Jika PKP 1.0 bulan Mac hari tu saya terlalu paranoid sehingga takut untuk memasak kerana bimbang stok makanan habis. PKPB 2.0 kali ini, saya lebih tenang. Namun takut tetap takut, cuma kata orang... yang pertama itu lebih mendalam kesannya & akan sentiasa diingati. Seperti juga cinta pertama katanya sukar dilupakan, betul ke? Saya tiada pengalaman cinta pertama. Saya hanya ada pengalaman cinta terakhir.. Hihihi
PKPB 2.0 ni saya seolah menghabiskan apa sahaja stok makanan dalam freeze yang sudah hampir menjadi fosil. Haaaaaa... Daging kerbau, ayam hutan, sotong kering bagai saya selongkar dan masak.Ini kerana anak-anak merungut bila beli ais krim tiada ruang untuk diletak. Sebenarnya bukanlah salah makanan tu dalam freezer, tetapi lebih kepada memang peti ais tu yang tidak membesar(hihihihi) Peti ais saiz orang bujang, tapi nak disumbat dengan macam-macam.Ditambah pula pemikiran emak & anak-anak tidak sama.Saya mengutamakan makanan penting untuk disimpan Anak-anak lebih pentingkan makanan remeh untuk di simpan.Pada saya, kalau emergency, ais krim tu bukan boleh mengenyangkan.Tetapi keburukan pemikiran saya ialah banyaklah wujudnya fosil dalam tu, kalau aiskrim bagai memang akan bersilih ganti tidaklah sempat jadi fosil
Maka dalam PKPB 2.0 ni saya keluarkan fosil-fosil tu & masak supaya ruangan freezer yang sekangkang ayam tu boleh dilapangkan. Adah ada beli container untuk manage semula ruangan rak & freezer.
Ini minggu lepas...Sambal Sotong Kering antara lauk yang saya sangat jarang masak. Seiingat saya seumur hidup tidak lebih 10 kali saya masak sambal sotong kering. Saya memang jarang membelinya. Tetapi sambal sotong kering ni memang favourite Adah.Kalau beli nasi lemak mesti dipilih sambal sotong kering . Si bujang & Cella memang nampaklah tidak minat sotong kering, sama seperti saya. Kerana jarang masak sotong kering ini juga membuatkan saya fail masak sambal sotong kering ni. Teksturnya liat macam bertali sahaja bila dikunyah. Mungkin preparation saya yang salah hinggakan sotong tu tidak sudi berlembut dengan saya.
Sotong kering Pangkor yang saya beli hampir setahun yang lalu. Ada pelbagai jenis sotong kering @ Pangkor. Dari sebesar-besar sotong hinggalah sekecil cumi-cumi.
Salaam,
ReplyDeletePengalaman cinta terakhir, that is deep.
🙏
Sotong Kering Lena rendam air abu.
Ada Jual dikedai.
Kaum Tionghua Letak sotong kering sebagai base soup yg mendidih lama. Until flavour Dan texture...
وعليکم اسلام
DeleteHahaha..
Saya pernah dengar pasal air abu tu tetapi memang saya tidak pernah guna & tidak tahu pun.
Pasal letak sotong ni dalam sup tu ya, saya pernah cuba dalam masakan mee champa yang pernah saya masak sebelum ini. Betul ada kelainan rasa
masa beli sotong kering tu tak beli air abu seklai ya? setahu sy org utara memang terror masak sotong kering, di rumah sy byk stok sotong ni sbb husbnd suka, dulu2 sy masak memang jadi getah, haha.. la ni dah lembut sikit la, rendam air abu dulu 2 3 jam.
ReplyDeletepun, sy tak minat sgt pun sbenarnya
Saya memang tak pernah guna air abu tu & memang tak tahu cara guna untuk lembutkan sotong. Mungkin sebab saya tersangat jarang kot masak sotong kering. Nak cakap tak pernah masak takut pula saya pernah masak, tapi seingat saya tiada masakan sambal sotong kering dari saya.. Heeeee.. Saya tahu air abu digunakan untuk buat mee kuning & buat ketupat daun buluh sahaja. Nampak sangat walau orang utara, tapi saya tak familar dengan hal berkaitan sotong kering🤭
DeleteLepas ini kena berkenalan la dengan air abu..
Sotong Segar atau keeping memang Tak pandai masak. Nak selamat sotong goreng kunyit je
ReplyDeleteSaya kalau sotong fresh tu rasanya retilah masak sambal tumis, kari, ketuoat sotong bagai(wp saya tidak tahu cara saya masak betul atau tidak) tapi masih boleh makan lembut masak elok. Sotong rendam pun pernah masak macam ok jer bila makan. Cuma yang ini, memang saya fail terus sebab liat.. Memang saya x reti masak sotong kering.. Hihihi
DeleteNak juga... Sambal sotong 😀
ReplyDeleteDah habis la dear.. Minta maaf baru baca komen.. Teraba-raba lagi... hihihi
Delete