Sayur Tene Pedas. Pernah dengar tene? Tene mean sayur petola. Orang Pantai Timur panggil tene. Saya bukanlah orang Pantai Timur, tapi saya belajar masakan ni daripada orang Pantai Timur. Kerana itu saya namakan Sayur Tene. Sayur ni diajar oleh seorang rakan sekerja lebih 10 tahun yang lalu. Rakan tu pula lelaki, tetapi memang beliau handal memasak. Fatah namanya. Paling sedap masakannya yang pernah saya rasa ialah Sup Perut. Ini kerana beliau pernah membuka restoran yang menyediakan aneka jenis sup. Dari sup daging, tulang, perut, ekor, paru & segala organ hinggalah kepada sup exotic torpedo. Memang masakannya sungguh sedap. Sayangnya restoran tersebut sudah ditutup. Tidak lah dapat lagi merasai keenakan air tangan Fatah. Tapi ada 3 jenis masakan yang sempat dia ajar saya iaitu Sayur Tene, Ikke Kronge & Ketupat Sotong. Ikke Kronge yang dimaksudkan ialah Ikan Cencaru yang orang Pantai Timur panggil sebagai Ikke Kronge. Manakala Ketupat Sotong memang sama la sebutannya. Biasanya kesemua tu saya hanya akan masak pada bulan puasa. Bukan ada pengkhususan pun kena masak dalam bulan puasa, tetapi mungkin kerana masakan tu diajar Fatah ketika bulan puasa. Maka setiap kali bulan puasa baru teringat nak masak 3 menu tu. Sayur Tene ni ada 2 versi yang diajar. Satu versi masak lemak & satu lagi versi tumis air. Versi masak lemak, saya selalu masak. Yang versi tumis ni jarang saya masak.
SAYUR PEDAS TENE
1 biji petola (yang ini saya gunakan petola ular)
1 biji cili merah - hiris
2 sudu minyak
1 sudu teh garam
Bahan Tumbuk
1 ekor ikan (ambil isinya sahaja)
1 sudu teh lada hitam biji
2 bawang merah
3 ulas bawang putih
1. Kikis kulit petola. Belah & potong.
2. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk.
3.Masukkan air anggaran 2 cawan & biar mendidih
4.Masukkan petola, cili hiris dan garam
5. Masak hingga mendidih & petola lembut.
6. Sesuaikan rasa.
Sayur Pedas Tene ni lebih sedap dipadankan dengan budu. Dahulu saya hanya tahu sayur petola hanya dimasak sayur. Tetapi rupanya diPantai Timur, petola juga direbus & dijadikan ulam yang dicicah bersama budu. Saya pernah ceritakan kepada emak saya bahawa petola boleh direbus untuk dijadikan ulam. Kata emak saya petola memang sedap dijadikan ulam.. Mmm, nampaknya saya salah orang untuk disampaikan info. Hahaha... Kata emak saya, lagi sedap kalau petola dibakar atas bara api untuk dijadikan ulam. Bila saya katakan emak tidak pernah buat pun, emak saya mengatakan cara itu dibuat ketika makan nasi dikebun/huma. Kata emak saya makan di huma serba kekurangan tiada peralatan memasak. Ikan hanya dipanggang dengan mengepit ikan pada belahan buluh. Ulaman dimakan mentah atau dibakar atas bara api.
YaAllah Kita serupa bila mak masak kena tumbuk smpi Tak nampak bawang kalau sambal nasi lemak kena asingkn sikit baru masuk bawang.Tene sayur paling Saya benci sbb lembik empulurnya.dah tua ni tene masak ganu blh habis sepoyok
ReplyDeleteBetul la kita ini bersifat baharu kan.. Berubah-ubah mengikut waktu.
DeleteJangan kita berubah dari perkara baik kepada perkara buruk sudah la kannn
Sy penggemar bawang dari dulu, suka jer kalau ada bawang dalam jemput2 ke, dalam sambal sardin ke. Kebanyakan makanan tetap sy suka dari muda tak kisahlah walaupun tu makanan org tua2 jer yg suka, cuma dulu sy tak makan ikan kering, sekarang dah suka makan, hihi
ReplyDeleteDari segi bawang SK tidak berubah, tetapi berubah citarasa ikan kering la pulak. Bila terbaca SK dah suka ikan kering, saya teringat pernah baca mengwnai mantan PM iaitu Tun M.. Katanya beliau tidak makan ikan tetapi ikan kering beliau makan.. Wallahua'alam....
DeleteSelamat menjamu selera.
ReplyDeletetene tu wak panggil gambas.
Oh.. Gambas nama lain untuk petola ni yer WP.Info baharu ni untuk saya. Terima kasih WP
DeleteSalaam sedapnya.. sebagai Fanti petola saya pakai courgette atau zucchini.
ReplyDeleteSedap masak air atau lemak stay goreng.. bako Belum pernah.
وعليکم اسلام
DeleteCourgette & zucchini tu sama ker lain-lain. Saya hanya kenal zucchini, sedap pada tekak saya
Salaam
ReplyDeleteCourgette British panggil. Zucchini American n Italian.samaje...
Sama
Menu cam nie... Makan panas panas sedappp
ReplyDelete