Malam semalam mak call cakap PKK call untuk vaksinasi.Kata mak sepatutnya minggu lepas,tapi suruh Achik anjakkkan tarikh sebab mak belum bersedia.Tapi ni dah kali ke-2 dipanggil,Achik minta agar mak setuju sahaja kerana bimbang akaj berlaku kesulitan kemudian hari.
Kata mak orang sangat ramai.Tapi urusan dimudahkan & staff KKM tu pun semua berbudi bahasa & bertolak ansur untuk warga emas macam mak.
Achik yang uruskan untuk vaksinasi mak dari A-Z.Bukan sahaja vaksinasi,tapi semua urusan duniawi mak terpikul atas bahu Achik.Mana nak uruskan Pokcik.Sudah berbulan ulang alik hospital & perubatan altenatif untuk Pokcik.Walau luaran nampak sihat tapi Pakcik sedang diuji sakit yang perlu Achik uruskan.Urusan kerja,urusan keluarga & uruskan mak.Kadang terfikir betapa tidak bergunanya saya sebagai seorang kakak kerana tidak membantu Achik sekurang-kurangnya untuk menguruskan emak.Semoga Allah ampunkan saya & mudahkan urusan serta ganjarkan pahala melimpah untuk Achik.Doakan saya dilembutkan hati & dimudahkan urusan untuk mohon pertukaran balik & berbakti kepada emak selagi ada hayat mak & hayat sayam
2nd dose lagi 3 minggu.
Malam tadi mak call lagi ceritakan pengalaman divaksinasi.Kata mak,Alhamdululillah sebab tiada alahan atau lemah-lemah badan.Setiap orang berbeza kesannya.Ada yang mengalami muntah,lemah badan dan lain-lain. Semoga mak kekal sihat & dikurniakan umur yang panjang lagi berkat.Semoga kita semua dalam lindungan Allah.
Emak wak pun dah lengkap vaksin dua kali.
ReplyDeleteWah,
DeleteAlhamdulillah....
Alhamdulillah selamat dah vaksin untuk dos pertama.
ReplyDeleteTahniah dah vaksin
DeleteSaya belum..hihihi
Alhamdulillah.. lega dengar mak dah vaksin.. tak ramai warga emas yang nak pergi vaksin ni.
ReplyDeleteMak saya pun ada on off nya juga.Kejap onz..kejap off..Akhirnya adik yang deside..hihihi
DeleteAlhamdulillah. Moga Mak Mama Cella sentiasa sihat.
ReplyDeleteMak saya sedang menunggu giliran.
Amiinnn....
DeleteSemoga mak cikgu juga dimudahkan urusan
Alhamdulillah, tahniah mak dah ppergi vaksin, mula tu takut ke agaknya, tu tak nak pergi ya. Mak sy pun dah sempurna 2nd dose, belum sempat lagi nak cerita kat blog, hihi.
ReplyDeleteTu la..asalnya excited.Pastu down..
DeleteEh,pastu ok pulak.Perasaan bercampur baur