Wednesday 18 November 2020

ULAM LATOK PEMBUKA SELERA

 Benarlah kata ustaz ustazah, sebutan itu menjadi niat. Niat menjadi doa. Mulut menyebut teringin nak makan latok. Kat KL ni ramai sahaja suplier latok boleh COD. Dalam hati berniat nak order lah.. Tapi siang besok-besok lah.. Dah malam tidur lah dulu. 


Semalam pagi, bangun tidur nampak kat dapur ada sebekas latok. Macam saya tiada order pun lagi. Siapa yang beli. 


Tanya anak-anak.. Sekali anak bujang cakap ada Haziq datang hantar malam tadi. Laaa, bila pulak dia hantar. Katanya dah tengah malam, ketika tu saya dah tidur katanya. Haziq ni kawan kepada anak bujang saya. Baik budak tu, selalu datang bagi macam-macam makanan. Rajin masak budak tu sebab dia chef. Asam pedas, nasi ulam, daging dendeng, burasak, lepat loi & apa lagilah yang dia pernah bagi. Ni dihantarnya pula latok. Macam tahu-tahu saya teringin nak makan. Saya ingatkan anak bujang tu order. Katanya tidak, tetiba sahaja si Haziq datang hantar lepas balik kerja. Katanya dia beli & saja bagi untuk saya. Syukur ya Allah, hadirkan ramai yang baik-baik disekeliling. Semoga Allah gandakan lagi rezeki orang-orang yang selalu berkongsi rezeki dengan kami. 

Cella la suka sangat bila nampak latok ni. Adah memang tidak minat. Anak bujang pun sama. 

Alhamdulillah, dapat la kami kongsi 2 orang sahaja.. Hihihihi


Ada 2 sambal cicah. Saya perahkan limau, patahkan cili. Makan dengan ikan goreng sekali. Sedapnya lahai.. Cella pula semalam memang online class dari pukul 8pagi sampai pukul 5petang.Tengahari ada gap kelas kedua tu pukul 11 sampai pukul 1 tapi katanya lect macam tak nak berhenti sahaja. Pukul 2 nak sambung kelas lain pulak tu. Kasihan dia kelaparan + terliur latok, maka sambil dia online class, sambil sesekali  dia off camera. Masa off tulah saya suapkan nasi berulamkan latok cicah sambal cili & ikan goreng. Habis kunyah on camera. Kejap-kejap off untuk saya suapkan nasi. Sempatlah beberapa suap buat alas perut. Habis sahaja kelas pukul 5,kelam kabut dia cari nasi sebab nak berulam latok tu. Saya pun suka latok tu, tapi sebab tahu Cella suka, maka saya makan sikit sahajalah & selebihnya Cella yang habiskan dengan penuh selera. Prup.. Prup.. Prup bunyinya. 

Kali pertama saya makan latok 12 tahun lepas kat Pasar Filipin, Sabah semasa menyetai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Seminggu kat Sabah berulang makan latok dengan ikan tongkol bakar. Kali pertama makan, saya & kawan hampir muntah kami belasah ratah latok waktu  tengah perut kosong kelaparan. Latok dia lebih besar & ada yang bentuk macam daun pokok cristmas. Sudahlah kat situ tiada air manis disediakan, hanya air kosong dalam cerek. Sudahnya lepas bayar terus berdesup kami  cari kopi panas.. Lepas tu dah pandai makan. 2 tahun kemudian, sekali lagi sertai pendakian Gunung Kinabalu, saya sudah sudah pandai makan latok. Sejak makan kat situ jugalah baru saya tahu bahawa ikan tongkol sedap kalau dibakar. Selalu saya hanya pernah makan ikan tongkol digoreng atau dimasak berkuah. Sejak tu kalau balik kampung memang cari ikan tongkol untuk panggang.


Untuk anak bujang & anak dara yang tidak makan latok, ada Asam Pedas Ikan Pari. Bukan saya masak tapi ni lauk frozen. Minggu lepas 11 November tu, ada promosi 11/11 daripada Asam Pedas Tanjak Merah yang saya menang contest dapat free asam pedas udang galah hari  tu. Promosi 11/11 kali ini free delivery. So, sebagai sokongan, saya order 1 pack asam pedas ikan pari. Sangat berbaloi dengan harga rm15. Banyak porsionnya.. Ada 4pcs ikan pari saiz besar juga tu & 2 batang bendi. Penuh juga la kuali kecik tu. Cuma saya tambah beberapa batang  bendi masa panaskan tu. Semoga bznz anak muda itu berkembang maju & diberkati Allah. 

Ikan goreng pengganti ikan bakar sebab nak makan dengan latok. Alhamdulillah. 

10 comments:

  1. Alhamdulillah.Dapat rezeki makan latok. Moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan Haziq.

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah lagi makan latok ni dan mungkin sy macam Adah, hihi.

    Orang baik disayangi ramai, kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Jangan nanti kalau dah cuba, terjatuh cinta, jenuh nak cari selalu.. Hihihi

      Delete
  3. Alhamdulillah beruntung anak2 puan dapat ibu penyayang dan prihatin semuga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki dari Allah.Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Tapi saya bukan ibu yang sempurna, terlalu banyak kelemahan saya, kuat disokong orang aekeliling & doa-doa yang saya tidak tahu. Apapun terima kasih cik/puan

      Delete
  4. Replies
    1. Lepas ni kena try. Kalau taksedap hantaq mai sini... Hihihi

      Delete
  5. Akak pun tak pernah lagi makan latok walaupun ada juga org pelawa2 beli.Sebab tak pernah cuba tak berani nak beli takut membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kali pertama cuba, loya sebab ratah banyak. Hihihi
      Kalau tak cuba bagus juga selamat duit... Hahaha

      Delete