Hari ni saya masak special skit.
Rendang Itik Salai. Semalam makan gulai itik. Hari ni rendang itik. Esok badan dah berat jalan la macam itik pulang petang..Seperiuk rendang itik. Bukan sekuali sebab saya masak rendang itik ni dalam rice cooker. Kunun-kunun ala masak dalam presure cooker la. Hihihi
Malam tadi saya dah merendang dah itik ni half way. Pagi panaskan semula merangkap sarapan & lunch ni. Hari ni saya masih ke tempat kerja. Tapi gi sorang la. Cella dah tak mahu ikut sebab susah beronline di sana. Ada sahaja barang yang nak guna tapi tak bawa.
RENDANG ITIK
1 ekor itik salai
2 paket kecil rempah rendang Adabi
1/2 cawan minyak
2 asam keping
2 sudu kerisik
1 kotak kecil santan
1 sudu makan garam
1 ketul gula melaka
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
3 batang serai
Seketul kecil lengkuas
1 ketul kecil halia
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.
2. Masukkan itik yang sudah dipotong & dibersihkan.
3. Biar kecut kering air itiknya. Baru masukkan asam, garam, gula & sehelai daun kunyit simpul
4. Masukkan 3 cawan air + 1kotak santan. Masak hingga itik empuk & kuah pekat
5.Tambah kerisik & daun limau purut & perlahankan api dalam 5 minit supaya kuah naik minyak.
6.Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris halus
Memang saya order la...sekor itik ni harganya ikut seller. Ada yang jual RM 40 ada yang RM 45. Tapi yang ni hanya RM35 seekor penuh tu.
+ RM 2 kalau nak suruh potong siap-siap. Saya memang suruh potong siap-siap la. Saya bukan ada pisau besar.
Ni itik yang dijual siap masak. 1 bekas tu hanya RM 10. Memang berbaloi kalau ahli keluarga tak ramai. Sedap pula tu. Semalam cleaner bawa yang dah siap masak, makan ngan roti memang sedap sungguh. Nanti nak order lagi lah..Tapi katanya lauk itik seller tu tidak masak setiap hari. Masak berselang seli dengan lauk lain.. Ayam,ikan, kambing bagai.
Kulitnya berbau asap salai. Tapi salainya tidaklah macam kat Nismiland tu.. Yang Nismiland tu lagi power kot, macam dah masak isinya & asapnya lebih tebal
Basuh dengan merendam dalam air + 2 sudu tepung untuk buang lendir & lemak. Kemudian toskan
Sebab nampak itik ni macam keras liat, saya masak rendang dalam rice cooker.. Ala-ala Presure cooker la kunun
Cuma lain kali kalau beli lagi saya nak back to normal masak dalam kuali sebab rupanya itik ni mudah empuk. Masak dalam rice cooker macam isi lembut seperti overcooked la.. Anak-anak suka sebab x perlu kunyah lama & senang nak makan. Saya lebih feel yang ada liat-liat sikit. Sama juga kalau makan limau saya nak yang lebih masam dari manis. Barulah limau... Hihihi
Agak hancur isinya sebab overcooked
Pagi ni masih ada roadblock di simpang 3 depan kuaters tu. Saya tak la kena tahan. Mungkin sebab drive sorang. Lepas tu dalam kereta sorang-sorang pun saya still pakai face mask. Agaknya polis pun percaya saya akan mematuhi SOP sebab sepatutnya kalau drive sorang tidak perlu pakai face mask pun. Hihihihi
Balik petang tadi saya mentong.....
Hihihihi........
Aduhai enak banget rendang itik tu.bebila kena carik gak itik salai ni
ReplyDeleteYup.. Makanan exotic jarang jumpa.. Hihi
DeleteSalaam
ReplyDeleteTak pernah makan itik, angsa ..
وعليکم اسلام
DeleteItik angsa lagi sedap G.. Banyak daging. Sekor angsa boleh dapat sekuli besar kalau masak
Sedapnya rendang itik.teringat masa kecik2 dulu arwah mak ada bela itik serati dan itik tu di masak kari pekat,ala2 rendang
ReplyDeleteNi rasanya itik telur yang sudah pencen ni agaknya.. Adik beradik ayam pencen la ni.. Hihihi
DeleteHensem betul rendang itik tu
ReplyDeleteArggggg.... Tergoda ke SK.. Hihihi
DeleteTumpang jamu mata di sini. Teringin makan rendang itik salai. Sedapnya cecah dengan nasi himpit.
ReplyDeleteIn sha Allah kalau ada rezeki jumpa orang jual. Tapi kat Sabah lagi banyak makanan exotic kan cikgu... Suka saya kalau dapat macam tu
Deletepada yang makan itik, mesti suka :D
ReplyDeleteSyaz tak makan itik ka...
DeleteIsh sedap apa.. Hihihi
Tapi Cella kata bau itik tu kuat sangat. Saya pula dok cari bau itik tak jumpa.. Hihihi