Menu iftar hari Isnin semalam saya masak Nasi Lemak Bungkus Sambal Sotong Kembang. Permintaan daripada Adah yang memang dah lama nak makan sambal sotong kembang.
Sebab nak rasa macam ala-ala makan kat kedai, maka saya bungkuskan nasi lemak ni. Kertasa bungkus tu memang ada stok kat rumah sebab buat bungkus bekal si bujang sorang tu. Bekalnya memang bungkus dengan kertas ni atau guna bekas plastik pakai buang. Budak lelaki bawa bekal mana nak guna tupperware bagai sebab susah nak kena bawa balik.
Sepatutnya lawankan dengan Kopi Susu baru betul. Tapi sebab sudah beberapa hari saya mengalami sakit kepala.
Ni hasil 2 ekor sotong sotong kembang.
Masa beli kat Hero tu dah tengok harganya 1kg ada 2 harga.
Kalau ambil badannya sahaja tanpa sesungut tu harganya RM 27.99
Kalau ambil lengkap badan & sesungut tu harganya 1kg RM25. 99
Bezanya RM2. Mungkin sebab ramai yang bila beli suka ambil badannya sahaja & ditinggalkan sesungut, maka mereka buat dua harga macam tu.
Saya memang suka sesungutnya. Maka saya suruh Adah ambil 2 ekor bersama sesungutnya.Bila tengah potong kat rumah teringat nak tengok kat lable harga tu.
Laaaaaa.. dia tulis 1kg RM27. 99
Mmm sepatutnya sebab ambil set dengan sesungut 1kg patutnya RM25. 99
Tapi bila dibelek-belek baru perasan
Salah Adah la, diletaknya sesungut tu dalam gulungan badan sotong tu. Memang pekerja yang timbang tu ingat ambil badannya sahaja agaknya..
SAMBAL SOTONG KEMBANG
2 ekor sotong kembang
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka
1/2 cawan minyak
Bahan Blend
20 cili kering
1 bawang besar
1. Hiris sotong & bersihkan. Siram dengan air panas & toskan
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend. Masukkan asam keping, garam & gula melaka. Masak hingga naik minyak.
3.Masukkan sotong & biar mendidih serta kering air sotong.
4. Perlahankan api & masak perlahan supaya naik minyak
5. Sesuaikan rasa
Dah masak nasi lemak, Adah nak cuba bungkus. Dia kata nampak saya buat macam senang sahaja.
Dapat la 7 bungkus Nasi Lemak Sambal Sotong XL size Makan sorang sebungkus pun memang jenuh nah habiskan.
Salaam, sedapnya...lama tak makan nasi lemak..sambal sotong rendam.
ReplyDeleteKena jilat screen .,😺🤣..
Adah is new pa pada ibu...kena brief / update so next time dia tahu..
Pening kepla ...setiap Hari makan 3 pelepah celery Dan raw carrot dua biji. Minum air lemon suam. .vagus lunch time ...
وعليکم اسلام..
DeleteJangan jilat screen, bahaya kalau belum sanitize🤭
Betul, sekarang Adah is new PA, jelous cella.
Memang saya ada ambil lemon, tapi mungkin cara yang salah sebab setiap saya buat teh lemon.Tapi dah ke klinik.. Alhamdulillah. Terima kasih G.
Baru tahu nama kakak is Adah, selalu Cella tulis kakak saja
ReplyDeleteYa SK...tu anak ke-2
DeleteSaya mak kepada 3 orang anak
Sedapnya sambal sotong nyumm nyumm
ReplyDeleteAlhamdulillah secap Syaz...
DeleteSuka juga sotong kembang tue😀
ReplyDeleteHeeee... Gang anak dara saya
Delete