Monday, 16 November 2020

AIR SIRAP SELASIH

Cuaca panas hari ini. Tetiba rasa hendak minum Air Sirap Selasih. Air evergreen walaupun warnanya merah.. Hihihi... 

Bancuh 1 jug.... Layan minum sambil layan nostalgia. Kenangan bersama air sirap selasih. Pastinya senonim dengan bulan puasa & hari raya. Dulu-dulu kampung saya tiada kemudahan jalan tar. Jalan keretapi pun tiada.Nak minum air lain kena beli kat pekan. Jauh,tiada pengangkutan awam. Kalau bulan puasa dapat air  sirap pun dah happy sangat. Kalau raya pun sama, sirap merah, agar-agar merah. Hampir semua rumah hanya hidang air sirap merah. Rumah yang ada hidang air oren  Sunquick memang berada lah tu.. Tetapi dulu-dulu rasa macam semua makanan & minuman sedapnya lain macam. 
Kalau mak masak sirap, bau pandan bercampur daun limau purut, cengkih dan kulit kayu manis memang terbau-bau sampai sekarang. Pandan dulu-dulu pun saya rasa macam lagi wangi dr pandan sekarang. Hihihi

Saya memang terikut cara mak saya sediakan sirap bulan puasa dan raya dulu-dulu. Wajib campur daun pandan bersama daun limau purut, cengkih & kulit kayu manis. Kalau buat kuih seri muka pun sama. Walaupun bunyi macam agak pelik bila ada penggunaan daun limau purut, tapi bila digabungkan dengan pandan & rempah ratus memberi satu aroma yang saya rasa cukup.harum.Percayalah, jangan bimbang tiada rasa tomyam.. Hihihi



Tambahan pula dengan eksesori biji selasih. Saya suka biji.selasih.Nasib baik anak-anak pun suka. Senang nak buat sirap boleh campur biji selasih. Dulu-dulu ada kawan-kawan sama pergi beraya ada yang tidak suka kalau sirap.ada biji selasih. Kata mereka seperti telur katak. Memang sekali imbas macam telur katak kat dalam parit. Dulu-dulu mana reti geli.Telur katak pun kami kaup dalam parit atau dalam kubang kerbau & lawan simbah menyimbah. Ada la rupa biji selasih juga, berlendir bulat-bulat jernih & hitam tengahnya macam biji selasih yang sudah direndam kembang. Hihihi.. Tapi telur katak besar-besar lebih kurang sebesar  biji sagu. Berudu pun kami tangkap sebab ingatkan anak ikan.Katak pun pernah sahaja saya tangkap untuk jadikan umpan menangkap ikan haruan. Ikan lain seperti puyu & keli tidak makan umpan katak sebab mulut mereka pun kecik sahaja. Hanya ikan haruan makan umpan katak. Tapi hanya katak kecik la & yang penting kena katak hidup. Kalau katak mati memang ikan haruan tidak mahunya. Jadi kena tahu cara pasang umpan katak. Kalau mata kail dipasang dengan cara jolok mata kail dalam mulut anak kata tu,anak katak akan mati. So, untuk elak anak. katak mati, anak katak tu dicangkuk  belakangnya dengan mata kail.Kejam kan
Hihihi.. 
Joran tu dipacakkan pada tebing parit atau sawah & umpannya dibiar mencecah air. Anak katak tadi akan terenang-renang & sesekali melompat sebab masih hidup. Ini yang akan menarik perhatian haruan-haruan ganas yang sedang memburu makanan. Sebenarmaya ikan haruan dipancing bukan dengan joran biasa yang panjang tu. Tapi guna joran kecik yang dibuat daripada bilah buluh yang diraut kemas. Kami panggil "taut". Tapi bahasa standard nya dipanggil "tajor" Taut@ tajor dipacak pada waktu petang atau malam & esoknya baru hasil dikutip. Silap haribulan bukan haruan yang melekat dimata kail tapi ularrrr..Kalau ular memang tali taut akan dipotong & dibuang la.Selalu musim banjir dapat banyak la hasil kerana ikan-ikan keluar bermain air, penat main air, mereka lapar & makan apa sahaja yang ada depan mata. Haruan ni buruk perangai. Anak dia sendiri pun dia akan makan kalau sedang kelaparan. Itu perangai haruan jantan. Itu wujudnya perumpamaan "haruan makan anak" walaupun maksud perumpamaan tu lagi sadis.. Maksudnya bapa yang menodai anaknya sendiri. Nauzubillah.... 
Kalau haruan betina dia tidak sampai hati.Lagipun anak ikan haruan memang akan.berenang dalam kumpulan adik beradiknya yang  ramai dan halus macam kelompok bilis Jepun tu. Warnanya keemasan,cantik. Bila makin besar, warnanya berubah seperti haruan dewasa yang biasa kita tengok tu. Emak saya memang tidak akan makan ikan haruan yang ditajor  guna umpan katak. Padahal ikan haruan yang dipancing dengan umpan cengkerik mak makan pula.. Entah-entah haruan itu baru lepas makan katak Hihihi... 


