Tidak semena-mena saya begitu teringin hendak makan Nasi Lemak Bungkus Restoran Mamak. Padahal sudah bertahun saya sudah tidak lagi makan di restoran mamak. Dulu zaman muda-mudi saya makan sahaja di restoran mamak. Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini sejajar dengan meningkatnya umur, entah kenapa saya tidak mahu lagi makan direstoran mamak.Padahal dolu-dolu makan sahaja tanpa banyak soal. Betul lah kata emak saya, semakin berumur, kita semakin berubah. Cuma beberapa minggu yang lepas saya teringin nak makan tosei yang sudah bertahun saya tidak makan. Punca rasa teringin tu sebab terjumpa sebuah restoran ala mamak yang baharu dibuka di BTR berdepan pasar pagi. Tapi bukan mamak, hanya makanannya ala mamak. Ada tosei, capati & makanan panas seperti meee goreng, mihun goreng & lain-lain yang hanya boleh dipesan panas-panas.Setiap meja ada sepinggan yang mengandungi nasi lemak bungkus. Saya langsung tidak teringin pun kerana tekak hendak makan tosei. Bukan senang nak cari tosei yang bukan dibuat oleh mamak. Sudah ketemu, pastinya saya ingin memenuhi selera untuk makan tosei.
Sepanjang menjamah tosei, saya perhatikan kebanyakan pelanggan yang masuk akan mengambil nasi lemak bungkus & makan dengan seleranya. Baunya juga sangat menggamit selera. Mulanya saya bercadang untuk tapaw sahaja nasi lemak bungus itu, malangnya ketika selesai makan, hanya nampak ada 3 bungkus sahaja lagi di atas salah sebuah meja. Belum sempat hendak bangun, masuk seorang pelanggan terus grab ketiga-tiga bungkus nasi lemak tersebut masuk ke dalam plastik. Nasib baik sudah kekenyangan tosei. Minggu berikutnya ketika saya ajak Adah seklai lagi ke situ. Hajat kali ini he dak makan nasi lemak bungkus tersebut. Tetapi sebaik sahaja pekerjanya bertanyakan order, laju pula mulut saya memnta tosei & teh tarik. Aduhhhh.... Tetapi selepas makan tosei, saya makan juga sebungkus nasi lemak bungkus tu. Memang sedap tetapi saya berkongsi dengan adah sebab sudah kenyang tosei. Minggu lepas, tiba-tiba nasi lemak bungkus itu kembali terbayang dalam ingatan. Ketika itu sudah PKPB. Memang boleh sahaja ajak Adah ke sana, tetapi kalau saya ajak Adah, maunya Cella merajuk bawa bungkus kain baju balik ke Trengganu. Nak pergi semua, macam sayang pula duit RM1k wooo.... Buatnya kena tahan polis, naik kereta bertiga, dengan alasan nak gi makan kat mamak, memang mengundang saman la ceritanya.
Makanya saya masak Nasi Lemak Bungkus & letak dalam pinggan & letak atas meja macam kat mamak tu. Hahahaha. Nasi Lemak biasa sahaja. Hanya sambal bilis, kacang & bilis goreng & telur rebus.
Cuma nasi lemak tu saya buat versi kukus.
NASI LEMAK KUKUS
4 cawan beras
2 cawan santan pekat + 3 cawan air
2 helai pandan
5 hiris halia
1 sudu teh halba
1 sudu garam
1 sudu gula
1. Bersihkan beras & masukkan dalam kuali
2. Masukkan santan+air, garam, gula, halia & halba
3. Masak atas dapur hingga mendidih & santannya kering.Sementara tu jerang air dalam periuk kukus.
4. Pindahkan nasi 1/2 masak tadi kedalam kukusan yang dialas kain jarang
5. Kukus hingga nasi masak sepenuhnya
6. Nasi boleh ulang-ulang dipanaskan tanpa berkerak bila hendak makan
SAMBAL BILIS
2 cawan ikan bilis
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka
1/4 cawan minyak
Bahan blend:
2 genggam cili kering
(gunting, buang biji & rebus)
1 bawang besar
1. Panaskan minyak dalam kuali & goreng ikan bilis.
2. Tanpa mengangkat bilis yg sedang digoreng, terus masukkan cili yang dah blend dengan bawang besar.Biar mendidih bersama bilis goreng supaya sambal lebih sedap.
3. Bila sudah naik minyak,masukkan asam keping,garam & sedikit gula melaka.
4. Kacau sesekali sampai kering dan minyak naik dipermukaan sambal. sesuaikan rasa
Beruntung puan masih ada mak.tengok post nasi lemak teringin la pulak mmg dah lama tak mkn air tangan sendiri siap tambah kangkung celur
ReplyDeleteAlhamdulillah mak saya masih sihat.
DeleteDalam PKPB ni masak apapun rasa sedap sebab kita boleh makan tanpa kelam kabut. Hihihi
Hari tu kan, masa sy pergi Cameron, sy nampak ada makcik tu sebiji macam maknya Mak Cella, Cella kan selalu masukkan gambar toknya dalam blog ni, tapi tak tahulah betul ke tok cella tu sebab ahli yg lain sy tak brp kenal & setahu sy kalau tok berjalan mesti ada Achik nya, achik pun sy tak brp ingat wajahnya, heheh...
ReplyDeleteNasi lemak waktu malam harganya dua kali mahal dari harga sarapan pagi, kan. Teringin pulak nak rasa nasi lemak Mak Cella ni, hihi
Alamak, bila tu SK
DeleteKali terakhir ke CH tahun lepas bulan Disember lepas balik Pangkor lepas Cella SPM tu.
Kalau selepas itu setahu saya tiada ke sana. Tapi tidak tahulah kot mak & achik gi senyap-senyap tidak bagitahu...hihihihi..kantoi mereka
Telur rebus tu...adeehhh sedapnya stail rebus masih meleleh kuningnya tu. Kena makan dua biji ni kalau begini. Moga, terubat rasa mengidam nak makan nasi lemak bungkus restoran mamak.
ReplyDeleteWah, kita geng suka twlur kuning tu yang tak keras.
DeleteTapi dalam rumah ni ada pula yang tidak makan kuning telur.. Hihihihi..
TQ cikgu
Tak pernah makan nasi lemak kat kedai mamak... Makan tosei ngan roti canai jew
ReplyDeleteSaya dulu-dulu makan... Cuma dah tua-tua ni jadi xnak makan pula. Yang hari tu saya terliur nak sebab bukan mamak tapi restoran tu menunya macam kat mamak.. Padahal entah-entah yang letak nasi lemak kat restoran tu memang mamak pun.. Hahaha
Delete