Balik semalam petang terus mentong nasi impit rendang itik. Dah lepas maghrib tercari-cari apa lagi yang boleh di isi dalam perut untuk anak-anak cacing yang menunggu. Hihihi
Sudah beberapa hari tekak rasa nak makan pisang rebus ni. Mencari pisang yang sesuai untuk direbus. Pisang nangka banyak sahaja dijual tapi pisang nangka ada rasa masam-masam sikit kalau dah mula masak. Kalau dapat yang baru ditebang yang tapi belum masak sedap direbus, isinya gebu. Semalam punya semalam jumpa Pisang Abu. Beli 8 biji sahaja. Sebab memang pisang tu digantung tiada yang sesikat. Setiap yang digantung mengandungi 3 - 8 biji pisang sahaja, mungkin sesikat pisang tu dibahagi 3. Dulu tidak pernah terfikir orang akan jual pisang dalam jumlah biji. Selalu cikgu ajar kat sekolah kalau pisang dijual mesti sikat atau sisir dan tandan. Tenampak-nampak lagi gambar dalam buku teks zaman sekolah.
Apapun kita makan dulu pisang rebus ni. Puas hati dapat makan pisang rebus ni. Sambil kunyah sengsorang depan TV sambil terkenangkan kehidulan lampau. Ketika tingkatan 1, emak & ayah mengambil keputusan membina rumah baru di tanah sendiri. Sebelum tu berumah ditanah tok wan, berjiran dengan sorang mak sedara kami yang pelik perangainya, emak banyak makan hati.Kasiham emak. Tokwan kasihankan mak, & nasihatkan mak suruh pindah. Bila berpindah rumah baru di tanah sendiri, emak & ayah sangat ceria bertanam segala macam. Dari rambutan, nangka, cempedak, segala ubi-ubiaan, ulam sayur & paling banyak pokok pisang dan jambu batuAyam pun tumpang mewah makan pisang kerana tidak temakan oleh kami. Hendak dijual tiada harga kerana hampir semua penduduk kampung ada pokok pisang sendiri. Kadang emak berkayuh basikal mencari kedai runcit untuk letak pisang. Beberapa hari kemudian, emak akan menyusul untuk mengambil duit pisang selepas ditolak dalal kepada pekedai. Kalau musim menuai padi(orang Kedah cakap Musim Amik. Padi) banyaklah laku asbab orang berduit. Kalau musim hujan,kebanyakan tidak dapat menoreh, padi pun belum mengeluarkan hasil, memang pisang tidak laku, jadi makanan ayam la.Seingat saya emak tidak pernah sajikan pisang rebus untuk kami. Lepat pun tidak pernah sebab emak memang tidak suka lepat pisang. Yang selalu mak masak, pisang goreng dan cekodok pisang.Saya selalu makan pisang rebus ni kalau ke rumah tok wan. Tok tiri saya arwah Tok Don selalu masak pisang rebus time hujan. (tok kalau di Kedah mean nenek) Tok kandung saya iaitu mak kepada mak saya meninggal diMekah pada tahun 1975 sebaik sahaja selesai menunaikan haji bersama tok wan. Tok wan balik sorang & kemudian berkahwin dengan tok tiri. Sebab tu saya ada tok tiri. (al fatihah untuk arwah tok, tok wan & tok Don) Saya kalau dah mula cerita suka meraban..Satu demi satu tayangan flashback zaman lalu berulang tayang dalam ingatan. Kalau dilayan, boleh nangis sengsorang, boleh senyum sumbing sengsorang macam orang 3 suku.. Hihihi.. Ok, nak makan pisang rebus. Hanya 2 biji sahaja habis dimakan. Nak makan sangat kan... Saya rebus 4 biji sahaja untuk makan sorang, pun tak habis. Budak 3 ketul tu tak adanya mereka hendak makan. Tapi kalau ubi rebus cicah sambal tumis bilis, mereka layan
Pisang rebus gaul kelapa parut bergaram. Lemak masin dan sikit manis daripada pisang abu. Bagusnya pisang abu ni isinya pejal dan keras. Walau sudah mula masak tapi bila direbus isinya masih pejal. Kalau pisang lain pasti sudah agak lembik. Kalau pisang manja macam pisang kapas, pisang bunga lagi la lembik tak sesuai rebus pun.
Tapi tak apalah, slow-slow pujuk selera,bukan langsung tak boleh minum, cuma sebab pagi dah minum kopi kat tempat kerja dengan cleaner
Tak boleh selalu bersamamu kopi walau sangat mencintaimu.....
Sedapnye pisang rebus. Dah lama tak makan. Btw saya sangat suka baca nostalgia mak cella. Terkadang ade moment² yang sama ๐. Tiap hari ternanti entry baru puan.
ReplyDeleteYa cikjaja. Bagi yang pernah lalu jalan yang sama ada la moment2 yang sama. Sesekali teringin nak makan makanan nostalgia ni... Terima kasih cikjaja
DeleteWah ini cerita pasal pisang sambil rewind kisah dedulu can jadi 3 suku lak.
ReplyDeleteDulu masa boleh bercucuktanam mewah dgn pisang dan Ubi ubian smpi boleh pilih yg sedap je.skrg pisang tak mampu beli sbb harga tak menasabah
Hihihi.. Kadang tengok semua benda akan ada sahaja kenangannya.. Betul kan dulu siap memilih. Pisang pun sama. Sekarang memang harga pisang macam tak masuk akal. Tapi nak juga makan. Hihihi
DeleteSedapnya pisang rebus...budak2 sekarang pelik kalau kita rebus pisang.Kat rumah akak ni pisang utk buat kuih ada lh tanam tapi pisang utk goreng spt pisang abu xde.
ReplyDeleteSaya kalau dapat pisang kapas yang dah tua(tapi belum masak) pun rebus kak.. Sedap gebu lemak-lemak.
DeleteOo akak baru tahu boleh rebus juga.Nanti kalau ada lagi buah yang lain nak try rebus juga lah.
DeleteSaya suka jer kak. Cuma tak la manis, lemak-lemak gebu macam ubi kayu
DeleteSedapnya pisang rebus cicah dgn kelapa.tambah2 waktu petang hujan yg dingin ni๐๐๐
ReplyDeleteKan.. Pisang rebus & hujan. Gandingan mantop
DeletePisang abu ni yang belum masak pun boleh rebus.
ReplyDeleteKan WP...
DeleteKalau ada kebun macam WP lagi best. Boleh pilih-pilih pisang lagik.. Hihihi