Tuesday 17 November 2020

NASI PARPU ALA ASRAMA

 Sebenarnya semalam saya masak Nasi Parpu untuk lunch. Nasi Parpu juga dipanggil Nasi Dal. Tempat saya kacang dal dipanggil kacang parpu. 

Nasi Parpu ni selalu juga saya masak. Sejujurnya saya masak Nasi Parpu sejak dulu hanya berpandukan pemerhatian dan deria rasa.Tidak pasti cara saya masak betul atau sebaliknya.. Deria rasa tu pun ketika tinggal di asrama masa sekolah menengah dulu. Saya mula tinggal di asrama hujung tahun form 2 hingga form5. Tambah lagi 1½ tahun masa form six. Yang paling saya ingat menu masa asrama sekolah lama tu. Memang saya hafal memu 7 hari tu dari sarapan hingga makan malam. Sekolah yang ke-2 langsung tidak ingat  menu apa.. Menu asrama sekolah lama saya masih ingat sampai sekarang. Antaranya menu hari Rabu. Sarapan mihun goreng, sebiji telur rebus & teh 0. Lunch nasi parpu,sayur buncis+carrot & sebiji limau. Minum petang bubur pulut hitam & teh O tawar. Makan malam ikan kembung taucu & petola masak air(bg saya itulah menu paling tidak sedap) Supper memang warden beli cerek elektrik +gula, nescafe & 1 tin bislut cream creaker. Setiap malam 2 orang bertugas buat air nescafe O & agihkan 4 keping biskut cream creaker untuk setiap orang. Rasanya cerek, biskut, gula & nescafe tu infaq dari guru-guru sekolah sebab asrama kami tidaklah ramai. Hanya ada 60+ sahaja keseluruhan  penghuni lelaki & perempuan. Ini bukan asrama penuh pun. Ini asrama sekolah harian kampung. Asrama atas bukit dikelilingi hutan & kena melalui perkampungam masyarakat Siam. Ok bab tu nanti hari lain cerita. Hari ni pasal nasi parpu. 


Lebih kurang beginilah nasi parpu menu lunch hari Rabu kat asrama. Tapi nasi asrama tu hancur la.Mungkin sebab masak banyak dalam kawah. Kadang memang nasi & kacang dal dia dah tiada rupa sangat sebab hancur. Tapi pada saya masa tu, itulah nasi paling sedap pernah saya makan.Nasi ni saya hanya jumpa diasrama. Emak saya tidak pernah masak nasi parpu. Kenduri pun saya tidak pernah jumpa nasi parpu. Dipadankan dengan kari daging dan sayur buncis memang cukup lazat pada lidah saya. Saya tidak tahu orang lain. Mungkin kerana saya jarang dapat makan sedap di rumah. Bila tinggal di asrama yang memang dalam seminggu ada ikan, ayam dan daging saya rasa cukup mewah. Kalau dirumah hampir setiap hari ikan masin,sayur,ulam & sambal belacan yang memang wajib emak tumbuk setiap hari. Kalau musim banjir mewahlah ikan darat, puyu,, keli, haruan, sepat dan udang  sawah. Daging @ ayam sesekali ada emak beli kalau emak keluar ke pekan hari sabtu. Hari lain ada juga orang jual ikan dan sayur dengan motosikal masuk kampung tetapi emak jarang beli. Ketika kawan-kawan merungut makanan asrama tidak sedap, saya memang tidak.merungut malahan bersyukur yang amat dapat makan sedap-sedap berbanding di rumah.Kecuali ikan masak taucu & sayur air petola tu memang saya akan makan sikit sahaja sebab  bagi saya taucu tu busuk(mungkin sebab saya tidak pernah makan sebelum tu) Ada kawan yang memang boikot tidak.mahu makan kalau hari yang menu tidak sedap. Mereka siap menelefon ibu bapa minta hantarkan lauk jika ada hari yang lauk tidak sedap.Saya masa tu jangankan rumah, kampung pun belum ada talian telefon. 

