Monday 9 November 2020

BERDEDIL KENTANG +AYAM

 Semalam saya masak begedil kentang kesukaan anak-anak. Saya bukanlah penggemar begedil tetapi kerana anak-anak menyukai ditambah pula dalam PKPB 2.0 ini memberi lebih banyak ruang masa untuk memasak. Ada hari yang sibuk dengan kerja-kerja online. PKP 1.0 saya hanya bergantung kepada handphone. Sesekali  Googlemeet Adah yang settingkan laptopnya untuk saya. Kali ini rasa sedikit lega, selepas saya membeli PC  terpakai, 2 bulan lepas. Dapatlah saya menyiapkan kerja dengan selesa. Walaupun kelajuannya menyamai siput khinzir, tetapi sesuailah dengan saya yang rabun IT ni.. hihihi... Ada hari yang agak lapang boleh berlama-lama di dapur. 

Adah mencari soto apabila nampak bergedil ni di bawah tudung saji. Memang mengundang kecewa la... Cella memang tahu saya masak begedil untuk lauk sampingan bersama nasi kerana sambil menggentel bergedil, saya juga menyedikan sarapan ringkas untuknya sebelum beronline kelas. 

Saya hanya sediakan sarapan 2 biji telur 1/2 masak, roti & teh O panas sebagai pengalas perut sehingga pukul 1.00 nanti. Berebut masa untuk lunch, sebab pukul 2 petang sambung lagi kelas hingga pukul 5 petang. Takdir anak-anak sekarang dalam norma baharu. Hanya sempat berada di kampus selama 2 bulan, Pulang bercuti di KL terus terkandas dalam PKPB 2.0. Tetapi pada saya, eloklah terkandas di rumah, daripada kandas di Trengganu sanun. Menurut Cella, ramai juga masih berada dikampus kerana sebelum ini hanya KL, Putrajaya & Selangor sahaja yang PKPB. Namun kelmarin, Menteri Kanan Pertahanan sudah mengumumkan PKPB seluruh negara kecuali Perlis, Kelantan & Pahang. Maka, kalau Trengganu pun sudah PKPB, student yang ada kenalah balik agaknya. 


Selambak bergedil ni,masa menggentel saya rasa hampir 30 pcs jua, tapi saya hanya menjamah 2 ketul sahaja. Selebihnya mereka bertiga yang selesaikan. Kata Cella, abang yang makan banyak. Mmmm, makan jerlah. Kalau habis tidak mengapa, kalau tidak habis, nanti makanan tu menangis. Kalau tidak pun, mak yang kesedihan kalau makanan yang dimasak tidak berusik. Hihihi
Bergedil ni bukan la banyak bahan pun, tapi nak mencari mud untuk memulakan itu yang bercinta... 

 BERGEDIL KENTANG +AYAM
10 biji kentang- 1 kg ++
1 bawang besar-cincang
1 dada ayam goreng
1 pokok daun sup
1 sudu teh garam
1 biji telur
Minyak untuk goreng

Bahan celup:
2 biji telur

1. Kupas kentang & belah-belah.
2. Goreng kentang hingg masak
3. Goreng dada ayam & carik-carik @ tumbuk isi ayam goreng tersebut
4. Hiris halus bawang & daun sup
5. Tumbuk kentang dan gaul dengan semua isi ayam,garam,bawang dan daun sup.
6. Pecahkan telur kedalam campuran kentang dan gaul sebati
8. Bulat-bulatkan sebesar limau nipis dan leperkan
9. Pukul telur utuk celup
10. Celup  bebola kentang  yang dileperkan  ke dalam telur dan goreng hingga nampak bawahnya garing baru diterbalikkan.Biar kedua-dua belah garing

Saya gunakan lebih kurang 1kg kentang

Ayam pula lebihan semalam sebelum tu. Baki ayam panggang yang dibeli. 1/4 abangnya makan. Sepatutnya 1/4 ni bahagian Adah, tapi Adah tidak makan. Elok, juga digoreng semula & dicincang & dicampur dalam kentang ni


Bau kentang goreng ni dah macam bau fries  goreng. Dah memang asal fries pun kentang kan... 


Kentang goreng yang sudah ditumbuk. 

Kentang tumbuk, ayam cincang, bawang d daun sup  akan digaul sebati. Biasa orang gunakan bawamg goreng, tapi saya suka guna bawang besar cincang

Selepas semua bahan digaul, beginilah keadaannya. 



