Bila masak sardin, haruslah diikuti Nasi Goreng Sardin bagi menghabiskan sardin. Hari Selasa masak Asam Pedas Sardin 1 pack. Dari 5 pcs sardin tu, hanya seketul berusik. Hanya kuah yang luak. Hari Rabu ulang-ulang panaskan pun, macam dah tak jalan juga sardin tu. Agaknya sudah terlalu kerap masak sardin. Sudah hilang exclusive.. Hihihihi
NASI GORENG SARDIN.
NASI GORENG SARDIN
3 cawan beras- tanak nasi
2 tin sardin(saya recycle saedin asam pedas)
1/2 bawang besar cincang
3 bawang putih cincang
2 sudu cili blend/2 sudu chilly flakes
1 sudu teh garam
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup+ daun bawang
4 sudu minyak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
2. Tambah cili blend dan masak hingga naik minyak
3.Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 kasar dengan sudip
4. Tambah garam dan carrot & daun bawang
5. Bila carrot lembut masukkan nasi yang dah dilerai dan kacau rata hingga naik wap.
6.Jika guna chilly flakes, taburkan atas nasi.
7. Sesuaikan rasa dan tabur dun sup daun bawang
**sedap makan bersama telur rebus)
Tiada sayur hijau. Hanya tambah daun bawang. Saya suka ubi bebawang ni. Manis kalau dimasak
Mencuba rakam video.Video goreng nasi jer pun.. Selalu Cella yang rakam...Saya pernah cuba tapi kalau saya rakam tidak pernah menjadi. Gelap gelita macam blackout.
Ni sudah reti sedikit dah diajar anak-anak...Hihihi
Tapi rakam gambar dah ok sikit kata Cella. Kalau tidak sebelum ni tidak pernah syap.. Mesti blur...
Kadang terfikir, bagaimanalah teknologi 10 tahun akan datang. Tak terkejar saya....
Jenis cepat putus asa kalau diajar.. Huhuhu
Pictures dah Makin upgrade 👍👍👍👍👍teruskan menulis puan yg budiman
ReplyDeleteHehehe.. Terima kasih atas komen
DeleteSaya pun suka nasi goreng sardin. Tambah cili padi potong, tambah pedas menyengat, tambah sedap!
ReplyDeleteHaaa. aaa la.. Patut rasa macam ada tertinggal.. Rupanya cili padi
DeleteSaya ada baca 1 poting cikgu pasal Mihun Gorwng Sardin.. Pun nampak sedap.
Betullah, dari Cella jadi admin dulu mesti post nasi goreng sardines akan menyusul sehari selepas lain sardines, heheh.
ReplyDeleteSy Tak pnh berbelanja di Speedmart, macam tak reti, nak belajar2 la nanti
Hihihi.. Dah boleh agak yer SK.. Kalau masak sardin, pastu mesti nasi goreng sardin.
DeleteBelanja kat pasaraya lebih midah sebab one stop. Tapi kalau setakat barangan runcit sikit-sikit saya suka beli kat speedmart. Kat tempat tinggal saya ada 2 speedmart tapi saya dua-dua tempat tu serabut & pekerjanya juga kabut & hangin semacam. Saya tal selesa nak memebeli.Mungkin mereka penat sebab sini penduduk pandat, mereka mesti penat. Saya suka beli kat Speedmart dekat tempat kerja, tenang sahaja nak berbelanja.Cutomers pun tifak ramai sebab macam kawasan elit juga situ. Mana dorang nak masuk speedmart sangat.So,rezeki untuk orang-orang macam saya nak membeli dengan aman. Hihihi
Nampak sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap WP. Kalau makan bersama ulaman ni lagi sedap ni
Delete