Monday 6 March 2023

KALAU BALIK KEDAH,TAK LENGKAP KALAU TAK KE PASAR KEMBOJA

 Kalau balik Kedah,tak lengkap kalau tak ke Pasar Kemboja@ Pendang.


Sebab itu sebolehnya kalau merancang balik Kedah nak juga dapat berada di Kedah pada hari Jumaat kerana Pasar Kemboja @ Pendang adalah setiap Jumaat.

Kita dah balik KL dah pun tapi ni cerita beberapa hari lepas..hari Jumaat

Seawal 9 pagi kami dah meronda Pasar Kemboja(PK).Biasanya pukul 9 pagi adalah masa terbaik untuk kami yang dekat mengunjunginya.Namun bagi yang jauh sebaiknya pukul 8 sudah kena sampai agar dapat parking kereta tidak jauh dari PK.Landmark PK ni ialah Stesen Minyak PETRONAS Pendang @ Mini Stadium Pendang.Banyak petak parkir kereta.Cuma kalau yang datang dengan bas,parkir basnya dekat PETRONAS tu la.
Mungkin bersamaan cuti sekolaj dan juga hampir Ramadhan,maka PK hari  ni memang sesak dengan lautan manusia menjelang 9.30 pagi.Mungkin ramai membuat persiapan pakaian raya agaknya.Ada yang datang rombongan dengan bas.

Tempat pertama kami tuju....sini..
Achik kata beli ni dulu sebelum kehabisan.
Inilah makanan yang akan saya beli setiap kali ke PK.Pakaian tu wajib la kan..makanan ninpin wajib juga...bukan senang nak dapat tempat lain.


Selain syurga pakain terkini..PK juga banyak gerai makanan dan barangan lain.


Di sini syurga kaum wanita..lagi-lagi musim nak raya.
Kalau musim dah nak raya..biasanya PK ni buka 3 hari berturut-turut sebelum hari raya
(kalau tak salah la)selain Jumaat yang memang dah "wajib"
Macam tahun ni Raya Puasa dijangka Sabtu,so Jumaat tu pastilah kesesakan dapat dijangka.

Lato-lato pun ado🤭

Konsep sini konsep Pekan Sehari @ orang Kedah sebut Pekan Nat.
Gerai makan pun banyak.Konsepnya pacak khemah dan letak kerusi meja lipat tu.Habis berniaga kemas semula.Periuk besar yang sup tengah mendidih memang memancing selera old fasion style..Biasanya menu Mihun Sup Utara kuah merah dan laksa.Bau didihan sup tulang,perut,daging dan ayam memenuhi ruang.Nasi lemak bungkus dan makanan panas macam mee goreng dan nasi goreng pun ada.
Minuman yang biasa-biasa saja la..Teh O ais,teh 0 panas,teh panas,teh ais,kopi panas atau ais,sirap,limau ais ada la.Jus buah atau  yang susah-susah serta sewaktu dengannya takda la.Depa kan berniaga hanya sepanjang PK ni beroperasi sahaja iaitu lebih kurang hingga pukul 2 petang saja.Yang lelaki biasanya akan terus ke Masjid Pendang memang dalam 100m sahaja dari PK ni.
Cuma nak bagitau kat Kedah memang waktu solat masuk lambat.Macam sekarang ni 
Subuh: 6.23
Zohor: 1.31
Asar: 4.47
Maghrib : 7.32
Isya' : 8.41
Kalau bulan puasa memang selalunya 10 minit lewat dari KL.
Tapi tang imsak tak la pula lewat 10 minit dr KL.Biasanya lebih kurang KL juga waktu imsaknya.Tak tahu lah kenapa begitu..hihihi

Kerana sesak dengan manusia,saya hanya merakam video pada tempat yang agak lengang.Kalau rakam tempat sesak dok menyelit memang nampak video "pungkoq" orang saja la🤭🤭🤭
Bahagian baju-baju kurung,telekung,kain batik dan pelikat memang kena menyelit atau jalan mengiring macam ketam🤣sebab  kita yang perempuan kan... banyak "bumper" .. ni nak kena mengelak dari tergesel 
"tralala" 🤭dengan orang lain.
So,rakam sikit-sikit sudah la kan...hihihi
Lagipun sebelum-sebelum ni dah banyak cerita pasal PK ni.Tiap kali balik Kedah pasti ada posting pasal PK kan...hihihi


Jahat tau depa gerai baju yang ni🤣
Mungkin sebab gerai depa dah hujung-hujung  PK...tempat tak berapa strategik sebab dah hujung..


Maka depa pasang lagu raya sebagai tarikan..hihihi
Jahat tau!
Tapi memang rasa macam bulan posa dekat nak raya pulak..
Lagu raya Tok Ti tu...

Ni la mini stadium Pendang...
Pasar Kemboja ni luar pagar stadium ni.
Sat,saya zoom..

Tu..kebetulan hari Jumaat tu ada perlawanan bola.Saya tak tau kejohanan apa tapi nampak la ada beberapa pasukan..mini stadium ni takdak la pagar tembok..tapi ada la pagar dawai hijau tu.Boleh nampak dari luar.Belakang stadium tu 
PENDANG LAKE...tempat riadah warga Pendang.Ada resort,swimming pool untuk kanak-kanak,gerai makanan dan minuman serta beberapa aktiviti riadah yang sesuai untuk keluarga.Taklah sehebat tempat lain tapi di mata saya tempat ini sangat cantik dengan gabungan view tasik,sawah,kampung dan paling syok untuk kaki pancing.Memancing ditempat selesa dan menarik tanpa bayaran...Mana lagi nak cari?
Pendang Lake la tempatnya....!

