Tuesday 10 November 2020

SAMBAL GORENG

 Lepas masak Beredil Kentang, masak pula Sambal Goreng. Selalunya orang sebut Sambal Goreng Jawa. Tetapi saya tidak pasti yang saya masak ini layak dipanggil  Sambal Jawa atau sebaliknya kerana saya hanya belasah sahaja masaknya. Asalnya masa masak Bergedil Kentang + Ayam tu, saya nak padankan dengan Sup Telur + Suhun &Fucuk. Tetapi akhirnya tidak menjadi Sup Telurnya. Fucuk & Black Fungus sudah saya rendam. Sudahnya saya masukkan semua tu dalam peti ais. Esoknya semua bahan tu djjadikan sambal goreng. 


Inilah Sambal Goreng versi saya. 
Saya rasa cukup sedap pada tekak saya. 
Mungkin sebab saya suka makan nasi dengan lauk yang kering-kering sahaja. Kalau makan lauk kari atau asam pedas pun saya suka yang kuah pekat & hanya letak sedikit sahaja pada nasi & gaul biar nampak barsalut sahaja. Kalau makan berlaukkan sup atau sayur tumis air, saya tidak menuang kuah ke dalam nasi, sebaliknya saya akan makan nasi kering-kering & hirup kuah sup. Hihihi.. Makan biskut dengan kopi 0 juga saya tidak mencelup biskut ke dalam air kopi tapi saya gigit biskut.. Kunyah & minum air kopi. Manusia ni macam-macam selera la kan. 

Dapat sekuali Sambal Goreng. Sengaja buat banyak. Sebab nak ratah-ratah. Anak-anak pun suka. Ni kalau ada rencah hati, paru, limpa bagai ni lagi sedap ni. Tapi kalau letak semua tu, alamatnya syok sendiri & makan lah sorang-sorang. Budak budak sekarang mana mana nak makan hati, limpa bagai tu. Katanya rasa macam makan tanah. Ish, kalau zaman saya kanak-kanak & remaja memang ternanti-nanti dapat makan lauk hati, paru, limpa bagai tu. Maklumlah masa tu jarang dapat makan hati, paru & limpa. Seingat saya dulu-dulu kat kampung saya bukan selalu sangat  ada majlis kahwin. Kalau ada pun mungkin setahun hanya 1 @ 2 majlis sahaja. Memang akan disembelih lembu atau kerbau, tapi selalunya hati, paru & limpa dijadikan hidanganpengantin.
Mmm..lebihan pengantin makan pula memang dapat kepada mak-mak la. Kami yang anak-anak tidak dibenarkan makan hati, limpa bagai. Kononnya tak bagus kanak-kanak yang sedang belajar makan organ dalaman binatang, nanti benak. Benak tu bahasa orang-orang  lama yang bermaksud susah nak pandai. Bahasa kasar dia b.o.d.o.h la.. Hihihi. 
Tapi kat kampung saya ada sejenis makanan exotic kalau ada kenduri. Kerabu Daging Mentah. Betul, memang daging mentah.Tapi hanya daging fresh digunakan iaitu daging batang pinang sahaja. Lembu atau kerbau yang bari disembelih, akan diambil bahagian batang pinang & dihiris halus. Kemudian dicampur pelbagai herba seperti serai, lengkuas, bawang, kerisik, serbuk beras goreng, lada hitam & beberapa jenis bahan lain. Paling penting, banyak jus limau nipis dicampurkan untuk "memasakkan" daging tersebut. Rasanya sangat sedap, tetapi ia bukanlah hidangan untuk majlis kenduri tersebut, sebaliknya hanya menjadi hidangan untuk mak-mak & bapak-bapak yang bertungkus lumus menyiang dan memasak hidangan. Saya sangat suka kerabu daging mentah tersebut. Namun bukan semua orang menyukainya. Tetapi zaman sekarang ni saya tidak pasti kerabu daging mentah tu masih wujud lagi atau tidak. Maklumlah, kalau sesekali balik kampung & ada kenduri pun, saya hanya hadir sebagai tetamu. Begitu juga dengan emak saya yang sudah banyak tinggal kat rumah adik di pekan berbanding  rumah kampung.
Tapi berbeza pula sekarang. Saya beria-ia nak suruh anak-anak makan. Mereka pula yang tidak mahu kerana tidak kena dengan selera mereka. 

Maka Sambal Goreng saya hanya berencah ikan bilis.



