Apabila banyak duduk di rumah, fikiran banyak fikir cara untuk menjaga perut. Bukan jaga supaya kempis & ramping, sebaliknya menjaga agar sentiasa terisi. Asal ada masa terluang, otak ligat berfikir apa yang diminta oleh perut. Kaki melangkah ke dapur & tangan pula mula bersilat. Ada sahaja yang disampaikan oleh otak & tangan pula tahu pula mencari bahan. Maka, terhasillah Kuih Sagu Kukus.
Kuih Sagu Kukus gaul kelapa bergaram. Dilawankan dengan teh O panas. Sudah cukup menawan anak tekak yang menanti.1 cawan sagu biji halus(rendam 1/2 jam)
1/2 cawan gula
1 sudu teh pati rose merah
1 cawan kelapa parut +1/2 sudu teh garam
1. Basuh sagu.Hanya masukkan air, goyang-goyangkan (jangan diramas sagu) & buang airnya. Tambah air dan rendam 1/2 jam sebelum dimasak supaya nanti sagu jernih cantik.
2. Buangkan air rendaman sagu. Buat seperti membuang air basuhan beras, iaitu jika ada sikit-sikit air tidak perlu buang hingga kering. Masukkan kedalam loyang
3.Tambah gula & pati rose merah & kacau rata. Sagu akan nampak berair kerana gula mencair & cecair ini akan membantu memasakkan sagu nanti.
4. Panaskan pengukus & kukus sagu lebih kurang 20 minit sehingga sagu nampak merah jernih & tiada lagi bintik putih pada sagu.
5. Angkat & sejukkan sebelum dipotong & digaul kelapa bergaram.Kelapa mentah ini lebih sedap & lebih lemak, tetapi hanya bertahan beberapa jam sahaja kerana mudah basi & masam. Jika untuk hidangan majlis, sebaiknya kelapa bergaram dikukus selama 10 minit sebelum digaul kuih Ini supaya kelapa tahan lama & tidak basi.
Sagu yang sudah sejuk boleh dipotong bentuk wajik, segi empat atau segi tiga. Boleh juga sagu yang sudah dicampur gula & pati rose /lain-lain warna dikukus dalam cawan-cawan kecil seperti
Sagu yang sudah masak & dibiar sejuk, dipotong & gaul dengan kelapa bergaram
Kuih sagu yang dikukus teksturnya lebih kenyal.Kadangkala untuk bertukar selera, saya juga pernah masak
Kuih sagu yang dikukus teksturnya lebih kenyal.Kadangkala untuk bertukar selera, saya juga pernah masak
Memasak Kuih Sagu Tanpa Kukus perlu rendam sagu terlebih dahulu supaya sagu cepat masak & meminimumkan campuran air. Jika sagu tidak direndam, ada ketikanya sagu akan menjadi bintik-bintik putih kerana bahagian dalamnya tidak sempat menyerap air. Jika ini terjadi, sagu boleh disambung proses masak secara kukus kerana kukus tidak perlu tambahan air dalam adunan. Sebaliknya wap membantu memasakkan sagu yang masih putih.
Salaam selamat pagi, buat pengat labu dannsagu sedap..atau Pisang..sungguh
ReplyDeleteBetullah..
DeleteSudah lama tidak memasak pengat pisang. Macam teringin lah pula
Sy peminat kuih sagu ni, kelapa letak banyak2 š¤©
ReplyDeleteKan SK.. Saya pun suka banyak kelapa,Kalau kelapa yang agak muda lagi sedap kan.
DeleteSaya susah nak carik kelapa parut,... Sagu nyer ade kat rumah... Imgat nak buat sagu gula melaka kalau gajinš¤£
ReplyDeleteSagu gula melaka pun sedap.. Lemak manis.. Kena time cuaca panas pula
Delete