Friday 20 November 2020

KUIH CARA INTI GULA


Kuih Cara Inti Gula. Antara kuih tempatan yang tidak banyak bahan tetapi boleh tahan menguji kerajinan. 


Kuih Cara Inti Gula tetap ada peminatnya walaupun ramai yang lebih meminati kuih cara berlauk. Kali pertama membuat kuih cara ketika saya bersekolah menengah. Ketika itu ada matapelajaran Sains Rumah Tangga(SRT) bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Matapelajaran yang saya sangat suka. Malangnya ketika saya bersekolah, saya tidak berpeluang memilih bidang yang saya suka. Hanya ada pilihan untuk melilih bidang yang ditawarkan sahaja. Sama macam pelajaran SRT terhenti hingga tingkatan 3 sahaja kerana sekolah saya tidak lagi menawarkan pelajaran tersebut. Walaupun hanya 3 tahun bersama pelajaran ini, tapi keseronokan & kenangan bersama matapelajaran SRT sangat mendalam dalam jiwa saya.Masa tingkatan 1 sukatan pelajarannya bermula asas memyediakan & menghidangkan minuman sejuk dan panas. Cara susun teko, cawan, bekas gula & bekas susu dalam dulang.Kemudian beransur cara menyediakan sarapan,kuih-muih, kek, biskut & makanan seimbang. Hinggalah tingkatan 3 akan ada ujian sidang merancang dan ujian amali menyediakan makanan. Kuih Cara Inti Gula ni dalam kategori kuih tempatan. Seronok kalau hari yang dalam jadual ada SRT.Walaupun SRT pelajaran favourite, tetapi sangat banyak cerita pahit dan manis umpama rasa kuih cara inti gula versi hangus.


KUIH CARA INTI GULA 
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan  @ air pandan
1 telur ayam
2 sudu minyak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh  pewarna hijau
sikit minyak untuk sapu
Gula pasir @ gula perang secukupnya sebagai inti

1. Blend tepung, air, telur, minyak & garam hingga creamy.Biar 1/2 jam supaya tepung kembang bijinya & lebih lembut gebu

2. Panaskan acuan baulu & sapu minyak setiap lubang. Biar hingga panas tetapi api kecik

3.Tuangkan adunan  setiap lubang hingga 3/4 penuh

4. Masukkan 1/2 sudu gula putih atau gula perang.

5.Penuhkan semula dengan adunan tepung.

6.Tutup acuan & biar beberapa minit hingga nampak permukaan kuih kering & tepinya garing.

7. Dengan hati-hati, cungkil  kuih dan keluarkan

8.Ulang proses memasak hingga habis. 

6 comments:

  1. Tahniah atas kerajinan puan sbb akak kalu buat kuih yg berulang2 ni mmg tak la harus jadi kuih bakar seketul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Jarang-jarang kerajinan ini bertandang...
      Sesekali datang dapatlah nikmati.. Hihihi

      Delete
  2. sy lebih suka Cara Berlauk, tapi Cara Gula Hangus tetap di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan orang memang suka cara berlauk sebab lebih berperisa & matching nak dilawankan dengan minuman manis.
      Tapi malas nak sediakan inti. Hihihi

      Delete
  3. Paling senang nak buat kuih ni. Suka buat, tapi tak ada yang tolong makan, sebab bukan kuih zaman anak alaf baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul cikgu..
      Kuih zaman mereka semua.chezeeeeeee leleh.. Pisang goreng pun letak cheese.. Sesekali boleh la layan.. Masuk dua tiga kali... Pisang rebus cicah kelapa juga yang sedap ditekak kita..

      Delete