Tuesday 7 March 2023

MAKAN KENDURI AQIQAH

Antara keseronokkan bagi saya apabila balik Kedah ialah makan kenduri.Biasanya tiap kali balik Kedah akan ada dapat jemputan kenduri samaada melalui emak atau Achik.Kadang dapat kad jemputan,kadang dapat jemputan lisan.Jemputan lisan ni biasanya terjumpa dimana-mana & terus jemput melalui ucapan.Kami sebut sebagai " panggil mulut".

Panggil tu mean"jemput"...mulut tu maksudnya jemput dengan sebutan@ dengan mulut la yang menyebut.


Balik kali ni hanya sempat makan satu kenduri sahaja.itupun bukan kenduri kahwin..


Hari Jumaat,balik dari Pasar Kemboja,kami tiga beranak(saya,emak& Achik) memenuhi jemputan kenduri Aqiqah sedara sebelah mak.Kalau kat Pantai Timur kenduri kahwin hari Jumaat adalah kebiasaan kan..

Kat Kedah kenduri kahwin jarang dibuat hari Jumaat tapi kalau kenduri aqiqah,qurban dan tahlil itu ada la.


Pinggan saya..🤭
Ada lauk kurma kambing,nanas ikan masin,ikan goreng,sambal belacan dan ulaman.

Pinggan Achik..Penuh ulaman...hihihi



Pinggan mak jauh kat depan saya susah nak snap.Nak bangun beria,segan pulak dengan tetamu lain.
Kami tiba dalam pukul 1.00 ++ tengahari ketika khemah memang tengh penuh.Yang lelaki nak makan sambelum ke masjid untuk solat Jumaat.Yang lain juga mungkin nak berkejar siapkan anak suami yang nak ke masjid.Kat Kedah,waktu solat lewat dari KL..
Katanya lepas solat Jumaat,khas untuk jemputan dari tahfiz berdekatan.

Saya pilih minuman hijau ni..rasa asam boi.Mak pilih air sirap manakala Achik air cincau.Antara trade mark kenduri @ Kedah ialah air balang yang beraneka macam pasar malam.Ni kenduri Aqiqah pun ada pilihan 5 jenis minuman.Sirap,cincau,asam boi,oren dan soda herb.Soda herb la yang paling laris.

Selain menu utama nasi..
Ni ha...paling special..ada ketupat palas dan KETUPAT DAUN BULUH


Ketupat daun buluh ni paling mendapat sambutan.Bukan semua orang padai buat..termasuk saya🤭
Selesai makan,kami beransur..

Dipertengahan jalan bertembung sekumpulan penduduk yang baru pulang dari solat Jumaat.
Masa ni lebih kurang 2.45 petang.
Nasib baik Kedah ni Jumaat cuti.Kalau hari Jumaat adalah hari bekerja..jenuh jugak la pekerja lelaki nak mengejar masa masuk semula ofis..
KL tak pa lagi,pukul 1.50 @ paling lewat pukul 2 dah selesai solat Jumaat 


Jambatan paling ngeri..Dengar suara mak yang seriau masa kereta melalui jambatan ni..hihihi
Sebenarnya Achik dok ingatkan ni jambatan yang biasa kami lalu @ Pondok Chegar.Jambatan tu luas dan memang laluan kereta.
Jambatan ni kecil dan sempit & rasanya takda kereta yang menyeberang ikut sini kot🤣

Dah la masa sampai tengah-tengaj jambatan,Achik siap berhenti nak bagi peluang saya menghayati sungai...

Bila dah lepas sungai,baru perasan ini jalan yang lain dan bukan jambatan yang selalu orang guna untuk menyeberang..

Uiii...ngeri bila dikenang...Boleh buat trauma..!!!

Apapun Alhamdulillah,Allah melindungi kami dari perkara tak diingini.

9 comments:

  1. lauk kenduri tu laju makan kalau lauk kampung mcm ni,teringin nak rasa ketupat daun buluh dkt sini ada jual tp dkt pasar malam cina..nak kena melawat kedah ke mcm mana ni hehe

    ReplyDelete
  2. Tulah, kan.. kat sana buat kenduri tengahari. Kalau di Johor, kenduri tahlil atau doa selamat kita buat malam atau petang, biasanya malam, la.

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu semua tu kak, paling best bila jemputan ke kenduri kt kampung ni menu dia memang menu kampung yang best2

    ReplyDelete
  4. Sedap² belaka menu kenduri depa ni 😋..

    ReplyDelete
  5. Sedap lauknya ketupat tu mmg best mkn dgn rendang.. ;)

    ReplyDelete
  6. Meriah sungguh ya, sampai 5 jenis air minuman.
    Menariknya ketupat daun buluh tu. 1st time tau.

    ReplyDelete
  7. Ya ampun! Semuanya sedap belaka. Tu... ada kurma kambing... SK yok sama-sama mengembek!

    ReplyDelete
  8. SA suka pergi kenduri Akikah..sebabnya lauk sedap2..hahaha...skrg teringin lauk kenduri orang Kedah...gulai kawah dengan umbut pisang..kalau dapat...ya allah dapnyaaaa

    ReplyDelete