Saturday, 5 June 2021

MASAK NASI DAL

Sambungan daripada guli tulang lembu....


Masak Nasi Dal aka Nasi Parpu.


Nasi yang menjadi nostalgia asrama.
C&P resipi dari old post KAT SINI.....

NASI PARPU NOSTALGIA ASRAMA
3 cawan beras basmathi(+ sikit garam & rendam  15 minit)
1  cawan kacang dal ( rendam & rebus ½ masak)
4 cawan air
1/4 cawan susu cair
2 helai pandan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 kiub ayam
daun sup


Bahan Tumis
2 sudu  marjerin
1 sudu minyak
1/2 bawang holland
2 bawang putih
1 ketul kecik halia
2 daun pandan
5 buah pelaga
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis


1. Panaskan minyak+ marjerin dalam kuali dan tumis semua bahan tumis hingga harum
2.Apabila sudah harum tuangkan dalam rice cooker dan tambahkan air,garam,gula dan kiub bilis. Biar mendidih
4. Masukkan susu cair dan beras yang sudah dibersihkan(kalau tidak mahu guna susu cair boleh ganti air sepenuhnya.
5. Tambah kacang dal yang sudah direbus dan kacau supaya merata dalam beras.
6. Biarkan hingga nasi tanak
7. Setelah nasi tanak,gemburkan nasi dan tabur daun sup dan daun bawang


Basuh & rebus kacang dal ½ masak.Kemudian toskan.Dari pengalaman ,elok rebus ½ masak sebab nanti kita nak masak lagi dengan nasi.Kalau rebus empuk nanti bila nak masak dengan nasi takut kacang hancur & tak cantik.


Beras ni direndam sekejap dengan air garam untuk kasi dia cantik tanak jadi nasi.Lepas rendam hanya tapis ambil beras,jangan ambil airnya pula.Karang nasi lembik & masin pula

Pastikan air+ tumisan tu mendidih mengelagak sebelum masukkan beras.Cara ini untuk pastikan nasi masak sempurna & cantik sebiji-sebiji.Kalau kita masukkan beras dalam air terus tanpa mendidih takut lembut sebab kita dah rendam beras.

Sebenarnya tanak nasi dengan air dididihkan dulu hingga menggelegak adalah satu tips dari orang-orang dulu untuk pastikan nasi yang ditanak dalam kuantiti yang banyak masak sempurna.Orang dulu-dulu memang kaya dengan ilmu.Sebab tu kalau kita perhatikan mereka tanak nasi kenduri dalam kawah,nasi mereka masak sekata walaupun sekali masak dalam kawah tu  bergantang,-gantang.Tipsnya didihkan air dulu.
Eh,tetiba rindunya nak makan kenduri.Beberapa tahun dulu sebelum pendemik Covid 19 ni,seronok kalau dapat balik Kedah & jika ada dapat  jemputan kenduri kahwin.


Masukkan beras & kacau rata

Biar hingga mendidih


Kemudian baru masukkan kacang dal rebus.

Gaul kacang supaya merata bercampur beras ½ masak & kacang ½ tadi.Tutup periuk & biar nasi tanak sepenuhnya.



Bila nasi dah tanak,gemburkan dengan senduk senduk kayu @ garfu.Gembur manja supaya nasi tidak patah.



In sha Allah elok kejadiannya


Tabur daun sup cincang supaya lebih menarik

Saya makan bersama GULAI TULANG LEMBU.... & papadom sahaja.Takdak acar,takdak sayur.

Makan pun sengsorang.Ajak depa semua tak mau makan lagi.Kita dah kelaparan,makan la dulu.Hihihi


Sebab nak feel makan kat asrama dalam tray ayan,kita pun makan la dalam pinggan ayan ni & minum pun dalam gelas ayan.Dah macam makan kat mamak la pulak..Makan sambil baca surat khabar.Ada lagi ke yang baca surat khabar?
hihihihi


3 comments:

  1. Cantik kejadian nasi dal tu.
    Nostalgia sungguh makan dalam tray sepanjang duduk di asrama dulu. Sampai sekarang saya masih ingat apa menu yang disediakan setiap hari! Sama saja berulang setiap minggu. 4 tahun tinggal di asrama di Klang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,sama la ..saya pun masih ingat menunya setiap hari...Kenangan di asrama melakat kuat dalam ingatan kan...Saya sempat la 5 tahun ++ @ asrama di dua sekolah menengah.

      Delete