Semalam agak kepenatan walaupun tiadalah melakukan kerja berat.
Semalam lunch saya hanya sediakan ikan masak lada putih sebagai lauk.Hanya 1 lauk.ni sahaja asalnya..
Tapi akhirnya hanya saya seorang yang makan. Sebabnya saya letak terlalu banyak lada putih, sampai anak-anak dara berdua tu cakap bau dia dah pelik. Saya makan ok sahaja, tapi kata mereka bau kuat sangat.
Sudahnya saya makan sorang. Dua orang tu makan berlauk telur & ikan goreng & kicap sahaja...
Asalnya bercadang nak masak kari ikan. Tapi pagi tu, bawa Adah ke klinik. Sudah dua hari dia mengadu sakit dalam perut & rasa nak muntah tapi bila nak muntah hanya angin yang keluar. Dah sapu minyak angin bagai, tapi paginya katanya semakin sakit + sakit kepala. Bawa juga la ke klinik. Risau pulak musim covid ni.
Gastrik...
Doktor cakap sebab biarkan perut kosong dalam jangka masa yang lama hingga perut berasid
Berbuih mulut saya ingatkan suruh makan tapi cakap kita mana nak didengar. Kenyanglah, tiada selera lah, takut gemuk la. nak diet la...
Kadang sampai seharian tidak menjamah nasi. Suruh puasa, hanya beberapa hari sahaja puasanya. Selebihnya makan entah apa-apa
Sekali dah kena gastrik... siapa yang susah..
Sendiri menanggunglah.. Doktor dah cakap ubat ni tidak berkesan jika tidak jaga makan. Kena kerap makan dalam jumlah yang sedikit. Kalau tidak,perut akan mengeluarkan asid & sakit akan datang balik..
Malam semalam Adah order corndog senyap-senyap tanpa beritahu saya. Dah sampai baru dicakapnya dia order sebab tidak mahu makan nasi.
Baru gigit sikit, dia dah terhenti makannya.. Katanya perut sakit
Cheese ball ni 4 ketul. Dah sampai baru dia bagitahu. Katanya kalau bagitahu awal nanti saya bising. Sekarang depa tiga beradik sudah pandai berpakat. Kalau nak order apa-apa, buat senyap-senyap. Bila saya tanya semua zip mulut. Katanya nanti saya bising. Sekali order dapat cheesball tu tepung padat tidak masak.Perut kembung, tahu pula mengadu... Tapi sudah namanya emak, bila anak sakit, kita yang tidak senang duduk.Bawa la juga ke klinik. Balik ingat nak cari ulam, tapi lima kali pusing tiada parking kosong. Singgah Baba Dona & belilah sikit sayur,salad & kunyit muda. Tapi sampai rumah sayur tidak dimasak. Hanya ikan ni sahaja dimasak lada putih
2 keping isi ikan-setiap 1 potong 4
2 sudu lada putih - tumbuk
1 ketul halia muda- racik
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar - cincang
5 biji tomato ceri-belah dua
2 pokok daun bawang
1 sudu teh garam
1 sudu teh pes asam jawa+ 1/4 cawan air
1 sudu teh gula
4 sudu minyak
1.Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih serta halia
2. Masukkan isi ikan, garam, lada putih tumbuk, & gula. Goreng sekejap & tambah air asam jawa & tomato.
3.Masak hingga kering dan berminyak. Tambah daun bawang & kacau hingga layu. Sesuaikan rasa.
Saya makan berlaukkan ikan lada putih & berulamkan kunyit muda & daun salad. Berpeluh lepas makan. Panas dari lada, halia & kunyit muda. Puas rasa tekak dapat makan nasi ada ulam.
Mudah2an si Adah dah sembuh.
ReplyDeleteJangan lupa amek sarapan setiap hari.
In sha Allah...
DeleteTerima kasih WP...
Mak cella makan macam orang dalam pantang..hihii
ReplyDeleteSemoga gastrik Adah semakin sembuh .
Aaa la kak..
DeleteSaya pun baru perasan macam lauk dalam pantang. Ni pun pantang jugak ni.. Pantang jumpa.. Hihihi
Dulu kalu org kena gastric saya fikir alah sakit perut jer....tapi sendiri dah rasa,baru tau perut macm kena hiris,semuga adah cepat baik...jaga lah makan nak oiii.
ReplyDelete