Sunday 12 March 2023

CELLA DAH SEM 2 & DAGING KAMBING MASAK LADA HITAM

In shaa Allah esok TTK asal blog ni dah kembali bz dengan studynya.

Petang tadi dah gi daftar untuk sem 2.

Alhamdulillah,dengan jarak yang dekat,ada la kelebihan dapat berlambat-lambat..


Daging Kambing Masak Lada Hiyam.Air tangan mak dia sebelum balik kolej.
Sebelum tu dia dok sebut dah lama tak masak kambing.


Tak banyak pun masaknya..
Hanya beli 3 slices kecik sahaja (+-RM15)


Cukup la lauk 3 beranak..sebab Adah tak  suka kambing.


Aroma black pepper sungguh menggoda selera.Cella beberapa kali dok ulang sebut baunya sedap..sambil dia dok kemas beg.
Saya masak cara kampung-kampung saja menggunakan resipi sendiri sama seperti saya dok masak lada hitam ni untuk hati dan pedal ayam masa zaman remaja dulu.Dulu kalau ayah sembelih ayam,saya yang akan tangkap dan pegangkan ayam untuk ayah sembelih.
Sambil tu dah jerang air sekuali untuk celup ayam sebelum cabut bulunya.Bila ayah dah sembelih,tunggu ayam dah tak bergerak terus bawa ke telaga dan cuci darah serta kotoran pada ayam.Kemudian buang tembolok pada dada ayam dan potong bahagian punggung ayam(tempat keluar najis ayam) tu semuat tangan.Selok tangan melalui lubang tu dan keluarkan segala isi perut ayam.Masa seluk tu rasa panas suam dalam perut ayam sebab ayam baru saja berpisah nyawa dari badan.
Hati..pedal,jantung..waima usus ayam yang panjang tu pun dibersihkan dan biasanya semua organ dalaman tu saya akan buat masak lada hitam.Dapatlah semangkuk kecil kerana biasanya hanya sembelih sekor sahaja ayamnya.Nikmat dan berkat makan benda yang sikit hingga terkenang-kenang.
Lepas makan memang berpeluh sebab menggunakan bahan bersifat"panas" seperti lada hitam,halia,kunyit dan bawang putih.

KAMBING MASAK LADA HITAM CARA SAYA

3 keping daging kambing( hiris)

½ bawang holland- hiris.

Minyak,garam dan secubit gula

hirisan cili,daun bawang 


Bahan Tumbuk/blend

2 sudu lada hitam

½ labu bawang holland.

5 bawang putih.

1 ketul kecil halia.

1 ketul kecil kunyit.


1. Daging kambing digaul dan perap dengan bahan tumbuk/blend.Biar ½ jam.


2. Panaskan minyak dan tumis daging kambing bersama perapan dan airnya.Masak hingga daging empuk.

* saya rebus dulu daging kambing sebab nak jimat masa mamasak

3. Tambah,bawang holland hiris,cili dan daun bawang.Jika suka berkuah tambah sikit air.Jika suka kering,masak hingga naik minyak.

( kali ini saya tambah bunga kobis & ternyata sedap pada selera kami)

4. Perisakan dan sesuaikan rasa.

Nasi panas
Lauk panas..( nampak bebiji lada hitam kasar -kasar kerana saya hanya blend.Kalau nak halus kena tumbuk dulu lada hitam tu)
Teh 0 strawberry juga panas..
Memang berpeluh kami dua beranak.
Lepas kami berdua makan baru anak bujang tu balik.Adah pula dah keluar.Jadi kami makan dua beranak.


Memang masak lauk ni semata tanpa lauk lain..


Puas la hati dia dapat makan kambing lada hitam air tangan mak dia.Itupun petang tadi hantar dia balik kolej..dok nak ikut balik.Katanya esok hantar la dia semula masa saya nak pi tempat kerja pagi esok.
Hamboi dia..hihihi
Nasib baik last minutes dia berubah fikiran terus tak jadi ikut balik semula.Kalau tak... jenuh juga  saya nak berkejar esok pagi.Nak hantar Adah dulu ke LRT..pastu nak patah balik hantar dia..pastu nak berkejar ke tempat kerja pula sebelum pukul 8.00..
Dah la tadi lepas maghrib, nampak dalam group whatsApp,big bos mud tak baik ..takut nak baca...hihihi.
Semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik ,dilancarkan rezeki dan dimudahkan segala urusan..🤲🤲🤲

8 comments:

  1. dapnye nampaks... all the best to Cella...2nd sem dah!

    ReplyDelete
  2. dah jadi senior ni boleh la bawa kereta cella balik makan nasi dekat rumah hehe

    ReplyDelete
  3. Makngah jangan tak tau, Ahnaff pandai makan kambing blackpepper 🤣. Boleh la geng dengan kak cella jugak ni.

    ReplyDelete
  4. Sy suka cabut bulu ayam dulu MC...Tara nak tunggu ayam tu mati betul² kdg tu dia lompat sana, terbang sini haha...
    Lama tak makan kambing 😋

    ReplyDelete
  5. Oh, cepat TTK naik sem 2. Iman minggu depan baru naik. Semoga dipermudahkan urusan anak2 sepanjang pengajian semester 2 ni, diberi kesihatan yang baik dan cemerlang gemilang gemerlapan, insyaAllah, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    ReplyDelete
  6. SA kalau nak buat lauk ni kena buat 2 jenis..satu dengan lada hitam dan datu lagi xde lada hitam...Pak Zain punya perut tak tahan..

    ReplyDelete

  7. Alhamdulillah, dah daftar naik sem 2.
    Teringat sibuk urus dan hantar anak ke sana ke mari zaman mereka study dulu. Sekarang hanya tinggal kenangan, menghitung rindu dari kejauhan.

    ReplyDelete