Hari Jumaat tengahari Shifa ajak merayap ke Nilai 3...
Naik kereta Shifa & dia yang drive...kita cuma duduk sebelah...memang Onz..!
Dah lama tak ke Nilai 3.Rasanya dah lebih 2 tahun..hihihihi harus la lebih 2 tahun sebab PKP Covid pun dah lebih 2 tahun.Mana ada orang KL berani rentas negeri nak ke Nilai 3 masa PKP tu kecuali la kalau Nilai 3 tu dalam Selangor🤣🤣🤣🤣
Shifa nak beli bidai untuk bilik kerja dia..
Saya tumpang menyibok saja..
Doakan Shifa disembuhkan dari Covid 19..Semalam (Rabu) beliau disahkan positif.Hari ni dah 2 harilah kuarantin.
Singgah kejap jamu mata kat kedai barangan pengantin..orang perempuan memang suka jamu mata.
Pagi Sabtu anak bujang ada urusan di JPJ @ UTC Puduraya.Saya & Adah pakat mengekor sebab nak terus sarapan kat luar.
Balik JPJ terus ke Putrajaya.Anak bujang tu nak servey tempat interview.Lepas sarapan roti canai ,nak balik awal lagi.Adah ajak gi Nilai 3.Kata dia dah lama juga tak gi..
Dah depa yang drive...kita ikut saja la walaupun baru semalam tu pi..Dua hari berturut la pi Nilai 3.
Singgah Pusat Barangan Pengantin Thank Q..
Sebab malas nak ronda kedai karpet🤣🤣
Thank Q ni luas dan selesa sebab sejuk ada aircond😁
Ni kalau orang nak bertunang ka...nak kawin ka...syok ni mai sini..
Belanja video paper bag...hihihi
Cenderahati readymade pun lawa-lawa & murah pulak tu..Towel kecik siap dalam kotak,kalau beli 20 baru jatuh 1 singgit wei..!
Tengok video lah ..syok skit..hihihi
Kalau zaman kita dulu kawin,takda benda-benda macam ni..Zaman saya kawin,buah tangan bagi nasi kenduri dan lauk boh dalam plastik.Kalau orang jauh ja baru add on bunga telur dan kuih kering macam karas,baulu dan seangkatannya.
Tasbih...siap kotak tak sampai 2 ringgit.Kalau buat tahlil ke...cantik ni masukkan dalam tasbih ni..air mineral & towel kecik ka barang sehelai.
Kipas ni siap dalam kotak pun baru 2 ringgit.
Ni orang have-have punya dulang hantaran..
Hihihi...
Tudiaaaa...bunga teloq segak-segak baq hang...
Tengok decoration ni rasa tenang ja siap ada mini air terjun.Rasa nak berangan pasang rumput karpet tiruan ni kat laman rumah Kedah.Macam cantik la..
Mahal tak?
Mmm..tak pernah sevey la pulak
Grab juga la 2 pokok pisang & pasu putih...hihihi
Plan nak bagi kat Achik sepokok buah tangan membalas pinjam Myvi Achik 3 minggu..hihihi
Dah,jom balik..
Masuk Pusat Barangan Pengantin.Tapi sebab takdak sapa nak kawin dalam masa terdekat.Kita beli pokok pisang ja lah.hihihi
Baru lagi 2 tahun tu MC, PH ni dah 10 tahun agaknya tak jejak Nilai 3 haha...
ReplyDeleteAdoi, rambang mata nak memilih tu... semua cantik & mampu milik :)
Kita pun nak pi Nilai 3 nanti...
ReplyDeleteMacam ada bau2 nasi minyak Adah ni.
ReplyDelete