SAMBAL GORENG
2 keping tempe- hiris dadu kecik
2 keping tauhu - dadu kecik
3 biji kentang - dadu kecik
3 keping fucuk- rendam & hiris nipis
1 genggan kulat hitam - rendam & hiris nipis
1/2 cekak suhun-rendam
20.cili kering-gunting halus
10 bawang merah - hiris
5 bawang putih-hiris
3 cili hijau-hiris
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa

Bahan Blend:
20 cili kering
1 genggam bilis bersih
1/2 bawang besar
5 hiris lengkuas
1 ketul kecil halia

1. Goreng tauhu, tempe, kentang berasingan hingga garing. Ketepikan
2.Panaskan 1/4 cawan minyak. Tumis bawang, cili kering & cili hijau.
3. Tambah bahan blend & masak hingga naik minyak. Tambah air asam, garam & gula serta santan.
4.Masukkan fucuk, kulat hitam, kentang & semua bahan lain.
5. Gaul hingga kering.Sesuaikan rasa


13 comments:

  1. Banyak versi sambal goreng yg penting kena ngan tekak Kita. Anak2 Haram nak sentuh walau ada darah jawa.buat sambal ni sikit pn jadi sekuali penyudahnya nak perabis bawak ke office makan ngan kenkawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... Saya pernah juga makan sambal goreng yang simple hanya ada suhun & tempe ketika membeli nasi ambeng. Walau simple terasa sedapnya dipadankan dengan serondeng, mee goreng & kluban. Sedap sangat. Tapi sayang sudah beberapa kali saya mencarinya di pasar tani itu, nasi ambeng kat situ sudah tiada lagi. Kempunan

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salaam ,
    Universal resipi ni..pasal raw protein base especially beef. Italian panggil carpaccio.

    Rasanya kalau sesetengah negeri Ada resipi yg serupa. Diperkayakan dengan herbs..
    Negara negara lain letak lain Benda.

    Sambal goreng sedap. Tapikan ibucella, kalau ada limpa, paru, jantung, Hati Dalam sambal goreng Tu pun bahaya jugak Tu..




    Nanti ia jadi sensitive .... Mudah tersingggung etc.. maklum la Ada organ organ seperti Hati, limpa,paru, etc😁🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام..
      Oh. Lain tempat pun ada yer kerabu daging mentah ni.

      Hahaha, betul jugak tu G... Nanti makan hati kannn..

      Delete
  4. Betul tu. Masa kecik2 dulu tak dibenarkan makan hati, pedal, kepak, leher, tingjeng dan telur muda dlm perut ayam. Orang tua2 jew boleh makan terutama waktu kenduri. Kita tengok saja. Rupanya benda2 tu semua sedap!
    Saya pernah makan kerabu daging mentah. Kawan serimah sewa sewaktu belajar di KL asal dari Kedah. Sempat belajar dari dia. Sedap sangat. Rugi kalau tak makan. Mulanya saya takut juga. Saya sangka kawan saya tu harimau jadian sebab makan daging mentah... hahahahaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tingjeng tu apa yer cikgu.. Saya search tetapi tidak ketemu

      Kerabu daging mentah tu sedapkan cikgu, Nasib baik tidak tumbuh taring lepas makan daging tu. Hehehe.. Sama juga seperti makan hinava tidak jadi memerang kan... Hihihi

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau Johorean memang tidak lengkap raya kan... Kalau di Kedah wajibnya ketupat palas vs kari daging

      Delete
  6. Zaman kecik dulu kalu Ada kenduri nasi ambeng tunggu abah balik smpi tertido nak makan berkat iaitu nasib ambeng sedulang bagi 4 orang bungkus bawak balik.lauk pauk campur skali ayam semur kluban sambal jawa sambal Mee sanggul serunding kelapa.aduhai mengidam la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya la nasi ambeng.Sini banyak juga yang jual nasi ambeng tapi x berapa lengkap la. Saya pernah jumpa ada satu tempat jual kat pasar tani permaisuri,memang sangat sedap. Saya sempat beli untuk bagi beberapa orang kawan dari pantai timur & utara untuk merasai keenakan nasi ambeng. Mula mereka pelik nasi dicampur mee bagai, tetapi setelah merasa, semua mengakui keenakan nasi ambeng tu. Tapi malangnya sejak lepas PKP 1 hari tu, berkali saya mencari,lori yang jual tu sudah tiada.

      Delete