Kalau menu asrama padankan nasi parpu dengan kari daging. Saya juga kalau masak nasi parpu akan padankan dengan kari daging. Cuma kali ini saya padankan dengan kari ayam sebab minggu ni sudah 2 hari berturut makan daging. Masak Lemak Cili Api Daging hari Sabtu dan har Ahad Mihun Daging. 



NASI PARPU NOSTALGIA ASRAMA
3 cawan beras basmathi(rendam 15 minit)
1  cawan kacang dal ( rendam & rebus ½ masak)
4 cawan air
1/4 cawan susu cair
2 helai pandan
1 sudu teh garam
1 kiub ayam
daun sup

Bahan Tumis
2 sudu  marjerin
1 sudu minyak
1/2 bawang holland
2 bawang putih
1 ketul kecik halia
2 daun pandan
5 buah pelaga
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis

1. Panaskan minyak+ marjerin dalam kuali dan tumi semua bahan tumis hingga harum
2.Apabila sudah harum tuangkan dalam rice cooker dan tambahkan air,garam,gula dan kiub bilis. Biar mendidih
4. Masukkan susu cair dan beras yang sudah dibersihkan(kalau tidak mahu guna susu cair boleh ganti air sepenuhnya.
5. Tambah kacang dal yang sudah direbus dan kacau supaya merata dalam beras.
6. Biarkan hingga nasi tanak
7. Setelah nasi tanak,gemburkan nasi dan tabur daun sup dan daun bawang

KARI AYAM GUNA REMPAH KARI IKAN.

Gorengkan papadom.. Yang ini tiada dalam menu asrama. Saya tambah sebab anak-anak suka papadom

Kalau diasrama makanan tengahari & makan malam dihidangkan dalam tray macam tray capati kat mamak tu. 

Tray macam ni lah yang kami makan kat asrama. Ni pic Google. 
Masa form 6 kat asrama makan dalam tray plastik warna biru. 


Pastu saya buat air sirap selasih ni. Sesekali rasa macam makan kenduri... 




10 comments:

  1. Aslmkm sedapnye nasi parpu ni mmg tak pernah makan .nakcuba masak la berlaukkan kari kambing ngan air sirap selasih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Kari kambing lagi la syedap..
      Lama tidak masak kambing..
      Rindu pula dengan kambing.. Hihuhi

      Delete
  2. Kalu org penang memang ada nasi parpu ni....gu degn daging kicap berempah mamak tu...uohhh rindu penang la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Memang ada jual yer nasi parpu.. Daging kecap berempah pun sedap lahai.... Ketoi besaq-besaq plak.. Uish

      Delete
  3. Salaam, nasi dengan dhal again lentil ni common with masakan Lebanese Dan mid East..

    Lauk Dari kacang butter bean Dan chicken cook in tomato sauce to anylauk pauk.

    Dan makan dengan Laban or plain yoghurt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. Kat Lubnan pun ada juga... Butter bean.. Macam sedap namanya.. Lauk pauk mereka sana banyak guna tomato kan.. Laban tu teringat Laban Rata kat Gunung Kinabalu... Hihihi

      Delete
  4. Pehhh, betul2 macam kenduri ni. Meriah dapur masa PKPB kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali terajin sikit bila semua ada kat rumah..Nak makan kenduri kang kena saman seribu.. Kenduri la kat rumah... Hihihi

      Delete
  5. Kuat betul ingatan mak cella mengenai menu2 harian asrama walaupun dah lama berlalu.
    kakak akak ada cerita masa dia jadi tukang masak tadika ada masak nasi parpu ni untuk budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Msalahnya tang menu makan tu voleh ingat kak...
      Yang cikgu ajar kat sekolah kemain susah nak ingat... Hihihihi....

      Owh,rupanya nasi parpu ni ada jer.. Saya sahaja yang jumpa di asrama.. Huhuhu

      Delete