Monday, 30 January 2023

LADIES IN PINK @ IDEAS HOTEL


Geng ofis..Pn Isma,Pn Ella,Dilla,Jue,Esah plan nak weekend healing.Depa juga ajak Mimi,Rose,Kak Reen & ex bos  iaitu Puan Rokiah.
Maklumlah awal-awal  tahun ni kan memang kerja berganda.So,kunun nak 
Ideas Hotel sekali lagi menjadi pilihan.Jika sebelum ni saya bersama group KP untuk Afternoon deligh .Kali ni Dilla pilih hitea pula.Syok skit masa lebih panjang nak santai-santai sambil gossip..bukan ngumpat..hihihi
Dilla tetapkan hanya ladies & tema pink.Pergi sendiri-sendiri & jumpa kat lobby hotel.

Kalau ikutkan hitea bermula pukul 12 tghari..Tapi menurut staf,hari ni terlalu ramai pelanggan walk in + dengan beberapa event yang dah booking.Jadi mereka minta lewatkan ke 12.30 untuk masuk.Tidak menjadi masalah kerana masa yang panjang untuk makan iaitu sehingga pukul 4 petang kan!
Kami menunggu @ lobby.

Dalam 12.10 dah nampak Pn Rokiah..

Tema: Ladies in pink


Norfadzilah a.k.a Dilla..orang kuat ofis untuk apa-apa aktiviti.Dia la kepala "Kutu" dan dia juga master mind kalau nak rancang apa-apa.Sorang lagi Zura iaitu bendahari untuk tabung infak jariah.Tapi Zura tak dapat join hari ni.Setiap bulan,hari pertama gaji,Dilla akan ingatkan setiap orang untuk bank in @ cash kepada Zura minimum rm20 sebagai tabung infak surau,masjid @ apa2 yang sesuai dengan keadaan ketika itu.
Sebelah Dilla tu Pn Rokiah mantan bos kami.Saya kenal Puan Rokiah sejak 1998 ketika saya baru lagi bekerja.Masa tu beliau berusia 38 tahun tapi dah jadi bos...Garanggg ya ampun..!!
Kemudian beliau bertukar ke tempat lain dan beberapa tahun kemudian saya juga berpindah ke tempat kerja yang sakarang ni.Takdirnya,2016 kami kembali bersebumbung dan sekali lagi saya berboskan Pn Rokiah.
Namun karekternya sudah berubah 180°..
Dari seorang yang garang,beliau saya lihat sangat keibuan dan cool menangani segala masalah dan karenah anak buah.Beliau sangat rapat dan rapat dengan saya sehinggalah beliau bersara 2019.
Bos kesayangan saya tu..!
Hihihi...

Kami di reserve kan meja kat ruang yang berlatar belakangkan rel LRT...


Jom masuk ambil tempat
Menunggu 12.30 untuk ambil makanan.Setiap orang kena sediakan 1 hadiah bernilai RM30 @ ++
( nanti kita share next entri)

Sebenarnya masa mula masuk tu sesambil jalan nak menuju ke meja...saya dah mula rakam sebahagian menu bermula daripada starter hingga seafood on ice.
Depan seafood tu aneka jeruk tempatan seperti jeruk betik..jeruk mangga dan jeruk beberapa jenis lagi.


Ni seafood on ice & pasta station.Kali pertama datang untuk afternoon delight dulu saya rasa pasta dia paling sedap..
Kali ni dah tak terambil pasta sebab mata dah rambang dek menu lain..hihihi..
Masa afternoon delight takda seafood on ice ni.Dessert juga tidak lah terlalu banyak  seperti mene weekend hi tea ni.Itupun kalau nak kira dah sangat berbaloi harga afternoon delight yang hanya RM35 nett.
Ni hi tea weekend RM68



Main course dia pun sedap..nasi minyak dan nasi putih berserta aneka pilihan lauk pauk Melayu.

Yang saya nampak,butter chicken,daging,sambal ikan,ayam dan beberapa jenis lagi yang saya dah lupa.


Ini starter...Patutnya mula di sini la kan...appetizer dulu...hihihi
Ada aneka kerabu,pickle dan salad serta western appetizer..
Yang zoom mangkuk kecik tu kerabu sotong.Cocktail udang dia pun sedap.
Paling saya suka kerabu daging,salad betik dan salad lain.Leka saya menceduk jeruk green olive,capers,gherkin pickle beserta aneka gravy.Maklumlah,kat rumah jarang sesangat nak beli atau sediakan bebenda ni semua kan...jeruk petai ada la🤭
Eh..lupa nak bagitau..kat sini pun ada aneka ulam termasuk petai dan aneka sambal cicahnya.