Setelah mendapat hasil pancingan beberapa pasang baju ..kami beransur meninggalkan PK.Saya bayar baju saya saja..Selebihnya Achik belanja untuk Cella dan Adah.Kata Achik buat top up baju raya.

Kalian semua tema baju raya warna apa?
Kami Achik dah pilihkan antara warna-warna yang terdapat disyurga iaitu warna hijau..

Seperti biasa sejak dua dekad yang lalu hinggalah tahun ni..
Achik masih menaja baju raya kami anak beranak.Dari baju raya saya hinggalah 3 anak saya,Achik dah siap beli.Baju Melayu untuk anak bujang tu beserta pakaian kasual.Baju Kebaya dan baju kurung untuk dua orang anak dara saya.Persalinan baju kurung untuk kakaknya yang dah tua bangka ni pun Achik masih taja sejak dua dekad yang lalu tanpa gagal...Begitu juga persalinan untuk emak 
😭😭😭...
Kami memang tidak mampu membalasnya.
Hanya doa dipohon agar Allah membalasnya dengan ganjaran pahala dan pakaian yang indah-indah untuk Achik dan keluarganya di syurga kelak..In shaa Allah🤲🤲🤲


Ketika kami berjalan menuju ke jalanraya sekitar pukul 11 pagi.. ..lagu raya masih berkumandang...
Kami memilih untuk beredar ketika manusia semakin ramai membanjiri PK.


Ubi Kayu Rebus Gaul Kelapa...pilihan Achik masa di PK tadinya.RM3

Makanan kegemaran saya..



Saya juga membeli EMPING PADI PULUT + jagung.
RM3
Antara makanan kudapan tradisi Kedah.Saya sempat merasa pengalaman mengemping padi zaman kanak-kanak dulu.Emak memang buat emping sendiri menggunakan padi pulut yang belum matang.Ketika buah-buah padi pulut masih hijau tetapi sudah berisi,emak akan mengetam tangkai-tangkai padi menggunakan sejenis alat dinamakan "ketaman".
Gemal-gemal padi pulut diirik dengan kaki atau dileraikan dengan tudung cerek untuk pisahkan buah padi dari tangkainya.Padi muda tersebut akan "direndang"( sangai) hingga meletup-letup seperti bertih.Kemudian ditumbuk dalam lesung padi hingga leper dan nipis.Biasanya aktiviti mengemping dilakukan pada malam hari ketika bulan mengambang dimusim kemarau iaitu ketika hampir musim menuai ( padi masak).
Bunyi antan(alu) bertingkah dengan lesung menjadi irama memecah kesunyian malam.Esok pagi dah tahu la memang akan sarapan emping gaul kelapa+garam+gula.Lawannya teh 0 panas dan kopi tumbuk  homemade yang harum kalah bau "kopi cap perempuan rambut panjang warna hijau"...🤭.
Harum dan wangi bau emping segar.Tapi kali terakhir saya merasai pengalaman itu ketika darjah tiga.Selepas itu,mak dah tak buat lagi emping.Kalau nak makan pun,mak beli saja kat Pekan Rabu,Alor Setar.
Sesekali hati ini rindu untuk mengemping..tapi bendang pun mak dak pajak kat orang..mana nak cari padi pulut?
Lesung pun dah kat muzium🤣
Skill nak memegang antan/alu pun entah kemana...


Beli 2 bekas telampong ni..Satu saya punya..satu lagi untuk mak..


Cekodok Jepun. Takoyaki taste orang muda..Depa mana nak makan ubi,emping bagai kan...



6 comments:

  1. Terasa² suasana kat pasar kemboja tu. Rindu betul dengan suasana kedah 😌. Emping tu dulu selalu nampak kat pekan rabu, tapi waktu tu kan berjiwa muda, mana pandang 🤣. Ni sekarang dah terasa mcm teringin nak merasa pulaknyee. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu TTK cerita pasal acik belikan depa baju raya di PK ni. Kat Joho pun ada PK tapi setiap hari Khamis, sy tak pernah pergi. Rasanya yg kat Joho tak semeriah di Pendang ni. Terbayang-bayang pulak sy, tiap kali balik kedah, teringin nak pergi tapi tulah, hari Jumaat tu baru nak sampai Kuala Ketil, mana nak jumpa Pendang, hihi.

    Pasal 'bumper' tu.. tak menahan sy nak tergelak.

    ReplyDelete
  3. pasar kemboja kedah ni rasa mcm tak dapat kt tmpt lain suasananya...saya last tgl di utara tahun 1999 rasa rindu suasana di sana dengan mihun sup kuah merahnya

    ReplyDelete
  4. Teringin nak ke Pasar Kemboja ni. Nak cuba makanan tempatan. Tapi hari Jumaat pulaknya ya…

    Geli hati baca bab bumper, tralala 😄

    ReplyDelete
  5. Seronoknya la akalu SA dapat pi...lama dah x merayap sampai ke kedah sana....dulu masa Mak Pah sihat setiap tahun kami travel
    ke utara

    ReplyDelete
  6. Allahu.... gila saya dibuatnya!
    Mama Cella buat saya teruja untuk bertandang ke Kedah. Ya Allah... mudah-mudahan suatu hari nanti dapatlah meronda-ronda sampai utara tanah air!

    ReplyDelete