Thursday, 12 November 2020

MAKAN BUAH PERAH

Ini kisah bulan September 2020.Dah 2 bulan berlalu. Ceritanya saya terbaca info pasal Buah Perah. Kebetulan ramai yang komen pasal Buah Perah ni. Dalam banyak-banyak komen, ada seorang yang meninggalkan no telefon jika ada sesiapa yang ingin membeli buah perah ini. Terus saya hubungi nombor tersebut. Rupanya bukan beliau yang jual tetapi rakannnya boleh dapatkan. Laaaa gitu pula. Beliau dari Penang katanya. Diberi pula nombor telefon rakannya. Apul & namanya. Saya hubungi pula rakannya itu. Dipendekkan cerita, saya beli 5kg buah perah. Apul hanya ambil harga RM7/kg. Memang murah. Kata Apul dia hanya tolong, RM 35 tu semata-mata  upah orang asli yang bersusah payah mencari buah perah tu & membawa turun ke post tempat kerja Apul. Kos postage Apul auruh saya bayar sendiri  kepada penghantar J&T tu. Baru saya tahu, rupanya bokeh poa barang tanpa bayar harga postage. Nanti harga postage boleh claim kepada penerima. Terima kasih Apul tolong uruskan buah perah & kongsi ilmu baharu tentang pos barang. Nampak sangat saya ini banyak yang tidak tahu. 


Inilah buah perah yang sudah diterima. Sebenarnya bukan buah perah tetapi biji buah perah. Buah perah ni sejenis buah yang dikira beracun kerana jika dimakan mentah atau tidak kena cara masaknya dikatakan akan mabuk. Buah perah ni sejenis buah yang pokoknya tumbuh liar dihutan. Dahulu susah nak dapat info pasal buah perah ini kerana tidak semua orang tahu infonya. Hanya yang tahu sahaja tahu. Tetapi sekarang kalau cari info buah perah ni dalam Google, sudah banyak infonya. 

Kali pertama saya makan buah perah ketika Pameran MAHA. Saya beli kat kiost Pahang. Tetapi kerana luar musim, saya hanya dapat merasa buah perah yang sudah dijeruk. Saya suka rasanya yang gebu & lemak seakan buah berangan. Kali ini saya dapat makan versi segar yang lebih lemak.Tapi sayangya mungkin kerana  buah perah ni dibungkus kedap udara menyebabkan berwap & banyak yang rosak. Buah yang rosak bila direbus kurang sedap & rasanya pahit.Buah yang rosak saya terpaksa buang kerana bimbang akan mabuk Buah yang masih elok rasanya sedap berlemak. Bila Apul whatsApp bertanya keadaan buah perah, saya katakan semua elok kerana saya tidak mahu menyusahkan dia. Apul cakap kalau rosak dia akan pos semula untuk ganti. Ish, bukan salah dia, lagipun Apul sanggup bersusah payah pesan dari orang asli & tanpa charge. Hanya bayaran untuk orang asli itu sahaja. Padahal dia bukan penjual buah perah, tidak kenal saya pulak tu. 

Ini Apul kongsikan pic jeruk buah perah yang dibuatnya. 

Apul juga kogsi cara lain  masak buah perah selain daripada kebiasaan iaitu direbus. Tapi kata Apul, rebus juga yang terbaik. Disamping lebih terjamin keluar racunnya, rebus juga memudahkan kerja megopek kulit buah perah untuk dapatkan isinya. 

Maka saya hanya merebus buah perah ini. Merebus buah perah bukan sembarangan. Kena rebus lama lebih kurang 1 jam & buang airnya.Airnya kehitaman & sedikit berminyak. Tambah air baharu & rebus lagi 1/2 jam & buang airnya. Buat lagi sekali lagi hingga airnya nampak agak jernih. Barulah tambah sikit garam & biar sejuk baru boleh dimakan. Haaa... Memang leceh 
Niat asal saya saya hendak rebus banyak-banyak & bawa untuk kawan-kawan makan. Tetapi dari respon beberapa orang kawan, ramai yang takut hendak makan. Maka saya tidak mahu mengambil risiko. Karang buatnya ada yang keracunan, saya pula disalahkan. Sudahlah mereka kebanyakan orang bandar yang tidak pernah makan makanan exotic macam ni. Saya sudah memang asal anak kampung yang memang sudah biasa makanan exotic termasuk ubi gadung beracun yang babi pun tidak sudi makan.Tetapi ia menjadi makanan nostalgia penduduk kampung saya. Akhirnya saya hanya bawa ke tempat kerja & kongsikan dengan Ita, Dina, Ruby, Yati, Cik Man & beberapa orang kawan serta yang sudi makan. 
Mereka ini yang nampak excited hendak makan buah perah ini bila saya naikkan dalam whatsApp saya. 



Buah Perah rebus.. 
Di rumah juga hanya saya seorang yang makan. Ketiga-tiga anak saya semuanya menolak bila saya pelawa. Langsung tidak mahu mencuba kecuali Cella mencuba sebiji dua.Itupun setelah saya kopek kulit dan suapkan kemulutnya. Abang & kakaknya memang langsung tidak mahu mencuba. 


