Sunday, 8 July 2018

KETUPAT DAUN BULUH

Ketupat Daun Buluh....
Selalu yang dah biasa...
Ketupat Daun Palas
Ketupat Daun Kelapa
Ketupat Daun Pisang
Umi kata kalau kat Sarawak ada Kelupis menggunakan daun nyirik
Tapi yang ni Ketupat Daun Buluh..
Ketupat ni sangat popular disesetengah tempat di negeri Kedah..
Negerinlain aku x tahu sebab mak aku hanya bagi info kata kat Kedah sahaja..
Penah makan Ketupat Daun Buluh..?
Haaa....aku suka Ketupat Daun Buluh..
Sebab ni antara hidangan yang WAJIB ada kat rumah nenek kalau pagi Hari Raya..
Kalau tengok entri- entri raya yang dah tulis sebelum ni memang akan ada pic Ketupat Daun Buluh ni...
Setiap Hari Raya.....
Selain Ketupat Daun Palas...
Ketupat Daun Buluh Wajib ada sebab ni fav mak aku dan sekarang dah jadi fav semua dah
Lemang pun WAJIB ada sebab Pancik kan orang Pahang mesti nak makan Lemang cicah Rendang Daging Kerbau..
Haa...selera Pakcik lain skit..
Pakcik kena ada makanan yang ada kePahangan Hahahahaha...ada ke imbuhan tu?

Actually Ketupat Daun Buluh ni rasanya tawar tapi texture dia yang membuatkan Ketupat Daun Buluh ni special..
Nenek kata Ketupat Daun Buluh ni dibuat daripada beras pulut yang direndam swjenis bahan iaitu "air abu" ( air alkali) untuk menjedikannya liat dan kenyal serta warna kuning oren  yang cantik.
Selepas itu perlu dicuci bersih dan dibungkus menggunakan DAUN BULUH KHAS yang memang ditanam untuk daunnya..
Daun buluh ni bukan daun buluh dari pokok buluh sembarangan..
Tetapi pokok buluh ni memang ditanam untuk daunnya..
Jenis pokok buluh ni memang menghasilkan daun buluh yang lebih lebar...licin dan todak berbulu macam sesetengah daun buluh lain.
Akunpernah tengok pokok buluh ni masa pernah ikut nenek amik ketupat Daun Buluh.
Sebab nenek hanya buat Ketuoat Daun Palas..
Ketupat Daun Buluh memang Achik akan tempah setiap kalai raya..
Kat rumah nenek hanya ada Buluh Madu untuk makan rebung
Hanya pengusaha Ketupat Daun Buluh ni yang menanam pokok- pokok buluh khas ni.
Ketupat Daun Buluh sangat special untuk orang yang menyikainya seperti aku dan our family...
Texturenya SANGAT KENYAL dan liat dan bila dicicah bersama SERONDENG Daging,Ayam atau Ikan akan buat kita rasa feel sangat bila kunyah...
Sebab texturenya yang kenyal dan liat maka kena cicah ngan serunding yang kering..
Kalau cicah ngan kari or rendang...kereng la skit feel dia
Mak aku kata adda juga orang yang suka cicah ngan susu pekat ..
So kalau suka savoury cicah la ngan serondeng
Kalau suka manis cicah ngan susu pekat..
Kata maka aku ada kawan mak aku yang berbangsa Cina namanya Pn Wong...bagitau orang2 Cina ada juga Kerupat Daun Buluh ni dipanggil "KUE CHANG"
Tapi orang Cina buat versi ada inti daging,ayam,buah berangan dan juga biji teratai...versi inti savoury..
Kalau yang plain kosong macam ni akan dicicah dengan AIR GULA MELAKA yang pekat..
Mmm....rupanya ada persamaan dengan makanan orang Cina..

