Friday 6 November 2020

MELAWAT RAKAN MANGSA BANJIR HULU LANGAT


Meminjam gambar yang dikongsikan salah seorang rakan dalam group whatsApp tentang situasi semasa di seluruh Hulu Langat pada 4 November 2020



Ini pula gambar yang dikongsikan seorang lagi ahli group tentang rumah rakan kami yang terlibat dalam banjir kilat tersebut. 
Kasihannya ketika air mula naik beliau tiada di rumah. Hendak pulang, jalan semua dinaiki air sejak pagi. 



Khabarnya, hanya waktu petang tatkala air sudah surut barulah beliau dapat pulang ke rumah untuk melihat situasinya

Rakan-rakan lelaki semuanya terus ke sana sebaik mendapat khabar. 

Dari update dalam group, hingga lewat malam mereka bertungkus lumus membersihkan rumah tersebut
Nasib baik jugak lah sekarang ini seluruh Selangor & KL sedang PKPB & kakitangan awam kebanyakan Work From Home. Mangsa banjir tidak perlu mengambil cuti & yang membantu juga memang berkelapangan. Cuma semua kena ikut SOP dan setiap kereta hanya dibenarkan 2 orang. 
Kami yang perempuan, hari ini baru berhello-hello untuk ke sana. Tengah malam tadi kak Mel berwhatsApp mengajak saya menyertai konvoi bilik KP. Ramai juga yang hendak ke sana, tapi  SOP hanya memebenarkan sebuah kereta hanya dua orang sahaja. Kami berkonvoi 4 kereta sebelum tengahari. 4 kereta geng office sudah sampai di sana. Lagi 2 kereta akan menyusul kemudian. Keseluruhan 10 kereta. 
Kak Mel cakap ada yang nak bawa nasi, lauk pauk, minuman dan kuih muih untuk makan bersama sambil bergotong royong membersihkan rumah rakan tersebut. Memandangkan ramai yang sudah membawa makanan ke sana, saya mengambil keputusan untuk membeli barangan kering seperti, gula, nescafe, susu, biskut, mee segera & telur untuk di bawa sebagai buah tangan. Pada pandangan saya barang kering ini boleh tahan lama. Lagipun kerana tiba-tiba saya teringat ketika mandapat sumbangan REZEKI NUZUL QUR'AN....berupa makanan kering daripada JAWI ketika PKP bulan Ramadhan yang lepas. Selama ni tidak pernah dapat pun. Bukan terlalu susah hingga tiada bekalan makanan tetapi bila sumbangan dihulur tanda ingatan & prihatin. Saya sebagai penerima sangat berbesar hati + terharu. Walau akhirnya sebahagian sumbangan itu saya panjangkan kepada orang lain, tapi apa yang ingin saya kongsikan ialah perasaan yang sukar diceritakan. Patutlah dalam Islam,wajibnya zakat. Rupanya sangat banyak hikmah bukan sahaja  kepada pemberi, malahan penerima. 


Setiba kami di sana, geng office K. Reen, Dilla, pn Ela, Rose & Esah terlebih dahulu tiba
Sambil menjemur barangan yang basah, sambil membasahkan tekak

Sebahagian yang lain di dalam rumah,mengeluarkan barangan yang basah untuk dijemur & mengemas apa yang patut.

Saya menyertai kumpulan membersihkan bahgian dapur. Walaupun nampak seperti membantu bahagian bilik tidur lebih mudah kerana sebahagian sudah dibereskan oleh group lelaki semalam. Tapi saya memilih menyertai group mengemas dapur kerana saya sangat segan untuk masuk ke bilik. Entah kenapa sejak kanak-kanak, saya tidak akan masuk ke bilik orang lain, waima adik beradik sendiri. Ada semacam rasa yang sangat segan & tidak selesa. Padahal bukan masuk sesaja suka-suka. Maka, biarlah saya memilih bagian dapur. 

Antara bungkusan barangan yang terpaksa dibuang kerana rosak berendam air. Itupun sudah kali ke 2 untuk hari ini. Lori sampah pula memang bersilih ganti. Mungkin kerana hari ke 2 banjir, akan lebih banyak barangan yang akan dibuang oleh mangsa banjir. 
Ini kali pertama saya melihat susana  selepas banjir dan membantu mangsa banjir.Menurut rakan-rakan dari Kelantan, ini adalah cebisan banjir kecil sahaja kerana air naik hanya beberapa jam & hanya separas betis. Jika di Kelantan katanya air memang tinggi & memakan masa berhari-hari untuk surut. Sekejapan sahaja membantu membuat saya berasa insaf kagum dengan kesabaran mangsa  banjir terutama di Pantai Timur yang saban tahun mengalaminya.Saya juga belajar betapa kita saling memerlukan antara satu sama lain dalam kehidupan seharian. Betapa kita perlu melatih diri menjaga mulut, tingkahlaku & menjaga aib orang lain dalam pergaulan. Banyak yang saya belajar hari ini. 


11 comments:

  1. Salaam banjir seluruh hulu
    langat. Kawasan Tu berbukit bukau.. Kan?
    Kesiannya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Kalau ikut lagiknya begitulah.. Kawasan bukit kan. Tetapi audah takdirnya begitu. Mungkin kesan pembangunan agaknya kerana dari pemerhatian, kawasan sana juga sudah banyak bangunan & rumah-rumah tinggi menjulang

      Delete
    2. Salaam Banyak hutan and Bukit flattened la Tu. Dulu banjir kawasan Taman Sri nanding Dan rendah je. In the 90s.

      Delete
  2. Allahu Akbar!

    Semoga dipermudahkan segala urusan, mangsa atau pun mereka yg membantu. Sangat berharap tiada banjir tahun ini ketika Kita masih berdepan dgn pandemik covid-19 tapi jika sudah itu yg perlu dihadapi terpaksa jua melaluinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK.
      Kalau ikutkan 3 Nov malam tu hujan biasa-biasa sahaja di KL. Rupanya di hulu sana banjir besar.Semoga mereka & kita semua dalam rahmat Allah kerana Dia yang menguji & pastinya Dia juga yang menurunkan rahmat. Hari ini pun rakan tersebut update masih ramai rakan'rakan yang muda-muda yang datang membantu mengecat & menukar perabut hasil kutipan derma kilat dari Kelab Kebajikan.Kami hanya mengirim doa dari jauh.

      Delete
  3. Kesiannya bila kawasan penempatan kita dilanda banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul WP.
      Sesekali membasuh ruang depan rumah pun kita rimas kebasahan, inikan pula rumah digenangi air, banyak barang basah mulai berbau serta cuaca yang mendung melambatkan kering. Apapun, yang pasti mesti Allah turunkan ujian berserta hikmahnya

      Delete
  4. Moga-moga mangsa banjir terus tabah dengan dugaan ini. Kesian sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah... Semoga ada hikmah yang lebih besar...

      Delete