Saya melewati station beef & chicken roasted ni..Memula nampak chef tu hiris saya ingatkan kambing.Rupanya beef yang dipanggang ketulan peha agaknya kit sebab saya nampak macam lambshank 🤭
Sedap..juicy dan cair dimulut.Cuma pada tekak saya...black pepper sauce dia agak kurang perisa.
Ok..dh..jom duduk..makan dulu.nanti bangun lagi...hihihi..
Ops...nak bagutau...pinggan dia yang warna biru tu memang besar dan berat banget..Adakah ni strategi supaya pelanggan tak la tamak sangat nak lambak makanan  dalam pinggan sebab pinggan pun dah berat..🤣


Pinggan saya ..🤭


Pinggan jiran depan saya..Esah bawa babynya sekali sebab tu dia tak ambil makanan pedas.


Tapi babynya baik ja melekap kat mak dia..Takda la dia nak berlarian sana sini.


Pinggan saya...


Pizza dia jenis kerak nipis dan ada beberapa jenis topping.Yang hitam tu topping bayam.Saya ambil juga cinnimon roll dia.Paling sedap tu tekak saya roti ( roti @ bun?) oats agaknya.Sedap sangat dengan tekstur keras kenyal sebab saya memang penggemar roti jenis sourdough.Kena pula dilepa dengan butter yang harum tu.Masyaa Allah leka mengunyah sambil berbual.


Sesambil tu,cicah juga dengan sup kambing mabeles ni..

Rasanya tak ramai perasan kewujudan sup kambing ni kerana letaknya di  pasta station.Sayapun mulanya nak ambil mushroom soup bersama garlic bread.Tapi mushroom soupnya habis.Alang-alang dah ambil mangkuk,saya ingat nak cedok pengat pisang atau bubur .Tapi terpandang sup kambing.Tukar fikiran la..


Jom kita cari dessert pula.

Pic by Pn Rokiah..
Camera depa gambar cantik hp mahal...hihihi

Aneka slices cake dan kuih muih.

Saya memang suka tengok kek kek comel.

Puding sagu gula melaka pun ada.
Bread pudding vanilla sauce..bubur dan pengat pun ada.

Ice cream & ABC corner..
beserta eksesorinya.
Kami ramai boleh la kumpul-kumpul pic dari aneka sudut dan share  dalam group..hihihi


Tengok Pn Rokiah mengolah ABC dengan citarasanya turut mengiurkan selera tapi saya pujuk hati sebab kalau nanti perut jadi sebu...hihihi

Puding roti ditambah ais krim hasil kreativiti mix & match ni  pun mengancam


Ni Jue punya kreativiti mencampurkan AB...hihihi tinggal AB sebab C  tu kan campur.

Sebagai pengakhiran ...kita hangatkan secangkir kopi.Saya memilih milk latte..Esah pilih Americano..Jue nak  espresso.Satu lagi tu apa ke namanya..yang viral sekarang pasal cawan kecik tu...kami kongsi bersama sorang seteguk..hihihi

Sebelum tu kami bertukar-tukar hadiah..
Panjang sangat nak tepek sini...Nanti saya share harga untuk b/fast,lunch,arternoon deligh,hi tea & dinner.Juga kami bertuah dapat jumpa dan beramah mesra dengan chef serta owner hotel ni..

To be continued...

11 comments:

  1. Eh, rasa macam nanti gi KL nak stay sini laaaa...

    ReplyDelete
  2. comel2 ladies in pink..makanan pun nampak sedap semuanya
    sup kambing tu ngences ada lemak2

    ReplyDelete
  3. Fuh.. nikmatnya makan sedap2 ni sambil2 healing.. syok bergosip sambil update cerita artis kan.. eh 😂😂

    ReplyDelete
  4. aduh aduh, nyesal scroll lambat2 udahla pose nengok lak waktu pukul 2 , nampak sedap semua makanan nya kak. Bestnya ada aktiviti makan2 gini... siap tema pink lagi mesti meriah kan

    ReplyDelete
  5. wah..seronok nya gather2..and pinks.. i like! semua menu pun nampak sedap..yum yum

    ReplyDelete
  6. Menarik semua menu2nya. Banyak sggh pilihan mknan. ;)

    ReplyDelete
  7. Saya scroll satu persatu untuk ‘menikmati’ hidangan sambil menelan air liur 😂

    Bagus siap ada buat tabung infak bulanan. Dunia akhirat tak lupa.

    ReplyDelete
  8. Masuk rumah Sunah ada makanan banyak...masuk rumah akak pun banyaknya makanan...ya allah..dugaan betul ni...

    ReplyDelete
  9. Syoknya ladies day out hehe...
    Tak sabaq nak tunggu nx entry...kot mampu milik nak ajak big boss belanja haha...

    ReplyDelete
  10. Wah! Wah! Wah!
    Ladies in pink pulak dah. Memang meriah sungguhlah. Makanan pun ya ampun... semuanya sedap belaka.

    ReplyDelete
  11. kenapa ammi tak ramai officemate perempuan? dulu kini dan selamanya? sekarang ni officemate pun takde

    ReplyDelete