Tuesday, 15 March 2022

DAPAT DUA BIJI TELUR PINDANG


Alhamdulillah..

Hari ni rezeki dapat 2 biji telur pindang.Makanan yang bukan senang nak dapat sebab bukan senang nak buat.Tapi senang habis..hihihi


Pagi tadi,lepas meeting Kak Mel hulurkan 2 biji telur pindang ni...Kak Mel ni orang Johor.Tak Johor la kan kalau tak kenal telur pindang🤭


Nikmatnya dapat makan telur pindang ni Petama kali kenal dan rasa telur pindang ni masa belajar dulu.Kak Intan,orang Jawa Selangor bagi.Kak Intan ni classmate.Namanya betulnya Hanimah binti Miskam.Tapi dia bahasakan dirinya kak Intan.Kak Intan orang Jenjarum.Dari Kak Intan la saya kenal telur pindang.Satu lagi makanan yang saya tak boleh lupa kesedapannya sambal tempe.Kalau Kak Intan balik kampung,hari Isnin mesti dia ajak saya lepak bilik dia waktu lunch untuk meratah tempe.Hingga sekarang saya masih terkenang keenakan sambal tempe Kak Intan.Begitu juga setiap kali makan telur pindang,pasti teringat kerana pertama kali kenal telur pindang adalah dari Kak Intan.Al-Fatihah untuk Kak Intan yang telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun lepas.
 

5 comments:

  1. Sebab sedap, susah nak buat memang terasa sangat istimewanya telur pindang ni kan...

    ReplyDelete
  2. Bagus la Mak Cella pandai makan telur pindang dan tempe. Berpuluh tahun duduk Johor, Pak Inche kita masih tak boleh terima telur pindang dan tempe. Agaknya sebab tekak dia lebih pada makanan India, heheheh.

    ReplyDelete
  3. 1st time jumpa telur pindang masa study kat Johor.. xsangka telur hitam ni sdp.. sejak tu, pantang nampak.. msti mau.. 😬

    ReplyDelete
  4. Susah nak dapat telur pindang. Kalau nak makan terpaksalah masak sendiri.

    ReplyDelete
  5. Telur pindang ni x selalu ada kan..SA x pandai makan...pernah cuba makan terus kepala pening

    ReplyDelete