Selamat berhujung minggu untuk yang berhujung minggu hari Ahad.Bagi negeri Kedah, Kelantan, Trengganu & Johor rasanya Ahad adalah permulaan minggu. Tidak kisahlah kerana di mana jua kita berada kita masih melihat matahari & bulan yang sama. Hihihi..... Ayat power orang dulu-dulu bercinta.. Tapi bukan saya la..hihihi...
Secawan Apple & Elderflower Tea dipagi minggu untuk menghangatkan badan.
Minuman pagi saya beberapa jam yang lepas.
Tenang melihat angsa & bangau mencari makan. Sambil hirup elderflower tea ni. Bukan ada meja tempat minum pun tepi tingkap ni.Rumah pun sekangkang tupai jer kot. Saja tenggekkan bontot kat lengan kerusi ni jer pun.. Sambil berangan view ni kat luar negara. Padahal luar pagar jer pun. Kikikiki.. Berangan tidak perlukan duit pun kan..
Mendung masih berarak menuju kaki langit. Entah di mana akan mencairkan kandungnya. Hihihi..
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Tanya sama langit
Apa sebab hujan
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayang pun hilang.
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Tanya sama langit
Apa sebab hujan
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayang pun hilang.
Sedap teh ni. Ada aroma tersendiri + masam manis daripada rasa apple. Teh pemberian rakan saya. Dari England katanya. Jadi lah.. Tidak dapat ke England.minum teh England & berangan sikit. Dah.. cukup....
Mula baca Elderflower saya baca eldest flower. Dalam hati translate.. Bunga Sulong agaknya.. Hihihi.. Baca lagi sekali..
Ooooo Elderflower la. Elderflower tu macamana?
Tapi dari info saya baca, bunga ni dipetik & direbus & ditapis. Kemudian dimasak lagi bersama gula macam kita masak sirap rose pandan tu & dibancuh seperti kordial.
Ikut sahaja cadangan tu. Memang tidak sesuai la hendak tambah susu, kecuali black tea kan. Hanya tuang air panas & biar 3-5 minit. Nikmati bau & rasanya
Sebenarnya hati nak minum kopi Tenom ni. Tapi memujuk rasa dengan umpan teh pelbagai perisa.. Supaya dapat melupakan kopi. Tapi kalau hati dah cintakan kopi, datanglah seberapa banyak teh pun. Sesekali pasti teringatkan kopi kan... Hihihi
Ikut sahaja cadangan tu. Memang tidak sesuai la hendak tambah susu, kecuali black tea kan. Hanya tuang air panas & biar 3-5 minit. Nikmati bau & rasanya
Saya pernah minum elder flower juice sewaktu berkunjung ke Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Di sana, elder flower juice disebut zova. Sedap! Sejuk tanpa ais.
ReplyDeleteWah.. Minum jus lagi la ori kan
DeleteRupanya banyak dari tumbuhan & haiwan yang Allah jadikan untuk manusia nikmati. ALHAMDULILLAH
Aduhai sejuk2 musim hujan ni mmg sedap hirup kopi kaww tapi kopi ni kena letak gula lebih dari teh jadi pilihan sihat teh jugak la
ReplyDeleteAaa kan. Tidak terfikir pula saya kopi lebih gula dari teh.. Dah cakap baru perasan...
Delete