Saturday, 25 March 2023

MENU IFTAR HARI KE-2: DAH MEMBELI KAT BAZAR RAMADHAN五

Sejak hari pertama puasa,Adah dok ajak pi Bazar Ramadhan(BR),tapi saya berkeras takmau pi.Saya nak masak.Suruh dia gi sendiri takmau pulak..Nak juga ajak kita.

Semalam tinggal kami berdua beranak berbuka kat rumah.Anak dara bongsu tu tak dapat balik sebab ada meeting lepas solat terawikh katanya.Anak bujang tu pula berbuka kat tempat kerja.

Adah dok ajak la juga pi BR jugak.Bila namanya mak tu..tak sampai hati la pulak.Tunggu dia habis kerja pukul 5..Katanya dia teringin Nasi Beriyani Ayam.

Tapi kesudahannya...


Saya beli sebungkus kue teow goreng semata-mata.Balik rumah tuang dalam pinggan.Tambah salad,tomato hiris dan picit sos kewpei.Cadang asal nak buat salad terlur untuk gandingkan dengan kue teow tu..Tapi lupa nak rebus telur.Dah nak azan baru ingat.Rebus 2 biji telur takdan nak masak.Tu yang terlonggok saja telur cair kat penjuru pinggan...tapi sedap..hihihi

Adah beli Takoyaki udang.Memang betul-betul isi udang lutsinar yang rangup tu.


Untuk abangnya beli takoyaki juga inti octopus.

Selain tu Adah beli Kebab Melawati ni.
Kata nak makan Beriyani Ayam?五五五
Mmm...Adah kata dah nampak takoyaki tu lupa dah nasi beriyani.Tambah pulak beli kebab.Semua yang mengenyangkan
Tapi kesudahan..kebab  ni pun tak termakan.

Takoyaki octopus tu pun takda sapa makan.Anak bujang tu balik kerja dia beli roti john.Katanya dia  kelaparan.Masa berbuka dia beli Nasi Kandaq kuah campur berlauk ayam.Dah makan sesuap tercium bau tak sedap..Rupanya terkena ayam busuk!
So,berbuka hanya minum air.
huhuhu...sian anak teruna tu!
Tu yang otw balik dia beli roti john sebab lapar.


Oh,kami pi BR Seri Permaisuri.Nak pusing cari parking memang lebih ½ jam..
Akhirnya kami patah balik masuk park kereta dalam kawasan Stadium Bola Sepak KL depan HUKM tu..Rupanya situ lagi dekat nak masuk BR..
Syyy lepas ni sapa yang nak pi,pepandai la cari jalan masuk tersembunyi untuk masuk park kereta dalam tu..Tapi kalau kena saman,sendiri tanggung sebab kat palang tu dah tulis dilarang meletak kereta dalam tu五不

Sebenarnya plan asal saya nak masak juga nasi & masak sayur bok choy bersama ikan tenggiri jeruk.Tapi dah kue teow ni pun agak banyak.Tidak la saya masak nasi lagi.
Memang kenyang dan sangat sedap kat tekak saya.Tekak saya ni ..jarang la makanan tak sedap..hihihi

Teh Hijau Ahmad Tea sebagai peneman kue teow tu.

Ni anak dara bongsu tu update dia baru balik BR dengan kawan-kawan..


Makan Shawarma katanya.Rindu BR Kuala Trengganu katanya..
Makan shawarma untuk mengimbau kenangan berbuka kat Jambatan Angkat..
Dua tahun di sana mestilah rindu..
Saya pun rindu Nasi Dagang Atas Tol & kepok gote rebus ..Hihihi...

Petang ni belum ada plan nak masak apa..


Janji nak kongsi resipi dari koleksi resipi majalah lama yang masih ada dalam simpanan saya..Tapi tertinggal kat tempat kerja pula.Hanya ada gambar ni yang saya sempat snap beberapa hari lepas.Pic tu dari majalah keluaran 1995.
In Shaa Allah nanti saya kongsikan..Saya teringin sangat nak kongsi sebab kebetulan ada beberapa resipi menarik dalam majalah keluaran tahun 1985(anda umur berapa masa puasa tahun 1985??五) 
Kena pula edisi khas tu juadah berbuka puasa..Nanti ye..!


13 comments:

  1. Bila ke BR memang macam2lah yang tergoda beli

    ReplyDelete
  2. Tu diaa..siap ada fail koleksi resepi 踢

    Ayam busuk tu, syukur tak termakan. Boleh bawa maut kalau makan ayam dah rosak ni. Yang masak pun tak kan tak perasan ayam dah bau lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu kan internet belum meluas.rajin beli majalah..
      Kalau generasi yang lagi awal dari saya memang pakat ada buku resipi tulis tangan lagi...hebat orang dulu

      Delete
  3. kalau dah smp BR tu memang rambang mata kak..saya hari ni pun Pia duk ajak nak ke bazar,bila tanya nak beli apa katanya nak tengok-tengok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kadang pi BR tu bukan la teringin sangat nak membeli tapi lebih kepada nak tengok kemeriahan kan..
      Semoga tercapai Pia nak pi BR

      Delete
  4. Siannya anak teruna tu. Dah la lapar, ayam pulak dah tak elok. Tu la risiko membeli time bulan puasa ni kan.
    Pstttt, tahun 1985, saya baru setahun . Puasa pun tak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....Jaja generasi 80-an...Saya 70-an...

      Delete
  5. Tak suka dgr cerita makanan basi atau x elok yg dijual di BR. Kesian kat org yg beli :(
    Sy belum ke BR lagi...Lagipun sini hujan ptg², lagilah malas nak keluaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sendiri tu lagi feel PH...
      Sambil menegenang nostalgia bulan puasa zaman kita kanak-kanak..
      Rindu puasa zaman kanak-kanak kan...

      Delete
  6. Belum sempat ke BR. Menoreh tak siap lagi hihihiii....
    Tapi sesekali nak intai juga. Mana tahu ada yang menambat selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaa...penat la menoreh bulan posa ni cikgu...Berpinau la biji mata.Making paper SPM ke cikgu?
      Semoga dimudahkan urusa n

      Delete
  7. Wah akak dah mencemar duli ke bazar ramadhan ye...SA blom lagi

    ReplyDelete