Makan lah saya sorang-sorang 

Ini saiz biji buah perah ni. Lebih kurang saiz sudu KFC tu


Kulit bijinya seperti kulit biji gerah. Buahnya juga seperti buah getah. Begitu juga cara buah ini gugur sama seperti buah getah. Meletup bila cukup matang & kulit yang pecah juga memang tidak jauh beza dengan kulit buah getah. Cuma kulit biji buah perah lebih kurus & panjang. 



Selain dimakan rebus, saya juga menjeruk sebalang untuk dimakan bila teringin. Kata orang kalau dijeruk bersama petai, rasanya sama seperti jeruk petai. Ada yang mencapurkan buah rebus ke dalam masak lemak cili api & kari. Tetapi saya hanya menjeruk dengan air garam. Selepas dijeruk baru terfikir hendak cuba masak lemak cili padi. Selebihnya saya bawa untuk dirasa oleh kawan-kawan yang hendak merasa,manakala baki lebih kurang 2kg yang rosak saya terpaksa buang


Terima kasih kepada Apul, walaupun saya langsung tidak mengenalinya. Saya hanya sebut Apul sebab kawannya sebut Apul dan  saya simpan nombor telefon Apul pun sebagai "Buah Perah Apul". Apul selalu update statusnya whatsAppnya  & baru saya tahu Apul ni kerja kat Stesen Janakuasa TNB kat Perak. 


Selalu dia update sekitar kawasan janakuasa tu. Cantik sangat tempatnya. Kadang gambar kebun mereka bercucuk tanam. Pernah sekali dua saya reply statusnya  kerana suka dengan view yang di upload. Dari situ baru saya tahu Apul ni orang PJ. Dekat je ngan KL. Tapi dia cakap sudah lama tidak dapat dapat balik PJ sebab PKBP dah sebulan untuk KL dan Selangor. Semoga Allah mudahkan urusan Apul & dapat pulang kepangkuan keluarganya. In sha Allah tahun depan kalau tiba lagi musim buah perah, saya akan hubungi Apul lagi. 

9 comments:

  1. YaAllah rindu mkn buah perah makin payah nak jumpe la ni.kalu buat asam rom lagi power bagi yg minat la sbb benda peram2 ni ada bau sikit.flirst ajar suami mkn dia kata kenapa nak mkn kumbang ni pastu pantang jumpe daa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, orang Pahang memang familiar dengan buah perah ini kan.. Adik saya pernah bercerita bila balik ke Jerantut, hidangan ikan patin & ikan kenerak masak asam rom. Tapi ada juga yang buat asam rom menggunakan biji buah getah kan.. Di kampung saya dahulu ada seorang (asal dari Thailand) memang dia kutip biji getak & jerukkan. Katanya sedap.

      Delete
  2. Saya ni nak dikatakan orang kampung pun ya, orang bandar pun ya. Sebenarnya sy dibesarkan di kampung dalam bandar, alah, macam Kg Baru di Kuala Lumpur tu la, haha. Sy rasa di Johor memang tak ada buah perah ni, banyak buah-buah exotic yang sy tak kenal, sy jumpa bila balik ke Kuala Ketil, rumah mertua. Itupun tak pernah nak makan sebab keluarga mertua sy pun jenis yang kampung dalam bandar.

    Tapi bila Mak Cella kata rasa buah perah macam buah berangan, mungkin sy berani mencuba sebab sy penggemar buah berangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Baling memang terkwnal juga buah perah ni SK..Tapi dikawasan pedalaman la sebab pokok perah ni hidupnya di hutan tebal. Rasanya memang tidakmjauh beza dengan buah berangan

      Sebenarnya...babgbab makanan exotic ini, emak saya pun tidak pernah makan buah perah ni. Emak saya walaupun orang kampung tetapi dia tidak makan sembanrangan. Saya sahaja yang suka makanan exotic. Rasanya saya lagi banyak makan & kenal makanan exotic sebab memang pemakan orangnya. Hihihi

      Delete
  3. Selalu dengar tentang buah perah tapi tak pernah jumpa apalagi merasa. Sekali pandang, isi buah perah ini seperti kacang Brazil. Kalau rasanya macam buah berangan, memang sedaplah tu! Mudah-mudahan dapt juga jumpa buah perah ni satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu.. Isinya hampir sama sengan kacang Brazil kan... Tapi ini mungkin versi Malaysia kot. Hihihi...
      Rasanya sedap kalau buahnya fresh, kalau yang jeruk tu sedikit ada rasa masam macam kita buat tempoyak jugak la.

      In sha Allah kalau ada rezeki dapat merasa. Tapi di Sabah lagi banyak buah exotic..

      Delete
  4. Replies
    1. Masa bulan Ogos & September hari tu macam viral jugak la buah ni dalam kalangan peminatnya.. Mungkin masa tu musimnya

      Delete
  5. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete