Salam Ramadhan ke 8..
Jom ke dapur saya tengok juadah iftar kami semalam Ramadhan ke7
Saya masak Laksa Kuah Sardin.Tapi versi Laksa Lemak Utara la..
LAKSA KUAH LEMAK SARDIN
½ bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana yang gemuk pendek tu)
1 paket kecil rempah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak
Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas
**Rebus laksa & basuh bersih ,& toskan.
Buat Kuah:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang diblend bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman
Laksa & the gang .
Saya guna laksa halus brand Eka.
Masak juga nasi goreng,kot anak bujang tu sampai awal iftar kat rumah.Biasa dia tak suka laksa tapi laksa kuah sardin dia makan la juga.Spare la juga nasi goreng.Tapi dia balik dah lepas maghrib.Berbuka dengan nasi kerabu katanya.
Saya juga potongkan ½ biji jambu batu dan tabur serbuk asam.
Cella beli 6 biji takoyaki kat BR Seri Serdang selepas habis kelas.
Dia hanya beli ni saja semata.
Kali ni Alhamdulillah dia kata rezeki dia dapat yang murah..6pcs RM4 sahaja!
Biasa 5pcs RM6
Ada lagi...
Minuman yang sedap ni..
Sebab dah beberapa kali dia kena scam beli minuman kat BR..
Kali ni saya pesan jangan beli lagi.Nanti saya buat air viral🤣
Kita buat minuman Teh Bunga Khairul Aming tu🤭
Dengarlah bunyi ais batu yang menggoda tengah tengah haus ni...hihihi
Teh bunga
( saya guna teh bunga kotak saja)tapi KA guna minuman tin lagi cantik warnanya..
Buah longan tin
Limau kasturi
Ais
Walau hanya 4 bahan segera tapi rasanya sangat menyegarkan dan light ja.Tak sedar bergelas minum..
*** eh,bila tengok kat youtube..rupanya KA ada letak asam boi la..saya tak letak..Saya letak asam boi kat jambu 🤭
Pergh…rajin sungguh mamaCella ni, macam2 dimasak.
ReplyDeleteTerliur tengok laksa tu. Kesian tin sardin, kena describe ‘gemuk pendek’ 😂
Teh bunga KA tu menggoda dan mudah dibuat, boleh dicuba ni.
Cantik laksanya, senang nak telan.
ReplyDeleteSaya belum cuba lagi pelbagai resipi minuman oleh Khairul Aming.
Sedapnyaa
ReplyDeleteMau menitik air liur tgk laksa mak cella.. Sdpnya laksa.. fav kak lin n everyone at home..
ReplyDeleteAir viral KA pun mcm senang nk buat.. sabtu nk g alamanda cari bahan2nya.. 😬
Meriahnya iftar... mcm senang je buat laksa... dh lama sgt x buat laksa.. air² KA mmg menggoda tp belom try lg
ReplyDeletewah..mcm2 ada. dapnye... tambah2 air viral tu.. nak kena try jugaks ni
ReplyDeletehahah..kalau tertinggal asam boi pun dah sedap kalau ada apatah lagi agaknya...nak buat jugalah weekend ni
ReplyDeleteresepi laksa akak saya dah cuba sedap sangat,moga pahala berkongsi resepi sentiasa mengalir utk akak...
ReplyDeletesemua pakat serbu beli longan beli air teh bunga sampai licin stock kat supermarket hahaha
Sy pulak hari tu buat air KA ni lupa langsung letak limau & asam boi... Patutlah rasa kurang kick, tak cukup bahan rupanya 😅
ReplyDeleteLaksa in the house... Semua sedappp
ReplyDeleteBulan puasa dah dapat dah makan laksa...tapi nak jambu batu tu...air viral tu pun nak jugak
ReplyDelete