Wednesday 25 November 2020

PHOBIA TAKOYAKI SUDAH BERAKHIR.

 Hari ni balik petang tadi saya bercadang nak beli pisang goreng. Tapi entah macamnana saya berhenti tempat jual takoyaki. Beli la 4 pack untuk kudapan. Sudah 2 tahun saya tidak membeli takoyaki. Tapi yang tak beli tu saya. Anak-anak memang membeli & sediri beli sendiri makan. Saya memang tak mahu. Padahal sebelum ni saya makan. Cuma sudah 2 tahun (mungkin lebih) saya memang  tidak makan. Ada ssbabnya. Hihihi


Tapi hari ini saya beli sorang 1 pack untuk anak-anak termasuk saya sendiri. Terpeliks sekejap Cella tengok saya kambali makan takoyaki

Beberapa hari lepas masa gi klinik, Adah ada beli untuk dia & Cella sorang 1 pack. Saya memang taknak. Tapi masa mereka 2 beradik tu makan saya nampak macam sedap pula. Saya cuit sikit bonito tu.. Mmmmm sedapnya.. Sudah agak lama tidak makan takoyaki. Mungkin lebih 2 tahun. Ceritanya sebelum tu saya memang suka. Cuma kalau beli kat pasar malam (zaman belum ada covid) memang tak puas la makan sebab kalau dah ke pasar malam memang nafsu memang nak macam-macam. Jadi beli.takoyaki sikit, itu sikit, ini sikit. Nk jadikan cerita dalam 2 tahun yang lalu, ada la dalam 1 group ni open order takoyaki yang kira puas makan la. 1pack besar ada dalam 50 pcs. Harganya sama sahaja kat pasar malam tapi bagusnya kita tak payah bersesak tunggu lama macam kat pasar malam. Kira COD la. Ada la sempat beli beberapa kali. Tapi nak dijadikan cerita & menjadi kali terakhir saya order  tu,ada sorang akak ni, kawan saya la juga... tanya saya pernah tak order takoyaki yang dorag open order tu. Saya cakap la pernah, termasuk hari tersebut sebab saya & anak-anak suka.  Kawan saya tu senyum, Dia cakap dia pun suka, tapi dia tak pernah order dengam si polan yang dorang open order dalam group ni. Saya tanya kenapa & kawan saya ni senyum cakap tak ada apa-apa. Tapi mesti boleh agak ada yang x kena kan... Bila desak, baru kawan saya tu cakap dia kenal dengan pembuat takoyaki tu.& dia tahu rumah serta family pembuat takoyaki tu. Kata kawan saya tu lagi, kalaulah saya kenal dan tengok keadaan dapur penjual takoyaki tu, memang tak lepas nak telan. Katanya dengan pengotor anak beranak & tempat memasak di rumah orang tu. Memang geli geleman  la, detail kawan saya tu cerita. Itu ini, begitu begini & paling saya terkesan bila kawan saya cakap anak-anaknya yang  hingus hijau sentiasa meleleh serta sekecik-kecik anak yang masih pegang pegang botol susu sambil tolong emaknya isi takoyaki dalam bekas sambil lap hingus. Eyekkkkkkk.. Saya sudah makan banyak kali kot...! 

Sejujurnya saya ni bukan pembersih pun.. Tapi bila cakap anak-anak hingus hijau sambil isi kuih dalam bekas, sambil lap hingus, memang saya teringat-ingat & siap boleh bayangkan ooo.. Bagaimana yang sudah saya telan sebelum ni?Saya kalau jenis yang saya tak nampak & saya tak tahu memang saya ok sahaja, boleh sahaja makan sebab saya pun bukan pembersih sangat pun,kalau nak banding dengan orang yang rumahnya berkilat. Tapi masalahnya.. kalau dah nampak & dah tahu... Huhuhu... 

 Itulah kali terakhir saya order & lepas tu kalau nampak takoyaki saya memang tidak makan lagi. Saya tahu, saya tak baik. yang berjualan tu hampir semuanya pembersih pun, lebih baik daripada saya pun. Sepatutnya saya hanya perlu elakkan beli yang open order dalam group tu sahaja & masih ada ramai lagi penjual di luar sana yang jauh lebih bersih dari saya sendiri. Tapi sebab penceritaan kawan saya tu memang datail, menjadikan saya kembang tekak. 

Namun petang tadi saya makan takoyaki  tanpa prejudis.. 

Tanpa ingat apa-apa
Hanya makan sambil berbual tentang hujan lebat & banjir di Pantai Timur. Cella tunjukkan gambar yang diupload oleh kawan yang sudah balik ke kolej kediaman UniSZA. Katanya air sudah mula naik. Kata Cella risau kalau air masuk kebiliknya di tingkat satu.. takut barang rosak. Saya meyakinkan takkan naiknya air sampai tingkat satu. Tapi kata Cella kalau kat sana tingkat 1 mean ground floor.. Kalau 1st floor tu dilabelkan sebagai tingkat 2.
Owwwwwwwwh...
Ok...memang patut risau!! 

Sambil bercerita, tanpa sedar takoyaki dah habis 1 pack.. (kalau makan memang tidak pernah sedar... Hihihihi) 


**Saya menulis ni malam tadi menggunakan handphone. Tiba-tiba berdebuk handphone jatuh atas hidung(mungkin membawa maksud jangan nampak salah orang lain, takut terkena batang hidung) hihihi. Rupanya saya terlelap. Terus letak handphone di rak kecik tepi katil & tarik selimut. Saya tidak bermaksud menulis aib orang lain, tiada sebut nama pu, sekadar peringatan untuk diri sendiri jangan makan hingus hijau.. Hihihi.. Ni saya baru habis baca apa yang saya tulis & sambung nota ni & terus klick post..! 

Ok, saya nak sambung kerja hakiki... 


14 comments:

  1. hihihi.. apa2 gelak dulu..

    p/s sy kan, klu tahu org yg jual2an ni ada anak kecik2 terutama baby, salu terbayang jugak bab tu. Tapi baru ni sy ada tengok satu seller tu post gbr dia & anak beranaknya gotong royong buat kuih kat rumah utk jualan, sy terus erkkkk... (nasib baik sy tak pernah beli kuih seller tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Nasib belum beli lagi. Kalau tidak..phobia kuih.. Hihibj

      Delete
  2. Yeerkkk memang tak penah makan rasa nak coba gak tapi dah baca cita ni hee tak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Yang saya cerita ni jauh kat sini. Dia tak open order tempat lain kot.. Hihihi

      Delete
  3. Adoi geli pulak bayangkan...kot ya pun nak mencari rezeki jagalah kebersihan.
    Takoyaki ni ada je budak remaja kat sini bukak gerai tapi tak pernah singgah membeli pun.Kata suami akak makanan orang muda ni...hihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga akak...
      Boleh try rasa cekodok Jepun tu..tapi kalau terbayang cerita hingus hijau, nasib la.. Hihihi

      Delete
  4. Pengalaman saya pernah nampak sendiri anak si penjual umur dalam 3_ 4tahun..lepas makan Mee Kari, dia masukkan tulang kaki ayam tu dalm periuk kuah Mee kari tu....aihhh lepas tu saya x pernah pandang ke gerai tu nahenaheeeee

    ReplyDelete