Mak aku cerita....Ketupat Daun Buluh ni memang ada pengaruh Cina dan Siam
Sebabnya kata mak aku sejak berpuluh tahun dahulu memang sudah ada Ketupat Daun Buluh ini dihidangkan pada Hari Raya..
Tetapi hanya popular dikampung2 yang mempunyai penduduk Siam beragama Islam dan juga kampung yang berjiran dengan masyarakat Siam..
Kata mak aku lagi ada kawan mak aku yang berbangsa Siam memang masyarakat Siam dan Melayu hidup berjiran dan salaing menghormati adat dan budaya..
Yang nak dikaitkan ialah mak aku cakap masyarakat Siam yang berjiran dengan Melayu tidak akan membela anjing dan babi sebab menghormati  jiran Melayu.
Kata mak aku salah seorang kawan mak aku Siamese tu namanya pun spoi dan macam Melayu..
Mak aku cakao namanya Ti .
Just T.I Sahaja..
Kalau musim raya Puasa dan Raya Haji mereka bergotong royong dengan jiran- jiran Melayu membuat ketupat palas dan dodol..
Kalau waktu parayaan orang Siam plak jiran Melayu bergotong royong sediakan makanan istimewa mereka iaitu " Kuih Bakul"
Mak aku kata kuih bakul tu sama macam kuih bakul orang Cina..
Sebabnya ramai juga orang Siam berkahwin dengan orang Cina kerana mereka sama agama iaitu Buddha..
Mungkin dari pergaulan dan saling berkongsi makanan dan menyediakan makanan bersama menyebabkan Ketupat Daun Buluh ini juga menjadi semakin dikenali dan disukai..
Tetapi sekarang sudah ramai pengusaha Melayu yang mengambil upah membuat Ketupat Daun Buluh ni..
Sama juga seperti Ketupat Dau  Palas ..sudah ramai orang Siam yang pandai membuatnya..
Mak aku kata dekat Kedah ada daerah2 yang terdapat ramai masyarakat Siam seperti Jitra...Pendang..Kuala Nerang..Sik
Cerita mak  aku lagi dulu-dulu  memang mak aku dan Achik bersekolah disekolah yang bersebelahan dengan perkampungan Siam dan memang akan melalui jalan dalam perkampungan masyarakat Siam..
Kampung2 sekiratnya pula ada perkampungan Melayu dan juga kampung yang bercampur Melayu dan Siam.
Tapi jalan nak ke sekolah tu mak aku cakap memang Kampung Siam..
Siam tu nama bangsa orang Thailand..
Dolu2 kan nama Thailand tu Siam
Nak tahu lebih lanjut kenapa ramai orang Thailand di Malaysia...
Kena la baca Sejarah
Ok sambung citer kampung siam...
Kampung yang semua penghuninya masyarakat Siam ..
So....memang mereka akan memelihara anjing dan babi ..
So...kalau lalu kat jalan tu mak aku cakap memang anjing dan babi bersepah..
Anjing -anjing serta babi- babi tu pula jenis jinak kerana ianya babi yang dipelihara bukan spesis babi hutan yang bapak ganas suka serang orang tu..
Mak aku cakap babi yang mereka pelihara ada yang bewarna kelabu dan ada yang bewarna pink..
Mak aku cakap kadang2 memang terpaksa memberi laluan kepada induk babi dan anak-anaknya untuk melintas jalan
Kena pepandai la mengelak agar tidak tersentuh...
Sebab mak aku cakap peel babi ni dia memang x akan pandang kiri kanan masa nak melintas..
Dia akan redahhh jer...
Kerana tu juga kita selalu dengar ada orang excident terlanggar babi hutan
Sebab tu lah ada simpulan bahasa "MEMBABI BUTA" ..
Maksudnya majn redah sahaja atau orang selalu sebut "semberono" ( haha semberono tu bahasa Jawa)
Tapi mak akunkata babi- babi peliharaan ni jarang kena langgar sebab dia dah ada sedikit disiplin sebab ada belajar tentang Kesslamatan Jalanraya..
Hahahahaha...yer lah..binatang pun dag pandai sesuaikan diri dengam persekitran la..
Buat nya dok bawa perangai babi hutan yang memang memebabi buta tu kat tengah2 jalanraya..
Alamatnya....PENDEK UMUR  la...!!!
Achik pernah beberapa kali bawa aku ngan Haikal naik kereta ronda2 sekolah tempat mak aku dan Achik sekolah tu..
Mmmm...memang betul lah apa yang mak aku cakao tu aku dapat tengok sendiri..
Cuma kalau tengok rupa dan cara berpakaian memang sama dengan orang Melayu..
Ke....orang Melayu yang pakai sama macam orang Siam..??
Syyyy....hahahaha
Bezanya kalau ko tengok yang pakai tudung tu opkos la orang Malayu
Kalau ada makcik pakai kebaya pendek kain batik atau baju kedah kain batik tu..
Kalau rambut dia  kerinting x pakai tudung tu...ko say " hai" jer lah...
xyah la nak bagi salam...
Sebab kebarangkalian Siamese tu..!!
Haaa...kitabtinggalkan bab kampung siam & bab 1 ni...
Haaa....kalau kawan2 aku kat sekolah kalau ko dengar perkataan BAB 1 tu bukannya bab 1...bab 2...bab 3 dalam buku..
Tapi BAB 1 tu mean babi la..
Haaa...aku bukan nak citer pasal babi semua tu
Just nak kaitkan dengan cerita Ketupat Daun Buluh ni .
Walaupun asalnya hanya terkenal dalam masyarakat Siam dan Melayu Siam tapi sekarang dah jadi makanan bersama dah..
Sama la juga dengan Nasi Lemak...Roti Canai..bagai..


