Serawa Pisang Nangka ni asalnya pisang nangka tu saya beli untuk dibuat pisang goreng. Tetapi sudah seminggu belum juga digoreng hingga pisangnya sudah masak benar. Hendak digoreng macam sudah kurang sedap. Hendak dilenyek sebagai cekodok pula, pisang nangka ni ada macam tidak begitu lembut & rasanya juga sedikit masam. Maka saya serawakan dia.
Satu habit saya apabila makan sebarang jenis serawa atau sebarang jenis bubur, saya akan makan bersama cream creaker ni. Saya pun tidak tahu mengapa saya mesti makan macam ni. Emak saya tidak pernah ajar pun, tetapi cara makan bubur/serawa bersama cream creaker ni menjadi kebiasaaan bagi kebanyakan orang utara termasuk, Perlis, Kedah, Penang & Perak Utara. Orang kampung saya tidak menyebut cream creaker tetapi memanggilnya sebagai Roti 4 Segi. Generasi lagi lama memanggilnya sebagai Roti Lemak. Cream creaker tu nama modennya. Kalau ke Kedah jangan terkejut jika semua biskut dipanggil "roti". Biskut Marie dipanggil Roti Marie, Biskut Jem dipanggil Roti Jem. Kalau roti pun dipanggil roti juga. Contoh roti kaya, roti krim bagai memang kekal dipanggil roti. Cuma roti paun tu dipanggil sebagai "Roti Benggali" Kalau ke kedai @ Kedah pepandailah hafal nama-nama tu. Hihihi
PENGAT PISANG NANGKA
10 biji pisang nangka
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping gula melaka
1/2 cawan gulaputih
1/2 sudu teh garam
2 daun pandan
2 sudu besar sagu- rendam agak-agak 15 minit
1. Kupas pisang dan potong bulat @serong.
2. Dalam periuk, masukkan pisang,santan cair,garam dan masak atas api hingga mendidih.
3. Sagu dibasuh dan direndam terlebih dahulu supaya senang masak..
4. Bila mendidih masukkan sagu dan kacau supaya sagu tidak mendap kebawah
5. Bila sagu sudah jernih,masukkan gula melaka,gula putih dan santan pekat
6. Masukkan pula daun pandan dan biar mendidih sekejap sambil dikacau supaya tidak pecah minyak..
Sedap pengat pisang nangka tapi jarang kat sini jumpa org jual pisang nangka.
ReplyDeleteArwah mak mertua akak pun biskut panggil roti.Dulu akak pun keliru juga bila disuruh beli biskut ...lama2 faham sendiri. #Mak cella akak lebih tua dari mak cella tau...dah ada cucu pun.
Tempat saya pula memang pisang nangka yang paling banyak.Pisang nipah pula yang susah dapat. Betul tu, kalau di utara nak-nak pula generasi lama memang semua dirotikan. Biskut bagi merwka adalah biskut raya.Heeee,baiklah saya panggil kakak lah.. Terima kasih ya kak.
DeleteKalu nak makan serawa kita cari sekut kan...nikmat
ReplyDeleteYa Naz,kalau tiada biskut macam tidak lengkap pula kan...
DeleteTapi Ada setengah tempat serawa tu makan ngan roti Jala atau pulut durian
ReplyDeleteYa, betul tapi biasa kalau yang makan dengan roti jala tu tidak ditambah sagu. Ada sejenis lagi kuah macam serawa ni dimakan bersama kuih serabai. Sedap
DeleteWak pun panggil pengat pisang.
ReplyDeletepetang tadi cemilam pisang nangka goreng.
Wah, mesti sedap pisang hasil dari berkebun sendiri ya WP. Bila melaihat dusun & kebun WP yang dikongsikan, terujanya saya. Nanti dah pencen nak berkebun juga lah.. Tapi lambat lagi la.. Heee
DeleteSaya sebut ni pengat, suami sy sebut serawa. Kalau abg ipar sy, dia akan makan dengan pulut, hihi.
ReplyDeleteHaaaaa, SK dah Kutub Utara vs Kutub Selatan kan memang pertembungan nama tu.. Kalau di Kedah Asam Pedas tu mean Asam Rebus tau...Laksa pun jauh beza kan Laksa Johor & Laksa Kedah. Untunglah SK anak beranak dapat nikmati perbezaan rasa. Saya suka Laksa Johor tapi tak pandai masak.. Tapi saya boleh masak Botok-botok dengan jayanya. Cuma susah nak dapat dedaun yang pelbagai tu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalaam,
ReplyDeleteBiskut cicah serawa atau bubur kacang etc .kalau kat rumah arwah auntie, dia Dari Taiping.
Not bad kan satu pokok dapat dua buah ie: Pisang nangka.😁😁🤓
anyway pengat Pisang pengat durian..best...
وعليکم اسلام
DeleteHaaa.. So, G pernah makan la bubur vs biskut ni kan. Sedap kan.. Ada tekstur la bila makan, tidaklah telan jer, dapat lah kunyah kan..
Apapun semua menu dan cerita yg puan kisahkan disini mengamit memori sehingga boleh mengalir air mata suka dan duka.sentiasa ternanti2 apa pengkesahan seterusnya
ReplyDeleteMungkin perjalanan kita hampir sama laluannya. Bila bercerita kita terasa dekat dengan moemori lalu kan.. Saya pula rasa mata masuk habuk.. Tetiba...
DeleteSedapnya pisang nangka. Ada rasa masam sikit, tu yg unik dari pisang lain. Di tempat saya memang susah sangat nak dapat pisang nangka. Balik Malaya baru dapat makan puas-puas.
ReplyDeleteBetul tu cikgu, pisang ni memang unik kan, rasa pisau, baunya nangka, rasa ada masam manis. Kat tempat saya mudah dapat oisang nangka, tapi susahlah pula nk cari pisang sabak macam kat Sabah tu.
DeleteSebelum Ada lebuhraya bas jarak jauh bergerak malam smpi kematu punggung tapi Tak de pilihan.nostalgia tol tanjung malim ,pudu Raya templer park. Pengalaman pahit kena gangguan sexual dlm bas
ReplyDeleteKalau kat Melaka di panggil pengat ni
ReplyDelete