Setiap kali masak asam pedas, dalam fikiran mesti lepas ni kena masak lempeng. Begitu juga kalau masak sambal tumis. Jika masak kari daging atau ayam, saya akan fikir untuk masak roti canai atau roti puri. Kalau masak kari ikan, auto saya akan masak cucur kembong sebagai minum petang @ sebagai sarapan pagi esoknya. Itu jika esoknya jatuh hari cuti. Kalau hati bekerja saya akan masak bekal berat sebab semua pun bawa bekal. Saya memang sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah sejak sekolah rendah hinggalah habis sekolah menengah,even masa anak-anak masih kecil pun saya akan masak bekal untuk dibawa ke rumah pengasuh. Habis anak-anak sekolah sambung pula bekal anak-anak bekerja + bekal sendiri. Bukan bekal hebat macam Japanese Bento yang aneka bentuk menawan tu. Hanya bekal biasa-biasa yang termampu masak. Kadang terfikir penatnya dah lebih 20 tahun memasak bekal. Anak-anak pun ada je cakap tak payah masak bekal pun ok, mereka boleh beli. Tetapi saya pula yang rasa bersalah bila kadangkala anak mengadu tidak sempat makan kerana masing-masing baru bekerja, pastinya terkejar-kejar kerana belum pandai manage masa. Ditambah pula sejak awal tahun hari tu PKP memang bekal lah penyelesaiannya. Sementelahan, saya memang membawa bekal setiap hari. Jadi, apa yang nak dirungutkan. Memang sendiri yang nak masak bekal, tiada siapa memaksa. Teringat kata-kata daripada big bos kami Puan Jamilah lebih 10 tahun yang lalu. Setiap kali kami merungut jika ada meeting @ apa-apa tugasan, beliau akan menggunakan ayat keramat tu.
Katanya "tiada siapa yang memaksa awak-awak semua untuk bekerja, semua ini adalah pilhan awak-awak sendiri. Jika sudah memilih untuk bekerja, kenalah hadap kerja, jangan merungut"
Sekali dengar rasa annoiying, tetapi setelah difikir dalam-dalam, memang betul lah. Kita yang memilih untuk bekerja tiada siapa yang memaksa. Sama juga seperti menguruskan rumah tangga, kita yang memilih untuk berumah tangga, kena la hadap. Begitu juga dengan anak-anak. Kita yang memilih untuk ada anak, kena la urus anak. Selebihnya memang takdir yang sudah tertulis & kita harus lalui sebagai ujian & juga rahmat. Penat membebel, marilah kita makan Lempeng Kelapa Cicah Asam Pedas
Saya bancuh tepung untuk lempeng agak banyak tetapi kerana lagi 2 orang cakap taknak makan, saya hanya melempeng 2 keping sahaja untuk saya & Cella. Tapi saiznya XXL la... Ikut saiz kuali besar. Lempeng ini pula versi lempeng tebal & garing. Saya lebih suka lempeng tebal & garing ni tetapi selalu juga masak lempeng versi nipis atau dipanggil lempeng cair.
LEMPENG KELAPA TEBAL & GARING
3 Cawan tepung gandum
2 1/4 cawan air suam
1 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
beberapa sudu minyak..
1. Campur semua tepung,garam dan kelapa
2. Masukkan air suam sikit demi sikit dan kacau hingga dapat adunan yang kental
3. Biarkan 10 minit supaya nanti kuih lembut
4. Panaskan 1 sudu minyak dan masukkan anggaran 1/3 bahagian adunan dan ratakan
5. Bila bawahnya garing.terbalikkan
6. Masak hingga kedua-dua belah garing
Dulu masa kecik nak mkn lempeng kelapa kena jolok kupas Dan parut kelapa muda dulu nasib baik tepung dah ready made
ReplyDeleteBetul kann....
DeleteSebab tu agaknya makanan dulu terasa nikmat & berkat agaknya kan..sedikit tapi boleh dimakan ramai-ramai
Tetapi dulu Allah bagi masa panjang & kita sempat melakukan semua itu.
tapi kan, saya tak suka juga bos yang cakap ayat2 macam tu..huhu
ReplyDeleteSaya dulu pun masa muda rasa annoying, tapi bila dh tua difikir dalam-dalam maksud kata-kata tu dh berubah tafsiran saya
DeleteSalaam, lempeng kelapa miss yg dah matang Belum Kering... Arwah mak suka betul buat minum air pukul 10pagi. Makan nya setengah keping..je. cicah sambal, kuah asam.pedas,.etc.
ReplyDeleteMemang betul dia Kait buah kelapa matang Dan mesin.
Dia buat lempeng tebal Dan garing. Taste orang lama.
Kuah kuah lauk Kita sedapakan dgn rotidan nasi selain lempeng.
وعليکم اسلام
DeleteDulu-dulu makan apapun semua rasa sedap kan.. Bila dikenang + memori lagi bertambah sedap
Terima kasih puan...terus kan menulis blog tentang resepi...or mungkin tentang motivasi...sy suka n syg akn blog nie...mmg wjib check setiap Hari
ReplyDeleteTerima kasih juga kepada yang membaca.Selama 2 bulan terbiar hari tu saya juga ulang membaca🤭.Alahamdulillah anakanda Cella dapat balik & walaupun dia sudah tidak mampu lagi menguruskan blog ni, ditakdirkan pula PKPB memberi kelapangan kepada saya. Alhamdulillah
DeleteKalau wak makan lempeng kelapa cicah sambal tumis atau kari daging/ayam.
ReplyDeleteMakan dengan sambal tumis lagi feel kan WP.. Sebab sambal lebih melekat pada lempeng. Lawankan dengan kopi O pula time hujan lebat.. Aduhai
Deletekalau kuah makin pekat, makin melekat la dengan lempeng, hihi.
ReplyDeletesy pun selalu berangan buat lempeng setiap kali masak asam pedas atau kari atau sambal tumis tapi dalam rumah ni, sy sorang pulak yg minat lempeng, suami sy org Kedah jugak, tapi tak suka lempeng, dia suka peknga (pisang) jer.
Sy teringat peribahasa moden, 'Beli kereta pasal nak pergi kerja, pergi kerja pasal nak bayar duit kereta' huhuhu
begitulah lumrah hidup, takdir yang sudah tertulis, tapi jangan salahkan takdir sebab kita yang memilih kan
Betul SK... Makin dipanaskan makin pekat & makin terasa sedap.Agaknya sebab tu katanya mamak meninggalkan sedikit baki kari sebelumnya untuk ditambah dengan kari baharu supaya rasanya sedap.(saya tidak pasti betul atau tidak).SK tahu tak peknga tu akronim daripada "tempek belanga" 😁
ReplyDeleteKebanyakan orang Kedah sebut kuali tu sebagai belanga. Cuma generasi baharu ni sahaja menyebut kuali. Tapi peknga tetap peknga, tidak la pula mereka memanggil pekli🤭
Dapp nyer lempeng
ReplyDeleteHai dear...
DeleteVery sorry baru nak balas komen..
Lempeng memang sedap kan..