Banyak kan Ketupat Daun Buluh ni..?
Haaa...sebenarnya Ketupat Daun Bulub ni mak aku import khas dari Kedah...
Sebab ada event raya tempat mak aku..
Mak aku cakap sebab ni makanan rare..
Mak aku kata nak bagi kawan2 untum mengenali salah satu maknan istimewa yang memang jarang ditemui..
Sama ada orang suka atau x suka itu lain cerita.
Mak aku cakap yang penting niat kita nak berkongsi info dan berkongsi kegembiraan
Kalau bukan kerana niat rersebut mak aku cakap memang x akan share sebab bukan mudah nak menyampaikan Ketupat Daun Bulub ni ke KL...
Achik dan Pakcik bersusah payan mencarikan orang yang sanggup membuat Ketupat Daun Buluh ni dalam jumlah yang banyak..
Bayaran opkos la...
Pastu Achik dan Pakcik kena plak packing kemas2 sebab nak bawa jauh dan nak bagi tahan lama
Pastu Achik dan Pakcik terpaksa pula cari Bas Ekspress Kedah - KL yang sanggup membawa ketupat ni..
Pastu kena la bayar kos post by bus
Achik dan Pakcik la banyak tolong hingga Ketupat ni sampI ke KL...
Pastu sebelum subuh mak aku dan abang kena plak tunggu di stesen bas menunggu bas dari Kedah tu sampai...
Bas ekspress bukam boleh berhenti sembarangan tempat...
Abang sampai merungut2 x cukup tidur sebab mak aku kejut pukul 4 pagi nak gi tunggu bas yang bawa ketupat ni...
Dah dapat ketupat kena gantungkan ketuoat ni agar kering dan  tidak basi
Dah dapat ketupat kena cari plak serondeng..
Buka semua tempat ada jual serondeng..
Tapi mak aku cakap niat yang baik Allah akan selalu tolong..
Achik dan Pakcik bersusah payah cari dan post ketupat ni
Ada 2 orang achik cleaner tempat mak aku dengan ikhlas menyumbangkan Serondeng Ayam untuk dimakan bersama ketupat ni dalam event tu..
Mak aku hanya perlu beli Serondeng Daging
Semoga niat baik dan ikhlas semua itu akan diganjarkan pahala dan keberkatan


Ok ni nak tunjuk cara nak makan Ketupat Daun Buluh
Setiap kerupat tu memang diikat dengan 1 utas tali rafia khas..
Tali ni di ikat x mati
Hati2 masa tarik tali tu supaya x jadi ikat mati plak..
Tarik jer ikatan macam ribbon tu


Nampak...
Ikatan macam bunga ribbon tu..
Tarik la



Buka balutan daun buluh dan nampaklah isinya yang kuning dan liat
Memang sedikit melekat tapi adjust la supaya x melekat kat tangan


Pegang ketupat dengan tangan kiri
Dengan tali tadi..
Balut tali pada jari telunjuk kiri..
Tangan kanan adjustbla untuk potong ketupat tu dengan talinya..