Setelah digentel & dileperkan. Sedia untuk dicelup ke dalam telur & digoreng


Bergedil Kentang +Ayam. Sebenarnya, begedil ni bukanlah makanan yang biasa bagi saya ketika dikampung dahulu. Emak saya pun tidak pernah masak bergedil. Kentang pun jarang masuk dalam list barang dapur emak saya. Dulu-dulu kalau masak kari ayam atau kari daging  pun, mak saya tidak pernah +kentang. Selalunya dicampur keledek, betik mengkal, nangka muda atau apa-apa sayur disekitar rumah. Bergedil memang tiada lah.. Setelah merantau ke KL barulah saya kenal bergedil ni. Kali pertama makan bergedil ni masa nak balik kampung. Dahulu sepanjang jalan dari Puduraya menuju ke Petaling Street memang penuh gerai makan terutama gerai nasi campur. Kebanyakan pekerja gerai makan itu pula wanita-wanita seberang. Makanan pun banyak yang bercirikan makanan seberang. Kalau nak balik kampung, tahun 90-an dulu bas ekspres hanya bertolak waktu malam, pukul 9 malam. Itupun sebelum ada PLUS, kalau berolak pukul 9 malam, 9 @ 10 pagi esok baru sampai Alor Setar. Pukul 6 petang sudah terpacak di Puduraya. Jadi, saya akan makan digerai sepanjang jalan ke Petaling Street itulah. Kat Puduraya pun, masa tu banyak kedai makan. Paling saya ingat salah satu kedai tu ada papan tanda besar tertulis "SUDI MAMPIR". Memang ternampak-nampak lagi kedai tu, walaupun sekarang sudah tiada lagi. Puduraya sudahpun bertukar menjadi Pudu Central yang menempatkan UTC. 

13 comments:

  1. Awal tahun 90-an, sy selalu ke KL naik bas krn ke rumah bujang kakak di Jalan Kuching. Antara tempat yg biasa singgah tentulah Petaling Street dan biasanya sy akan ke Kotaraya utk makan Kenny Rogers sbb masa tu di JB belum ada KR, yg ada cuma di Melaka & KL. Rasa macam ada nampak warung Sudi Mampir tu...

    Bergedil ni pula mmg kesukaaan & boleh dikatakan sy mahir membuatnya. Masa tu kalau balik rumah mertua, sy akan buat dgn banyak sbb anak2 sedara suka, tapi bak kata Mak Cella, nak membuatnya tu memang bercinta, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu KL & Puduraya memang tidak dapat dipisahkan.2 bulan lepas saya ke Puduraya(Pudu Central)untuk renew Mykad kat UTC. Sudah jauh berubah.Tiada lagi keriuhan masa lalu. Sunyi sepi hanya walaupun penuh pejabat urusan (UTC). Ada foodcourt khas di tingkat atas tapi seddey.. Pastinya bagi sesiapa yang pernah mengumpul kenangan diPuduraya akan terasa kehilangan itu.

      SK mestilah terror masak bergedil. Orang Johor memang handal memasak👍

      Delete
  2. Salaam, wow puduraya... Kali terakhir guna awal 90.

    Situ Banyak gerai makan Dan kedai kecik Jual buah buah Dan macam macam.

    Kalau arwah mak buat saya makan. Biasala bila mak masak...

    Sekarang kentang murah murah pun tak buat walau pun tak bercinta.🤣🤣. Makan chips lagi rare sesekali. Haha cutting the carbs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      G juga mesti banyak kenangan di Puduraya kan.. Betul banyak gerai jual buah potong dalam plastik kan.Surat khabar & majalah, ulat-ulat tiket. Semua tu yang memeriahkan suasana kan..
      Rasa nak nangis setiap kali melintasi Puduraya...

      Betul sekarang kentang murah tetapi masa pula sering mencemburui kita untuk membuatnya..

      Delete
  3. Pudu Raya templer park tol tanjung malim tu semua laluan wajib utara selatan.ke pantai Timur transit puduraya atau pekeliling. Kebanyakan bas gerak malam sgt lama smpi kematu punggung.kenangan pahit kena gangguan sexual dlm bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Dulu memang kena lala Templer Park. Hentian Putra, Pekeliling memang menjadi nostalgia warga kota nal balik ke kampung.Bas pula mesti bergerak malam supaya sampai ke destinasi waktu siang.Kalau dulu 12 jam, swkarang 4 jam 5 jam pun dah sampai. Yerrre, saya juga pernah melalui gangguan sexual dalam bas, Dah la kita muda belia, nak jerit takut...huhuhu

      Delete
  4. Bagi orang jawa kat Johor ni kalau takde begedil tak lengkap soto nya.Akak suka je makan begedil tapi tulah nak buat nya macam leceh..biasa bulan puasa je terlebih rajin nk buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Johor pandai masak soto d bergedil.Laksa Johor pun sedap.Saya suka burasak & lepat loi.. Sedapnyaaa.

      Delete
  5. Aduhai... sebut Pudu Raya terus terbayang zaman remaja dating-dating di situ kah! Selalu naik bas dari Pudu Raya dan turun di Simpang 3 Parit Mahang dan terus balik kampung.
    Begedil tu kegemaran kami seisi keluarga. Letak jew atas meja, tak sampai berapa minit terus licin! Makan dengan soto, atau makan begitu saja cecah sambal kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cikgu pun ada memory cinta @ Puduraya yer.. Mesti seronok untuk dikenang.Tapi banyak yang sudah berubah cikgu.Sebelah Puduraya dah ada Stesen LRt. Pudu Jail pun sudah dirobohkan & sudah naik mall dah kat situ.. Hanya tinggal kenangan sahaja

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Salaam , pudu mall .,..hehheeh
    Nanti Segala.pesalah yg dihukum gantung ramai Yang bershopping kat situ. Termasuk mina.fandi...

    Mewah...
    Best kan Malaysia..

    ReplyDelete