Teringin nak makan ubi keladi rebus cicah kelapa. Tapi tiada pokok keladi hendak dikorek ubinya. Kalau dapat keladi telur sedapnya lahai direbus empuk dicicah kelapa bergula + sikit garam.
Tiada keladi telur, keladi tidak bertelur pun boleh. Keladi juga kan.. Kalau keladi telur terus direbus bersama kulitnya. Hendak makan baru dikopek kulitnya. Tapi ini keladi Indonesia. Saya kupas kulitnya & potong dadu besar-besar. Kalau direbus takut berlendir pula. Maka saya kukus. 20 minit dikukus, alhamdulillah empuk gebu ubinya. Harum aroma keladinya. Warna ungunya terserlah
Padat isinya & sungguh sedap pada tekak. Saya. Dimakan bersama kelapa parut putih bergaul gula dan secubit garam
Sayangnya tidak dapat digandingkan dengan Kopi 0.Saya hanya lawankan bersama teh 0 panas.. Kalau dulu-dulu emak saya memang menanam pelbagai keladi di kampung. Hendak makan ubinya gali sahaja. Hendak menggulai pelepahnya potong sahaja seberapa yang hendak. Tapi ada petuanya. Kata emak masa potong pelepah keladi kena berlawanan cahaya matahari. Jangan terpijak bayang sendiri, supaya keladi yang diambil tidak gatal. Apa rasionalnya wallahua'lam. Tapi itu dulu, sekarang dikampung pun susah hendak menanam. Lagi-lagi kalau ubi-ubian. Serangan babi memang tidak terkawal. Kata emak beberapa bulan lepas emak cuba menanam ubi kayu. Alhamdulillah elok suburnya & sudah mula berisi. Beberapa hari lepas emak call bercerita sekarang musim hujan. Sudah beberapa hari tidak balik ke kampung. Kata emak hendak pulang ke kampung untuk menggali ubi kayu yang ditanam.Malangnya, tanaman ubi kayu emak sudah rata disondol gerombolan babi. Pandai pula babi-babi tu tahu bila ubi sesuai dituai. Kalau tanam keladi lagilah menjadi favourite si babi-babi itu. Dulu-dulu babi hanya menghuni hutan & jumlahnya tidak banyak. Tapi sekarang terlalu banyak babi hingga berkeliaran dijalanraya pun.Bukan spesis babi hutan, tapi spesis babi peliharaaan. Kata orang kampung, ia berpunca ketika wabak JE melanda negara satu ketika dahulu. Ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab membawa babi-babi peliharaan mereka & dilepaskan dihutan untuk mengelakkan dimusnahkan oleh pihak berkuasa. Kesannya berlaku pembiakan tidak terkawal. Babi pula kalau sekali beranak bukan seekor dua. Yang menjadi mangsa adalah orang-orang kampung. Habis tanaman dimusnahkan. Anak-anak getah yang baharu ditanam juga menjadi mangsa serangan babi.Kerugian bukan sedikit. Berulang kali menanam getah belum tentu panjang umir pokok tu. Kehidupan juga terganggu kerna babi ada dimana-mana. Kalau fikir masalah negara boleh sakit lagi kepala. Sekarang nak makan semua kena beli. Nasib baik juga rumah dipekan tu ada juga tanahnya sejengkal dua untuk emak bercucuk tanam ulam & cili.
Lemak lunak bila dikunyah. Rasa ubi keladinya kenyal kenyal bercampur kelapa.
Berketul-ketul saya makan tanpa rasa bersalah sedikit pun.. Hihihi
Sedapnya keladi. Di sini mahal sungguh harga keladi. Balik Malaya nanti nak makan puas-puas.
ReplyDeleteSini keladinya saya beli tu qkg RM7.99(sebenarnya RM8 pun) Seketul sebesar penumbuk dalam RM5. Boleh la untuk makan.
DeleteWak ada tanam macam2 keladi
ReplyDeleteTapi jarang2 rebus
Biasanya goreng atau buat pengat
Seronok tengok kebun WP ada macam-macam. Berangan juga sudah pencen nanti nak menanam.. Lamabat lagi. La..belasan tahun lagi. Hihihi
DeletePasal babi tu Tak ada pihak berkenaan boleh selesaikan ke? Geram pulak baca
ReplyDeleteMm susah nal cakap SK.. Geram memang geram, tapi nak diapakan
DeleteUbi keladi, batang, sulur dan daun semua sumber makanan dedulu diolah jadi memacam menu. Sekarang nak jumpa keladi sedap semakin payah kalau beli biasanya dpt keladi ganyut
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteOrang dedulu jreatif mengolah sumber makanan. Pokok rumbia tu pun dijadikan tepung sagu.ubi gadung beracun pun mampu ditawarkan menjadi makanan mengenyangkan
sayur batang keladi pun sodapppp... hehehe
ReplyDeleteBetul. Saya suka batang keladi yang orang perak panggil keladi lambok tu. Batangnya rangup walau sudah dimasak. Sedap sangat
DeleteKlu saya keladi rebus suka makan dgn sambal.ikan bilis
ReplyDeleteSama dengam anak saya.. Katanya kalau ada sambal tumis baru feel. Kelapa dia cakap. Kurwng skit.saya pula suka kelapa
DeleteSalaam, suka keladi, sofar far Ada gatal effect. Masak Asam masak lemak etc sedap
ReplyDeleteوعليکم اسلام
DeleteKan... Masak. Lemak or asam rebus sedap kan G.. Hirup kuah.. Huh... Sedap teruks
Selalu buat pengat
ReplyDeletePengat lagi sedap sebab berkuah. Tapi sesekali teringin nak makan keledi rebus ni
Delete