Potong dan amik hirisan nipis tu cicah ngan serondeng



Ha...potong nipis2 jer..
Jangan tebal sangat..
Terutama yang 1st time makan..
Hiris dengan tali tu


Haaaa...dah putus kan..
Amik hirisan kecik tu cicah serondeng atau susu dan makan la...
Nanti sambil kunyah....sambil poting semula baki ketupat tu dan makan la sampai kenyang...


Sebab alang2 order untuk event..
Bukan senang proses nak sampaikan Ketupat ni ke KL..
So dah alang2...
Mak aku order sekali untuk makan sendiri...
Dapat lah bagi sikit pada jiran sebelah rumah ni yang selalu hantar makanan tu..
Tak tahu lah abang tu pandai makan ker x...
Mak aku siap wasap pic cara makan ketuoat ni kat jiran tu
Pastu mak aku cakap bagi sikit kat 2 orang achik cleaner yang baik hati sponser serondeng dan selalu menolong mak aku..
Mak aku cakap achik cleaner tu pun suka Ketupat Daun Buluh ni

Pastu bagi kat BFF aku si Sarawakian  
Umi Amirah
Semalam mak Umi bagi Kek Lapis Horlick yang mak dia baru buat...
Mmmm....sedap giler bai..!
Tinggalkan kat rumah hanya beberapa biji sahaja..
Selebihnya yang 1 kotak Achik post tu semua mak aku bawa gi Event Raya tu...



Mak aku cakap big bos la paling suka makan Ketupat Daun Buluh ni..
Sampai post dalam FB beliau....


Aku tanya mak aku..tahu ke kawan2 mak aku  makan Ketupat Daun Buluh ni?
Mak aku cakap ada yang suka sangat..
Ada juga yang mecebikkan molot sebab x suka..
Ada yang molot langkang..
Tapi ignore kan sahaja yang negatif tu kerana niat yang baik dan perkara yang baik memang akan ada ujiannya..
Janji kita jangan tergelincir dari batasannya..
Achik selalu pesan...
" Jangan pedulikan seorang dua yang bising mengutuk dan cuba menjatuhkan kita..
Sebaliknya pandanglah pada seorang dua yang sedang menyokong kita dalam senyap"

Ok...bye..!!

***** semua info dalam entri ini adalah dari cerita mak aku sahaja berdasarkan pengalaman dan pergaulan samata- mata..

6 comments:

  1. salam, kueh chang... ada macam macam inti. kacang.. etc etc.. kalau masyarakat cina dan baba banyak jual makan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...maknkiter ckp.kat Melaka memang ada..
      Kat KL pun ada jumpa kat Pasar Cina..tapi orang cina la yg buat dan jual...
      Maknkiter cakap kat kedai cina sini ada jual daun buluhnya yang kering diimport dr China..
      Sis nor pernah makan tak...?

      Delete
  2. Ketupat daun buluh ni di kukus atau direbus.
    Ia serupa kuih lopes tradisional yg di rendam dgn air abu di bungkus dgn daun pisang dn direbus hingga masak. Makan dgn air gula melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok masa kat rumah saler tu dia memang tengah rebus dalam periuk besar...
      Waaa...cam best la lopes macam tu...kiter suka kuih lopes

      Delete
  3. Ketupat daun buluh.. kalau di negeri kena populer jugak ni.. di sesetengah tempat.

    ReplyDelete
  4. Menarik Menarik... semoga suatu hari nanti dapat la kita merasai ketupat daun buluh ini :D

    ReplyDelete