Sunday 29 November 2020

CUCUR JAGUNG + BILIS KUDAPAN MALAM

 Kudapan malam tadi

Cucur Jagung + Bilis bersama Thai Chilly Sauce. Dilawankan  dengan teh 0 panas. Bertemankan hujan sepanjang malam. 

Makan panas-panas. Rangup, masin, pedas dan sikit manis. Tak sedar habis sebekas



Sambil menghirup teh 0 panas. Riuh rendah katak di luar sana memanggil hujan. Apa lagi yang nak dipanggil. Bukankah hujan sudah turun? 


Jagung dibeli sudah lebih seminggu. Hendak dibuburkan sudah tidak sesuai. Sudah mula kering & berkedut isinya. Kalau dibubur juga akan terasa hambar & berhampas. Jangan dibuang makanan itu, tambahan dikala ekonomi negara sedang diuji. Makanya jagung ducucurkan bersama bilis. Sedapnya hingga kegigitan terakhir. Benda yang nampak tidak begitu beharga pun, jika diolah diberi perisa. Mampu sahaja menawan selera. 

CUCUR JAGUNG +BILIS
2 tongkol jagung-hiris ambil isi
2 genggam bilis-bersihkan kepala & perutnya
1 biji bawang holland-dadu halus
1 cili merah-hiris halus
1 pokok daun sup-hiris
1 cawan tepung b
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Minyak

1. Gaul tepung, jagung, bawang, daun sup, cili, garam dan gula hingga bercampur rata. 
2. Pacahkan telur  & gaul 
3.Tambah air sikit demi sikit hingga sekadar melekatkan adunan. Jangan lembik nanti menyerap minyak
4. Jemput dengan tangan anggaran sesudu makan & sambil leperkan & terua masukkan dalam minyak yang sudah dipanaskan. 
5. Goreng sambil dibalik-balikkan
6. Angkat & hidangkan dengan sos cili

Alhamdulillah.. Rezeki malam

8 comments:

  1. Kita pun tengah berangan nak buat cucur jagung, ada 5 tongkol jagung tak laku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. Lagi banyak isi jagung lagi sedap.. Makan panas-panas time hujan

      Delete
  2. Cucur jagung ikan bilis atau udang cecah dgn sos cili Thai memang kegemaran anak-anak. Belum sempat habis goreng di kuali, adalah tu tangan-tangan yg mencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Ingatkan kat rumah saya macam tu. Ada orang jadi kepantangan sebelum habis goreng tidak boleh makan. Saya memang menyambil. Hihihi

      Delete
  3. Assalamualaikum. cucuk jgung ni fbret saya...maaf nk tanya ..tpung gndum ka tpung beras...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام..
      Tepung gamdum dear..
      Tapi tepung hanya sekadar untuk lekat.Gaul semua dulu bahan termasuk telur, baru tuangbair sikit demi sikit

      Delete
  4. Saya klu buat cucur jagung,guna yg dlm tin aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi worksmart...
      Jagung tin lagi harum jagungnya kan.. Kalau dapat kernel corn tu sedap kan..

      Delete