Sambung cerita Sirap Selasih... 
Ni saya bancuh tengahari tadi masa lunch... 
2 gelas saya minum... Hihihi


Ni ibu sirapnya... 
Saya guna :
1/2 kg gula pasir
2 helai pandan
2 helai daun limau purut
10 cengkih
1 kulit kayu manis
3 sudu pati merah rose
2 cawan air. 
-Masak hingga mendidih & agak pekat. Sebaiknya dimasak sehari awal supaya rasanya lebih sedap. 
- Untuk hasil lebih baik campur beberapa ketul gula batu. Hasilnya sirap lebih berkilat, tahan lama dan paling penting memang tidak melengas atau melekit. 

Saya pun tidak tahu bagaimana gula batu bertindak. Tapi memang berkesan untuk elak melekit. Kerana itulah gula batu dicampur dalam gula untuk buat halua contohnya halua betik, halua belimbing, halua limau etc  hasilnya halua yang memang manis potong kaki tu tidak melengas. 




Dah siap se jug Sirap Selasih



Kita minum dulu.......... 

12 comments:

  1. Amboi memikat betul sirap selasih ni waloupun kat sg.petani ni hujan lebat..kesejukkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL & Selangor pun tengah hujan petang tadi.Patutlah tengahari tadi panas terik

      Delete
  2. Salam,
    Saya pakai tapis besi perah santan he menyauk ikan kat parit Tali air depan rumah Pak lebai.
    Sebab kawasan rumah perumahan baru bekas sawah.

    Banyak je ular dikeliling.musim human Dan panas. Jena letak Batu kat lubang air di bilik air.

    Setiap Kali musim ...je parit penuh dengan anak ikan Yang berwarna warni..
    Tangkap tapi Bela Dalam balang kaca.

    Kalau nak makan ikan Pak long hantar sebab dia buat sawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan G pengalaman menangkap ikan. Tapi dalam 10 tahun dulu ikan macam hampir pupus kat sawah sebab penggunaan racun. Tapi kata mak saya tahun ini ikan ssmakin banyak macam dulu-dulu. Asal ada lopak air sawah sahaja ada ikan. Rezeki Allah

      Delete
  3. Nampak sedap air sirap selasih tu.
    lebih2 lagi ada air batu, diminum waktu cuaca panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah sedap WP. Tapi lagi fresh kalau dapat air kelapa macam WP selalu buat tu.. Ori

      Delete
  4. Mak saya pun sama, suka bubuh cengkih dan kulit kayu manis sewaktu merebus nanas. Tambah lagi daun pandan. Wangi jew air nanas. Air biji selasih tu selalu jumpa waktu beraya di kampung. Dulu2 lah... ada air selasih warna hijau, ada warna merah.Buat sejuk badan orang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu...
      Air nanas tu sedap kan.. Saya selalu juga buat macam tu ikut cikgu SRT dulu-dulu ajar macam tu juga. Buat jem nanas pun letak cengkih & kukit kayu manis . Harummmm

      Delete
  5. Saya dah beberapa kali buat sirap ni guna resepi Mak Cella yg Cella kongsi sebelum ni, sirap nostalgia katanya, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh,...
      Amacam SK.. Kena atau tidak dengan selera.Bau dia segar kan.Mungkin emak mertua SK pernah juga masak sirap ni dulu-dulu.. Tiada bau tomyam kan.. Hihihi

      Delete
  6. Akak lama dulu pernah juga buat sirap masukkan kayu manis tapi rasa tekak akak tak boleh terima.Tapi tak tahu lah dah tua2 ni kalau selera skg dah berubah.Biasa buat sirap guna daun pandan je,daun limau purut pun x pernah cuba lgi.
    Bila tengok air sirap selasih ni tiba2 teringin pulak...rasanya biji selasih bulan puasa tempohari ada lgi tak terusik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Kalau semua tekak trima nanti habis pula rempah kat dapur.. Letak pandan pun dah harum kan
      Sebab tu kilang keluarkan macam2 perisa supaya ada pilihan.. Durian yang sedap pun ada mat saleh kata bau macan tahi.. Selera tekak tidak sama.. Hihihi

      Delete