Masin.
Yang ni dah selamat ke Trengganu..
Kalau bertahan ..sebotol boleh buat stok bulan posa nanti.Tapi kalau sedap dan nak makan ramai-ramai...makan ja la..
Untuk resipi boleh rujuk oldpost
ACAR IKAN MASIN...
1cawan ikan talang/kurau masin(potong dadu & goreng garing)
2cawan minyak masak
1/2 keping gula nissey,/gula melaka
sikit garam
1 1/2 cawan cuka makan
15 bawang merah
( belah 2)
30 ulas bawang putih (jika besar kerat 3)
2 ketul halia(potong halus panjang2)
1cawan cili padi panjang(patah2kan)
1 sudu besar halba campur(yang buat tumis kari tu)
1 1/2 cawan cili kisar
1. Rebus bawang merah,bawang putih & halia dengan cuka hingga mendidih.Biarkan sejuk
2. Panaskan minyak & bila panas tumiskan halba campur.
3. Masukkan cili kisar & masak hingga terbit minyaknya.
4. Masukkan ikan masin goreng,semua bawang2 rebus dengan cukanya sekali..
5. Biar mendidih & naik bau acarnya..Rasa garam gulanya bagi seimbang..
( Jangan risau jika mula2 memang akan rasa agak masam...tapi nanti selepas dah sejuk & jika dibiar lama nanti rasa akan jadi seimbang sebab masin dari ikan akan keluar & rasa dari bahan lain akan sebati)
6. Masukkan cili padi yang dipatah2kan & kacau sebentar supaya rata & tutup api.
7. Biar sejuk dulu baru simpan dalam botol...
8. Kalau dibekukan lagi lama boleh simpan..
*** ini resipi dari old post memang saya sukat untuk memudahkan rujukan.
Acar ikan masin yang masak kali ni saya hanya campak-campak kerna kuantitinya lebih banyak
Selain 2 botol untuk Cella bawa balik asrama.Ini lagi baki.Yang dalam balang besar tu stok sendiri untuk bulan puasa nanti(yer ke..?🤭)
Yang botol kecik tu belum tau nak jadi rezeki siapa..hihihi..
Seronok lah tuan tanah dapat bawa bekal acar ikan masin. Rasa tak sempat sampai puasa tu sebab sedap sangat. Takpun makan dengan kawan-kawan. Rezeki kawan juga dapat makan acar ikan masin. Sedap tu guna ikan masin kurau. Ikan malong tak pernah dengar.
ReplyDeleteIkan malong ni jarang orang jual kot.Saya pun pernah tengok ikan malong dijual @ Johor.
DeleteBoleh Google kalau nak tengok rupa ikan malong🤭
Seronok la Cella ye...dapat bekal 2 botol tu ha....tunjuk kat Mak SA...dia ajak SA buat plak...nanti la mak....along kena study resepi ni dulu...Seram plak Mak Pah ajak buat...
ReplyDeleteNak buat in sha Allah tak susah pun SA..Cuma nak kena pandai adjust rasa tu supaya kena dengan selera.Mak Pah dah ajak tu...Onz la🤭
DeleteNakkk nakk nakkkk 🤣
ReplyDeletePM tepi 🤣
DeleteTimakasih mama Cella bagi idea penyedap mkn dibulan puasa. Acar ikan masin ( apa2 pn asal ikan masin)lebih aum dari acar buah
ReplyDeleteBetoi..Tambahan dah semakin berumur ni..selera lebih terarah kepada lauk-lauk yang pernah makan zaman susah kan..sesekali mengingati kesusahan
DeleteMengajar kita erti bersyukur🤲