Friday 13 November 2020

ASAM PEDAS SARDIN vs MASAK KICAP TELUR

Walaupun dalam PKPB ni Work From Home, bukan bermakna boleh buat kerja sambil baring. Banyak yang hendak diselesaikan. Walaupun Work From Home, kalau semua benda tidak di bawa balik, macamana nk work nya kan.. 

Ni lauk hari Selasa.Adah puasa. Sejak Isnin sampai hari ni dia puasa. Rajin pula dia bangun sahur sengsorang. Pukul 4 pagi sahaja rumah sudah berbau naugget & megi.Saya pula minggu ini rasa malasnya lahai nak berpuasa,sebab minggu ini Isnin, Rabu & Khamis saya ke tempat kerja

Masak Asam Pedas Sardin jer pun.. 

Cuma kali ni saya gunakan sardin pack hijau ni. Dalam sos tomato. Selalu guna pack merah, dalam sos cili. Mmm sedap juga. Ada 5 ketul sardin dalam tu. 

ASAM PEDAS SARDIN
1 pack  sardin(=2 tin kecik)
10 batang bendi
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 tangkai daun kesum( kalau ada stok)
1/4 cawan  minyak

Bahan Blend:
20 cili kering- gunting &rebus
1 bawang besar
2 bawang putih
2hiris lengkuas
1 batang serai

1.Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.
2. Masukkan sos sardin dan air asam jawa,garam & gula
3.Bila mendidh baru masukkan ikan & bendi serta daun kesum.
4. Perlahankan api & biar mendidih perlahan nenerapa minit supaya kuah naik minyak cantik
5.Sesuaikan rasa


Di mana ada sardin... Di situlah ada telur. 
Pasangan sehati sejiwa
Saling melengkapi
Lagi-lagi dalam musim PKPB


Cuma selalunya kalau dah masak sardin
Telur hanya didadar
Hari ni ubah sikit
Buat masak kicap telur
Daun bawang potong bentuk bunga tu teringat dulu-dulu  belajar Sains Rumah Tangga masa form 1-3.Cikgu SRT ajar potong daun bawang macam ni. Banyak ilmu daripada  arwah Cikgu Fauziah masih saya amalkan & lekat dihati saya. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga ilmu-ilmu yang baik ini menjadi amal jariyah untuk beliau.. Amiinnn


TELUR MASAK KICAP CAMPUR SUHUN
3 biji telur
2 biji kentang - potong wedges & goreng)
sikit suhun- rendam kembang
1/2 bawang besar- hiris
1/2 asam keping
1/2 cili hiris
1/4 cawan kicap
1 /2 sudu teh garam
2 bawang putih
2 hiris halia
2 sudu makan cili blend (jika nak pedas)

1. Goreng telur mata. Goreng kentang
2. Tinggalkan minyak anggaran 2 sudu dan tumis halia dan dan bawang putih.
3. Masukkan cili blend & biar pecah minyak
4. Tambah asam keping,garam dan kicap.
5. Bila mendidih masukkan telur mata dan suhun.
6. Tambah bawang,cili dan biar mendidih sekejap
7. Sesuaikan rasa


6 comments:

  1. Sardin telor ikan bilis Maggie mmg stok wajib tuk ibu2 .kalu Kita malas pn anak blh buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Cuma PKPB kali ni tiada lah panic buying sangat. Sebab sudah belajar dari pengalaman PKP 1.Beli berpada sebab masih boleh keluar untuk beli barang keperluan.

      Delete
  2. saya belum jumpa lagi sardin yang dijual dalam pack macam tu, ramai orang kata, sedap.

    betullah, walau WFH takkan nak sambil baring pulak, tapi hari tu lepas makan sy tersandar dan terbaring jugak, kahhhhh. Sedar2 bos telefon, baru kelam kabut report lom hantar, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sardin ni memang ikan sardin, tiada pilihan mecerel macam cap ayam tu. Saya suka sardin ni sebab 1 pack tu ada 5-6 pcs sardinnya. Cuma kelemahannya, ada customers yang suka picit-picit pack dia sebelum beli menyebabkan ikan pecah. Mungkin hendak meneka berapa pcs ikan. Tapi masalahnya pack yang dioicit tu dia tak ambi. Diambilnya pack yang tidak dipicit. Apa function picit pack tu. Hahaha

      Delete
  3. Aduhai... malu sendiri akhirnya. Memang tak rugi kalau kita mengalah, dan bersabar di saat-saat genting seperti itu. Peringat juga untuk diri saya, yang kadang-kadang tahap kesabarannya juga terbatas... ahaks!
    Walaupun asam pedas sardin, tapi sedap tu terutama bila kuahnya sudah tumpah ke nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga selalu mudah hilang sabar. Tetapi sesekali ketika rasional & melihat ketidaksabaran orang lain, masa itulah baru nampak keburukan marah & kebaikan bersabar.Terasa malu pada diri sendiri seolah itu cerminan diri saya sendiri ketika marah.Kena didik hati

      Delete