Dari semalam plan nak makan nasi dengan ulaman untuk lunch hari ni.
Semua ini kerana semalam menjenguk dapur
SURIA AMANDA:Menu Masakan Kampung.
Adoi..nampak mengancam betul sambal belacan dia.Dia kata guna belacan madu dari Perlis.
Pepagi tadi lepas hantar Adah kat KL.. singgah pasar mencari ulam.
Kerdas muda.Isinya kecik sangat,kena makan dengan kulit.8 biji ni harganya RM3
RM2
Pucuk janguih..panggilan orang kampung saya.Bunyi sengau sikit coz dialek kampung kami lebih kepada Pattani.Orang Kedah pure panggil jangguih.Ada idghom maalghonnah skit.Bahasa standard sebut gajus.Kat kampung memang musim pokok gajus berpucuk dan mula berbunga.Tak lama lagi berbuah la tu.Sedapnya teringat zaman kanak-kanak mak selalu juga masak gulai kuning buah janguih muda dengan ikan tamban masin.Buat kerabu mentah gaul kelapa buah janguis.Kadang mak rebus buah janguih tu buat ulam cicah cabai tumbuk.
Tengok timun mini ni terbayang gambar kat botol budu cap ketereh..hihihi
Cili bagai dah ada stok kat rumah.Beli juga sesikat pisang emas untuk dessert dan sesisir pisang nangka untuk goreng.Sikat dengan sisir tu sama ja🤭sesaja nak pelbagaikan penjodoh bilangan.
Untuk anak bujang sorang tu saya belikan nasi kerabu Kelantan berlauk ayam sebab dah tau dia takkan layan lauk yang saya nak makan nanti.
Lepas siap cuci kain baju dan sidai kat luar tu terus tanak nasi.Skip sarapan sebab nak makan nasi dengan ulam punya pasal.Hihihi
Sambal belacan mak kita memang kita tak mampu lawan.Sambal belacan SA ni pula kita terbayang sebab nampak menyelerakan.Kita pun cuba tiru tanpa ada panduan..Meraba dalam kegelapan🤣
Lawankan dengan sambal belacan dan ulaman.Ngap la sengsorang sambil bayangan sambal belacan SA dan sambal belacan mak kita bersilih ganti datang dalam ingatan.Namun ternyata sambal belacan saya gagal lepas standard piawaian.Macam "tak sampai" rasa sambal belacan tu.Tak tau apa yang kurang atau sebab makan sengsorang..lalu selera tidak terpancing?
Aduh mak ai... mengundang sungguh. Kami memang minat ulam. Tapi prefer budu atau sambal tempoyak.
ReplyDeleteKA pun peminat ulam yer..Saya makan budu dan tempoyak tapi kalau campur dua-dua tu saya yak makan🤭
DeleteAwet muda Mama Cella... hidangannya sihat dan berkhasiat.
ReplyDeleteAmiinn...harap-harap awet muda la saya🤲🤲🤭
DeleteUishhh dapat ulam macam macam ni syok mengunyah. Tengok Pucuk janguih tu teringat dari haritu cari ulam tenggek burung tak dapat dapat. Macam nak beli jugak belacan madu perlis tu.
ReplyDeleteSambal belacan sis tu dah nampak cantik dah tu sis...apa plak yang kurang tu...tapi macam betul kata sis tu..sebab makan sorang kan...kita plak mengidam pucuk jagus tuh..mana nak cari ntah..lama mencari susah dapat kat Seremban ni
ReplyDelete